Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 9 - sambungan

"En Annuar!! Saya minta maaf kalau kelakuan saya ni mengganggu encik." Aku cuba mulakan perbualan.

"Eh.. kenapa nak minta maaf dengan saya, awak tak buat salah pun. Lagipun sayalah yang sepatutnya minta maaf dengan awak kerana saya buang masa awak hari ni... Tak sangka pulak client tu batalkan appoinment ni. Kalau dia beritahu awal-awal tentu saya tak ajak awak temankan saya.."

Dalam hati aku, lahai..tak apa, aku tak kisah pun. Bagus jugak ada orang nak belanja aku makan. Lagipun gaji tak keluar lagi. Siapa tak nak keluar dengan bos yang hemsem macam ni.. Hehehe geli hatiku melihat raut muka En Annuar.

"Sara... lepas makan ni ada cadangan nak kemana ke? Ermm..boleh saya temankan awak..?"

"Eh... nak kemana pulak..balik office le..kan masih waktu kerja.. tak baik tau curi tulang!!"

Memang selamba aku cakap macam tu. Apa dia ingat aku ni suka sangat ke merewang tak tentu sebab.

"Ooo.. Okeylah kalau macam tu. Saya ingat nak pergi jalan kat depan sana tu.. tak apalah..lain kali..pun boleh kan!!"

Akhirnya setelah selesai makan, kami pun terus menuju ke kereta. Dalam perjalanan pulang ke office, mata aku punyalah mengantuknya.. Aku.. kalau bab-bab mengantuk ni memang tak boleh tahan. Tambah pulak bila perut terlalu kenyang..

Aku sesekali jenguk ke luar tingkap dan dalam pada itu jugak hidung aku terhantuk cermin tingkap. Sakit jugak.. tapi aku kontrol. Malu kalau En Annuar perasan.

Tak sangka pulak dalam kereta masing-masing diam membisu. Makin berpinau mata aku jadinya. Tersengguk-sengguk jugaklah aku dibuat dek betapa perlahannya En Annuar drive.

"Sara... mengantuk?" Terpacul suara tepi telinga aku.

"Hem... dah kenyang.. macam ni lah jadinya. Itulah belanja makan tak ingat dunia.. makan pun tak ingat dunia... bila dah kenyang tersengguk-sengguklah jadinya..potpetpotpet..."

page 8 - sambungan

"Sara..client tu tak jadi datang. Dia ada emergency call, so dia postpone ke hari lain. Nampak gayanya berdualah kite ye!!" Usik En Annuar bila mana dia lihat aku gabra semacam.

"Waiter.." Lembut je suara En Annuar memanggil pelayan restoran tu.

Aku terpaku sejenak.

"Yes sir, your order please.." Lantang suara budak waiter ni. Nama pada nametagnya Khairul. Boleh tahan jugak. Hehehe

"Sara..awak dulu. Awak nak pesan ape. Kat sini banyak makanan yang sedap-sedap. Awak pilihlah dulu."

Lembut sungguh tutur kata bos aku ni tiba-tiba, fikirku dalam hati.

"Ermm..nak makan apa ye... Apa-apa lah."

"Lahai.. mana ada makan apa-apa kat sini." Cepat je En Annuar membalas.

"Ikut En Annuar lah. Saya makan apa yang En Annuar makan. Saya tak pandailah makan kat tempat-tempat macam ni. Standard sangat. Kalau kat warung Mak Kiah tu saya tau lah?" Panjang lebar aku expain kat bos aku ni.

"Tak pe..tak pe.." Buatkan saya beef steak 2. Air.. juss appple campur sedikit garam.. Ermm, Sara nak air apa?"

"Aaa..air suam... eh bagi saya carrot susu tapi campur madu sikit ye..."

Rasanya budak pelayan ni hairan dengan kami berdua. Agak aku la kan. Sebab bila tengok muka dia yang macam blur-blur sikit. Tak apa lah.. lantak kau la waiter..

Dengan selamba saja aku menghabiskan makanan aku. Umi aku kata rezeki jangan tolak. Maut jangan cari. So aku apa lagi.. makan saja lah. Tambahan pulak bukan senang boss nak belanja staff makan.

