Aku dengar batuk ayah semakin kuat. ?Ayah? are you ok?? Soal abang Harith sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan ayah.
?Tak ape..ayah ok, cuma batuk sikit je ni??
Ayah cuba melindungi kesakitannya. Muka ayah nampak merah padam. Mungkin menahan pedih di dadanya. Akhirnya ayah berhenti menyuap makanan lalu meghulurkan jari jemarinya minta dibasuhkan. Umi bingkas bangun menuju ke arah ayah. Aku hanya memandang dengan wajah sayu bercampur cemas.
Malam ini abang sulungku Huzaimi tiada di rumah. Lagipun sudah 2 malam dia pergi outstation ke Jepun. Ada kerja luar yang memerlukan kehadirannya di situ. Ah!! Biarlah dia dengan tugasnya.
Umi memapah ayah ke bilik. Abang Harith cuba meghubungi doktor peribadi ayah. Namun hampa kerana Doktor Kaza masih bersama pesakitnya yang lain. Akhirnya abang Harith sendiri yang merawat ayah. Aku masih termanggu di meja makan. Aku bingung. Aku cuba menghabiskan sisa-sisa makanan yang masih berbaki di pinggan. Terasa susah untuk aku telan. Akhirnya aku pun bangun menuju ke dapur. Aku buang sisa-sisa tadi ke dalam tong sampah.
Aku memanjat satu-satu anak tangga menuju ke bilik. Masuk bilik air lantas mengambil wuduk. Selesai solat Isyak, aku menuju ke bilik ayah. Aku lihat ayah sedang berehat sambil sesekali menulis sesutu ke dalam note book merahnya. Mulanya aku ingat tak mahu mengganggu ayah, tetapi apabila ayah terlihatkan kelibatku di dalam biliknya, ayah memanggilku perlahan.
?Ieya..mari sini... Duduk sebelah ayah sayang...?
Aku berjalan perlahan ke arah kerusi yang dimaksudkan. Aku duduk di sebelah ayah. Aku lihat garis-garis tua kelihatan di sekitar matanya. Sudah tua rupanya ayah aku. Tapi dia masih tabah mengharungi kehidupan yang mencabar ini.
?Ieya dah sihat? Maafkan ayah kerana tiada di sisi Ieya waktu Ieya sakit. Tapi umi everyday inform ayah tau...? Ayah tersenyum memandangku. Sesekali jari jemari ayah membelai lembut rambutku.
No comments:
Post a Comment