Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Monday, December 28, 2009

page 61 - sambungan

“Saya suka. Kenapa?” Something wrong? Something special?”
Aku menggeleng lagi. “En Annuar panggil Sara sudahlah.. Jangan Aliya.. Tak biasalah..” Aku beralih.
“Hilmi, sayang.. Lagi satu, kenalah biasa-biasakan sayang..”
Dia genggam lagi tangan aku. Aku tarik perlahan tangan aku. Aku rasa macam kosong je setiap kali dia panggil aku sayang. Aku rasa macam tak ada makna.. sebab selalu sangat dia panggil macam tu. Bagi aku.. perkataan sayang tu cukup unik. Tak perlu cakap selalu kalau kita sayang pada seseorang. Cukup sekadar perlakuan dan ingatan kita kepada orang yang kita sayang..
Aku ambil jugak kotak tersebut. Aku cuba buka kotak tersebut perlahan-lahan. Memang terkejut aku dibuatnya. Aku tutp semula kotak itu. Letak semula di tempat tadi.. Aku langsung tidak menyentuh apa yang ada dalam kotak itu. Mungkin En Annuar pelik dengan aku. Aku terima tapi tak nak pakai hadiah pemberiannya itu. Kalaulah perempuan lain.. sudah pasti waktu itu juga minta dipakaikan.
Aku beritahu pada dia yang aku nak fikir habis-habisan. Dalam terpaksa, dia terima. Dia senyum pada aku. Itulah bos aku. Murah dengan senyuman. Itu pasal ramai perempuan cair dengan dia.
En Annuar minta kebenaran dari aku untuk ke tandas sekejap. Aku senyum tanda setuju. Masa ini aku seorang sahaja yang ada kat meja makan tu. Aku dok melayan sorang-sorang. Hilmi!! Aliya!!.. Aku menggeleng lagi kepalaku.
“Hai!!.. Maaf kalau saya mengganggu. Saya tahu perbuatan saya ni salah, tapi saya tak kira. Saya nak buat jugak…”
Aku terkejut. Tetiba saja ada seorang mamat yang aku tak kenal duduk depan aku. Aku tercenggang. Mujurla aku tak melatah time ni. Nasib baik dapat control. Dah la aku tengah mengelamun. Ish!! Aku ketuk kepala baru tau. Aku angkat kepala. Lagi sekali aku terkejut. Hensem!! Muka dia buat aku tenang saja. Sejuk mata memandang. Aku diam saja. Aku tengok je muka dia sampai dia sambung balik percakapannya.
“Dah lama saya perhatikan saudari. Saudari mengingatkan saya pada seseorang.. Seseorang yang pernah hadir dalam hidup saya. Jangan salah faham. Ini bukan taktik saya nak mengurat perempuan. Tapi betul.. saudari ingatkan saya pada bekas tunang saya yang dah meninggal..”

No comments:

Post a Comment