Dalam kami berdua duduk makan, aku perasan yang En Annuar sekejap-sekejap menjeling kearah aku. Samada perasaan aku atau aku yang perasan, bukan persoalannya sekarang. Sungguh tertib dia menyuapkan makanannya ke dalam mulut. Khusyuk semacam. Anak orang lord.. biasanya memang macam tu.

Thursday, December 24, 2009

page 7 - sambungan

Fikir ku dalam hati. Alangkah bahagianya kalau aku menjadi kekasih boss aku ni...

"Hoi!! Sara.." Jerkahannya mengejutkan aku.

"Ya..ya..ya.. Pak Syed, Pak Syed nak minum?" Aku melatah dalam sedar tak sedar.

"Hahahaha.." Bos aku ketawa sakan . Mungkin geli hati agaknya bila dengar aku sebut Pak Syed.

"Siapa Pak Syed.. boyfriend awak ke?" Sambil ketawa lagi.

"Itulah mengelamun je awak saya tengok dari tadi. Dah.. kita dah sampai ni. Jangan lupa bawa note book tu?." En Annuar masih ketawa tak berhenti dari tadi.

"Note book!! Kat mana saya letak note book tadi. Tadi ade saya pegang, sekarang dah hilang pulak." Aku tercari cari sekeliling.

Tiba-tiba..

"Nah..ni ha yang awak baling kat saya tadi tu ape. Sakit tau."

Ya Allah!! Rupanya masa aku terperanjat tadi aku dah terbaling note book tu kat muka En Annuar. Memang pipinya kelihatan merah sedikit akibat tercalar.

"Hehehe..saya tak sengaja, maaf ye En Annuar." Dan aku pun mengekori En Annuar dari belakang.

Hampir setengah jam kami tunggu client yang dimaksudkan itu, tapi tak muncul-muncul jugak. Perut aku dah berkerongcong tak tau apa lagu dah ni. Aku lihat muka En Annuar, rasanya dia pun tengah menahan lapar, tapi kontrollah kononnya. Tiba-tiba..

Tritt..tritt..tritt.. Handphone En Annuar berbunyi.

"Hallo..ye ..ye..dengar ni. Ooo..iye, ooh I see, It's okey, it's okey, take your time, no lah.. okey..okey...." Itulah perbualan En Annuar yang aku dengar.

page 6 - sambungan

"Saya tak tau lah boss. Biasanya Kak Munah yang handle benda macam ni. Nak ambil kat mana document tu?"

Memang aku tak tahu menahu langsung bab-bab document ni. Kerja aku buatkan claim. Kalau document untuk claim expert lah aku.

"Tak apalah, kita dah lewat ni. Awak bawak sajalah note book. Awak tau tak note book, takkan benda tu pun tak tau?" Melawak lah konon Pak Syed ni. Dalam hati aku, eeee geramnya.

Dalam perjalanan untuk lunch appointment kat Hotel Istana, sempat lagi boss aku berbual-bual kosong dengan aku. Mungkin nak mengeratkan silaturrahim. Dalam kereta Toyota Wishnya banyak terdapat cd lagu-lagu jiwang. He..he..he Rupa-rupanya bos aku mat jiwang jugak. Aku rasalah kan.

Dalam aku ushar salah satu cd miliknya, tiba-tiba En Annuar minta aku pasang cd lagu Mawi. Maaflah ya.. aku apa lagi lajulah kan.

Sememangnya aku minat Mawi. Lagu-lagu Mawi keseluruhannya aku dah hafal dah. Aku minat sangat budak tu, cute.. hehehehe. Jangan jealous tau.

Nak di jadikan cerita, dengar saja lagu "Cinta Hakiki", aku dengan tak sengaja ternyanyi sama - sama dengan si penyanyi ni. Ape lagi? bos aku tetiba ketawa sambil join nyanyi sekali.

"Sedap suara awak Sara..terpegun saya.." Terpacul kata-kata entahkan pujian atau perli dari mulut En Annuar.

"Uuppss.. maafkan saya. Saya terleka tadi. Maaf." Malu sungguh aku rasa waktu itu, hanya Allah, aku dan dia sahaja yang tahu.

Umi ... Ieya malu mi!! Aku menjerit dalam hati.

