Jam di tangan sudah pun pukul 7.35 minit malam. Ermm.. sempat lagi kalau nak bersembang-sembang dengan umi… Aku pun capai handbag dan terus mendapatkan umi di dalam biliknya.
“Umi!!! Ieya nak keluar kejap. Nak makan kat luar tau malam ni…”
“Ha!!! Nak dinnes dengan siapa.. lewat ke balik nanti?”
“Dengan Pak Syed… Umi.. Ha!! Tak tau lah sama ada lewat atau tidak. Tengok keadaan. Kalau keadaannya best… lambat kot.. tapi .. kalau tak.. alamatnya kejap sajalah Umi!!! Heheheh…”
“Hem… patutlah cantik semacam umi tengok… ade dinner date rupanya anak umi ni.. Ok lah.. Jaga diri tu baik-baik. Bersopan sikit. Kamu tu lain sikit perangainya… Ha!! Tu bunyi macam bunyi hon kereta tu.. pergilah tengok cepat!!!”
“Ok.. ok.. Umi!! Jomlah turun sama. Boleh jumpa dengan Pak Syed sekali.. Jomlah umi!!!”
Aku terus menarik lengan umi agar sama-sama bersemuka dengan Pak Syed. Nasib baik umi ikut, jadi taklah aku malu sangat. Aku tengok umi aku ni boleh tahan gurauannya. Maklumlah .. Like mother like daughter..
Eh!! Ada ka macam tu?
Pukul 8 malam. Pak Syed sampai. Awal 15 minit. Kata-kata pertama yang keluar dari mulut dia bila terpandangkan aku.
“You are beautiful tonight. Soo beautiful..”
Aku hanya tersenyum sahaja. Sebab dah biasa. Kadang-kadang depan orang pun boleh panggil aku beautiful la.. honey la.. Aku dah tak hairan. Aku pandang umi. Umi senyum meleret.
Sempat jugak dia berbual ringkas dengan ayah dan umi. Nasib baik abang Harith tiada masa tu. Kalau tidak.. Sure aku kena perli. Dia menunjukkan jam di tangannya. Aku pun macam paham maksud itu. Aku memeluk umi, kemudian kami bersalaman. Selepas bersalam-salaman dengan family aku, kami pun keluar.
No comments:
Post a Comment