Sampai dirumah cepat-cepat aku masuk bilik. Mandi dan terus mengambil wuduk. Sebenarnya dah lewat ni, takut tak sempat pulak aku nak mengerjakan solat Asar. Selesai solat aku duduk termenung di birai katil seketika. Berfikir sejenak sambil merenung almari bajuku… Eh!! Lupa.. ada date dengan Pak Syed!!!
Tadi… entah apa yang aku fikirkan pun aku tak pasti… Aku melangkah perlahan kearah almari bajuku yang boleh tahan jugaklah besarnya ni. Sambil membelek-belek sehelai demi sehelai pakaian yang tergantung rapi di dalamnya.. aku pilih baju yang paling cantik. Kalau boleh aku nak yang terbaik untuk malam ini. Entah la.. Mungkin aku nak bagi peluang pada En Annuar kot. Dia masih setia menunggu jawapan aku. Masih menunggu aku sambut huluran hati dia. InsyaAllah… Aku akan bagi jawapannya malam ini. Mudah-mudahan apa yang aku buat ni terbaik untuk aku dan untuk semua. Amin… Aku berdoa dalam hati.
Aku menunggu masuknya waktu solat Maghrib. Sambil tu aku pun bersiap ala kadar dahulu. Bukannya apa.. risau kalau-kalau baju yang aku pakai ini.. menjadi kedut. Jadi.. tak cantiklah bila di pandang orang.. kan aku ni perempuan melayu terakhir!!. Selesai solat.. cepat-cepat aku mengenakan make-up sikit pada wajahku yang gebu ini. Bukan pakai apa pun.. cuma lipstick sahaja supaya bibirku tidak kelihatan pucat.. itu sahaja sebenarnya.
No comments:
Post a Comment