"Awak tak perlu malu. Inikan lumrah kehidupan. Saya pun kalau dengar lagu-lagu ni, ringan je mulut saya nak nyanyi sama. Ha.. macam tadi. Lagipun saya memang minat si Mawi ni. Kalau boleh semua koleksi dia saya nak beli. Saya tau sekarang ni tak kira siapa, tua muda, kecil besar semua minat Mawi. Sampaikan orang-orang kenamaan pun minat kat Mawi ni." Dengan terlopong aku mendengar penjelasan Pak Syed ni.
Memang hensem wajahnya. Mungkin keturunan syed ni hensem-hensem kot.

page 5 - sambungan

"Sarah Aliya.. boleh awak masuk bilik saya kejap..?" Terkejut aku, rupanya boss aku yang panggil.

"Ooo..ok boss.. saya masuk jap lagi. Urgent ke?" Aku tanya semula.

"Yup." Balasnya ringkas.

5 minit kemudian aku pun terus masuk ke bilik boss aku ni. Terlupa nak ketuk pulak pintu biliknya. Sorrylah dah kelam kabut aku jadinya.

"Encik Annuar... ada apa-apa yang boleh saya tolong?" Berat jugak aku nak cakap macam tu, tapi apa boleh buatkan..terpaksa.

"Memang awak perlu tolong saya." Balas En Annuar.

"Uik...paksa ke ni?" Tiba-tiba itu yang aku cakapkan padanya.

"Macam tulah lebih kurang. Boleh tak awak temankan saya pergi lunch? Saya ada lunch appointment hari ni. Memandangkan Maimunah tak datang, awaklah penggantinya."

Toing toing toing... aku nak jawab apa ni. Takkan nak kata tak boleh. Lagipun dah kena paksa ni. Aku senyum saja. Tak tau nak jawab apa- apa.

"Saya nak keluar ni, nanti saya jemput awak jam 12.00. Tak payah siap lawa-lawa okey, saya tengok awak dah lawa dah."

Wah..terperasan pulak aku jadinya. Iyalah.. boss kata aku lawa. Lawa ke aku ni? Ataupun Pak Syed ni perli aku.

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 12.00 tengahari terpacul Pak Syed depan aku.

"Sarah Aliya.. jom!!! Awak dah prepare document yang kena bawa tu. Saya tak mau nanti bila dah jumpa client satu apa pun awak tak bawa."
Nampak tegas En Annuar bersuara.

"Eh..document!! Document ape? La!! tadi En Annuar tak sebut pun pasal document. Yang En Annuar sebut temankan En Annuar lunch...."

Gelabah sekejap aku dibuatnya boss aku ni. Ada ke tadi dia sebut pasal document. Rasanya memang tak ada. Yang dia kelam kabut keluar tu ada lah.

page 4 - sambungan

"Ada apa-apa tak masa saya tak ada hari tu? Ada sesiapa cari saya tak?"

Dia buat selamba saja..... apasal la orang tua ni tanya aku. Mana aku tau. Aku bukan secretary dia. Kak Munah tu ya la. Tapi kak Munah mc pulak hari ni. Anak sakit. Bukan dia yang sakit. Hmmm... tak tau la...

"Saya tak tau bos. Bos tanya la Kak Munah." Aku jawab pelan saja.

"Mana ada kak Munah tu hari ni. Kan awak duduk sebelah dia. Awak tak tau ke?" Dia tanya aku lagi.. Aku hanya geleng kepala .....

"Lain kali awak kena tahu jugak. Jangan dok asyik dengan telepon tu je....."

Alamak! dia nampak ke tadi? Mampus la aku...apa nak cakap ni....

"Tak...tak...tak bos. Tadi umi saya. Dia pesan beli barang sikit masa nak balik." Lantak la. Kelentong sikit. Dia nak percaya atau tidak.. ikut dia la.

"Mak awak tau mesej-mesej ni ya? Bagus.... Dah!! Awak boleh keluar..."

Dalam diam dia perli aku ye...nak kena ni... Terangkat kepala aku. Aku nampak dia senyum sinis saja kat aku. Gedebuk! Jangan la senyum kat aku Pak Syed oiiii... jatuh kang jantung aku ni... Aku melangkah lemah. Bukan sebab apa pun. Tapi sebab dapat senyuman mahal dia tu...

"Sarah Aliya!! Kopi satu ya...."

Aku berpaling.. Tapi aku tengok dia tunduk saja tengok kertas apa entah kat meja dia tu. Aku pun terus keluar... Huh! ingat aku ni tealady dia ka? Asyik-asyik aku saja kena buat kopi....

