Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 49 - sambungan

Kian jauh, kian hilang kasih antara kita, nampak tenang pada zahirnya, tapi batin terseksa. Yang terguris tak nampak di mata, yang terhiris terluka. Sesekali terbit airmata, tahan sebak di dada.. Kemanakah nak dibawa resah kian melanda. Di manakah hendak ku khabar, pilu di dalam dada... Bila kasih dihujungnya nyawa rasa ingin dimanja, Perasaan pun kian tersentuh, bila rindu ini berlabuh.. Apakah yang dikejar dalam hidupmu, berkali ku kata padamu, kita singgah di dunia yang sementara, penuh tipu daya.. yang kekal di sana birlah kita berdua, usahlah hanyut terus terlena di dalam dunia....
Sampai sahaja di rangkap ini, air mataku akhirnya mengalir laju tak terbendung lagi.
Benarkah apa yang diucapkan di dalam lagu ini. Adakah aku tertipu. Tak sangka dalam kesetiaan aku berkawan dengan H, sanggup dia meninggalkan aku terkontang kanting menahan perasaanku sendiri. Sudah lama aku bajai rasa kasih ku pada H. Dan apa yang aku tahu H pun mempunyai perasaan yang sama terhadap diriku.
Tapi, kenapa H harus meninggalkan aku, kenapa? Adakah kasih di antara kami akhirnya akan pergi begitu saja? Walaupun aku tidak mengenali langsung H, tapi aku yakin dengan hati budinya. Aku terasa bagaikan dimanja, dibelai, disayangi setiap masa. Kata-katanya sungguh mencuit hati. Bicaranya seakan seorang penyair. Oh..aku rindu saat-saat itu. Aku terlalu rindukan pada orang yang telah pergi jauh dariku. Bolehkah aku bertahan? Ya Allah kenapa aku jadi sebegini lemah. Kenapa.... kerana seorang jejaka yang bernama H boleh membuatkan insan lincah yang bernama aku kalah. Apa yang ada pada H yang tidak aku ketahui?.. Entah bermacam-macam persoalan sering bermain dikotak fikirku tika ini....
Aku cuba melelapkan mataku. Namun mataku masih enggan merehatkan dirinya. Aku ambil hadiah hari lahirku yang belum pernah kupakai lagi. Aku belek sebutir demi sebutir bola-bola kristal. Sungguh indah cahayanya. Adakah seindah diriku? Mungkin tidak lagi... Selagi aku belum dapat menerima kehadiran tuan yang menghadiahkan aku rantai tangan ini. Pada aku, kami hanya mampu berkawan sekadar di pejabat. Lebih daripada itu aku tak sanggup. Aku takut. Aku takut kalau-kalau H akan muncul semula. Aku cuba untuk menerima En Annuar, tapi hati aku menolaknya. Mungkin hari ini aku belum bersedia. Dan entah esok lusa... hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment