Bukan aku tak nak terima Pak Syed tu. Tapi hati aku tak nak. Aku tak dapat nak paksa. Setiap hari dia cuba nak gembirakan aku. Aku rasa dah seminggu aku macam ni. Tidak ceria lagi. Aku cuba jugak hubungi H.. tapi tetap tak dapat dihubungi. Mana kau pergi H..
Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan..
Cinta adalah universal. Kerana itulah kita semua suka perkataan keramat ini. Khusus di tujukan untuk anda yang pernah mengalami rasa kecewa hingga menyebabkan sampai tahap fobia dan takut untuk mencuba.
Cinta ada dimana-mana di ruang dunia ini. Dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan. Cemburu, bimbang, gembira dan sedih. Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seseorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya. Dan cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya.
Bagi aku, cinta adalah suatu perasaan yang lengkap. Tanpa cinta manusia akan menjadi buta hatinya. Cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau juga mungkin berkali-kali. Terpulanglah bagaimana kita menikmatinya. Paling penting kejujuran kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cintai.
Khusus untuk ayah dan umi, abang Huzaimi dan abang Harith tersayang dan juga buat teman - teman yang sering memberi semangat.. dan untuk si dia yang menyayangi diri ini.
Terima kasih kerana kasih sayang dan cinta kalian yang menyemarakkan lagi semangat ini untuk terus berjuang.
luahan rasa : Sarah Aliya (aku terbaca luahan rasa ini sewaktu aku membaca sebuah novel... maafkan aku kerana meminjam kata-kata penulisnya..terima kasih....)
Sedang aku seronok menulis dalam dairy ku ini, lagu nyanyian Mawi pulak berkumandang di corong radio.. Aku berlari kecil untuk menguatkan volume radio. Aku suka lagu ni.. tapi hari ini lagu ini sudah menjadi sejarah hitam buatku. Aku cuba mengikut rentak lagu. Mulutku perlahan mengikut nyanyian Mawi. Entah bila bait ini kulaungkan, airmata aku seakan tidak tertahan lagi.

No comments:
Post a Comment