Cerita masih berkisar di tempat kerja aku. Entahlah hari ni, tiga empat kali jugak Pak Syed tu panggil aku. Kalau ikutkan hati, nak saja aku cakap kat dia yang aku ni bukan secretary dia. Kalau nak aku jadi secretary dia, dia kena up kan gaji aku.. iyalah..ganti buatkan kerja Kak Munah tu. Ingat senang ke nak buat kerja dia. Kejap - kejap kena panggil je. Tapi aku sebenarnya suka jugak. Dapat tengok muka Pak Syed tu selalu.

Trut..trut.. Intercom tempat Kak Munah berbunyi.

Alahai.. siapa pulak yang intercom dia ni. Tak tau ke dia MC hari ni. Lambat aku jawab panggilan tu.

page 3 - sambungan

Assalamualaikum.. boleh tak bagitau nama anda. Tak sedap kalau saya hanya membahasakan U I saja. Kalau ada nama tu kenal-kenalkan lah. Mungkin akan lebih elok. Lagipun saya tak tahu samada anda ni lelaki atau perempuan. Oh ya..satu lagi, dari mana anda dapat no. phone saya.

Kemudian aku hantar mesej tu kepada penerimanya yang entah siapa. Tak sampai 5 minit.. titt..titt..titt aku terima sms lagi. Kali ini pelik pulak bunyinya.

Tak payahlah tau nama. Tapi kalau cik adik tak suka jugak..cik adik bolehlah bahasakan saya H bukan nama sebenar. Heheheh? Ssebenarnya dah lama H kenal cik adik. Boleh saya bahasakan cik adik .. Adik Sara je. Rasanya H lebih tua sikit dari Sara... itukan lebih elok.

Entah apa-apalah orang ni. Rasanya sah lelaki. Macam nak mengayat aku saja. Cik Adik.. konon!! okey gak tu kan... Kemudian aku ketawa mengekeh-ngekeh tanpa ku sedari Pak Syed (boss aku) terkocoh-kocoh masuk biliknya.

"Oppsss... En. Annuar.... Selamat pagi....."

Terkejut aku.... Tak sempat nak layan abang H. Abang? Eeee..... geli aku. Kenal pun tidak.. nak panggil abang dah... Tak apa. Kang aku balas la time lunch nanti. Biar Pak Syed ni masuk bilik dulu. Aku control ayu saja... Mana nak tau kot-kot sangkut dengan aku ke... hihihi... ada hati ye....

"Sarah Aliya! Masuk sekarang.."

Alamak. Pak Syed panggil la pulak. Apa yang dia nak ni.... nama aku Sarah Aliya. Tapi kawan-kawan semua panggil Sara. Bos aku je yang suka panggil nama penuh. Formal la kononnya. Tapi dengan orang lain tak pulak. Hampeh betul. Nasib baik la kau ni hensem. Aku boleh tolak ansur lagi. Hihihi... gatal....

"Ye..bos? Kenapa? Bos nak air ke? Kejap saya pergi buat ye...."

Aku berura-ura nak keluar. Tak tahan tengok mata dia tu. Gugur jantung beb.....

"Ah! Nak ke mana pulak tu?" Dia tanya serius saja.... nyampah aku...

"En. Annuar tak nak air ke? Saya nak pergi buat la ni." Aku bersuara perlahan. Tertunduk.... gelabah beb.....

page 2 - sambungan

Syed Annuar Hilmi Bin Syed Mustafa. Kami kat office panggil dia Pak Syed.... Tapi time dia tak ada dalam office. Nak mampus!! Kang tak pasal-pasal kena jerkah. Senyuman dia tu.. fuh! cair officemate aku semua. Aku cair dalam hati saja la... tak ada siapa yang tahu pun..... aku seorang saja.... biasa la... perempuan melayu terakhir lah katakan... eceh... perasan...

Hehehe... lupa pulak pasal sms tadi ya... Dah hantar tapi tak ada balasan pun. Entah la.... biar la.... malas aku nak ambil tahu dah. Kang lelama tu mesti orang tu akan balas punya... tunggu saja la...

Tunggu punya tunggu sudah seminggu orang tu tak balas-balas jugak mesej aku. Aku dah macam nak sasau pikir kenapa dia tak balas aku punya mesej haritu. Rasanya tiada perkataan yang kurang enak aku tulis. Bahasa aku pun simple sahaja. Tak ada yang berunsur ganas. Aku jadi pelik.. mana dia ni? Nak kata salah hantar kat aku hari tu, tapi... tak kan la sampai seminggu kot salah hantar kat aku. Tiap-tiap hari pulak tu....

Nak hantar lagi ke tak ni..?

Aku berkira-kira untuk membalas mesej itu lagi. Tapi tak berani pulak. Risau kalau-kalau penghantar sms misteri itu kata aku ni tak tahu malu pulak. Ataupun dia kata aku ni perempuan gatal.. Hai..tak sanggup aku..
Ah!!! Biarlah. Kalau dia nak kawan dengan aku.. for sure dia akan balas mesej aku..Just wait and see... Aku bercakap dalam nada perlahan.

Hari ini Pak Syed tu akan balik... Masing-masing cari bahan kerja. Nak tunjuk rajin. Hem..... aku pun tumpang sekaki jugak la... cover line...
Tetiba...

titt..titt..titt... ada mesej..

Sorry tak reply mesej.. ada kerja sikit?

Hah! Baru nak balas.... siapa ni ye.... Aku tertanya sendiri...

Hai!! kenapa la orang ni tak bagitau nama dia. Bagitau lah, lagipun bukannya aku kenal. Alahai... nak main celut cak pulak dia ni. Getus hati aku.

Tak apa.. boss tak sampai lagi ni. Lagipun tengah boring bangat dong. Aku cuba membalas sms yang aku terima tadi. Inilah yang aku tulis.

DIARI CINTA HAKIKI

PAGE 1

Suatu hari aku terima sms dari seseorang. Entah dari mana dia dapat nombor handphone aku, aku pun kurang pasti. Apa yang pasti dia ingin berkenalan denganku. Katanya dia ingin mengenali diriku dengan lebih dekat lagi. Dan katanya juga dia seakan telah mengenali diriku sejak lama dulu. Hairan, sungguh hairan. Siapakah gerangan orang ini. Tidak dinyatakan jantinanya samada dia seorang lelaki atau perempuan.

Pada firasatku...seorang lelaki, tapi entahlah. Di zaman yang serba moden ni..aku kurang yakin sikit. Adakalanya dia seorang perempuan tetapi lagaknya seakan lelaki. Ada yang lelaki namun lagaknya mengalahkan perempuan. Katanya lagi..biar kita berSMS dulu, bila rasa selesa nanti baru kita berjumpa. Hanya di situ.

Aku rasa serba salah. Patutkah aku menjawab semula smsnya itu? Apa yang harus aku katakan padanya? Aku takut dia akan sentiasa mengganggu ku. Hingga kini... sudah seminggu dia tidak putus-putus menghantar pesanan melalui handphone ku. Entah....

Apa lah salahnya kan aku balas.... lelaki ke perempuan ke tak apa la... lantak la... yang pasti aku nak tahu siapa dia sebenarnya... Entah-entah kawan lama aku. Almaklumla... Hari tu time tukar telepon, lupa nak check kot-kot ada nama yang aku tersave dalam phone je. Tapi tak save dalam sim card. Aku pun balas.....

Saipa ni? Awak ada mesej kat saya. Tapi saya tak kenal pun nombor ni. Saya kenal awak ke? Tolong bagi tau ye.... Tq.

Okey la kot ayat aku ni kan... Tak ada la macam perempuan gatal pun. Hehehe.. Aku ketawa sorang-sorang. Nasib baik tak ada sesiapa yang dekat dengan aku. Masing-masing kusyuk buat kerja. Masing-masing sibuk. Yang tak sibuk pun buat-buat sibuk jugak.... Bukan sibuk buat kerja sebenarnya... sibuk benda lain... Bos tak ada katakan... outstation kat Bangkok.

Heheheh.... bos aku ni garang sikit. Orang kaya... Hensem pulak tu... Mak we keliling pinggang. Kahwinnya tak lagi. Ramai la peminat dia ni. Aku pun salah seorangnya. Tapi tak boleh kot..... Aku ni orang biasa saja... perwatakan aku pun sederhana... Lagipun kerja sebagai kerani... layak kah aku bergandingan dengan dia...Emmmm.... masuk angin keluar asap saja la... Kalau nak tahu lagi lebih lanjut pasal diri dan keluarga aku?.. tunggu!!!!!