Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 12 - sambungan

"Entahlah bang, Sue pun tak tau. Nanti Sue tengok note yang Kak Lijah tulis tu. Alah tak penting tu?" Balas umi sebab tak nak panjang-panjangkan cerita ni.
Mungkin ada yang terkejut kenapa Mak Lijah panggil umi aku datin. Biarlah aku berterus terang di sini sebelum ada yang berfikir bukan-bukan tentang keluarga aku dan kehidupan kami sekeluarga.
Sebenarnya aku berasal dari keluarga yang boleh dikatakan mewah. Tapi ayah dan umi tak pernah mengajar kami adik beradik untuk menunjukkan kemewahan kami pada orang lain. Takut kami riak dan bongkak. Itu sebab aku langsung tidak berperawakan seperti anak-anak orang kaya. Kalau tanya semua orang, siapa kenal Dato Azman Hussein? Sure ramai yang cakap kenal. Ayah aku salah seorang hartawan di ibu kota ini.
Datin Suraya ibuku, seorang penceramah bebas. Berusia dalam lingkungan 50 an. Seorang ibu yang penyayang tetapi tegas. Jangan ada yang silap sikit, pasti di panggilnya untuk memberi keterangan. Dah macam dalam mahkamah pulak. Walaupun begitu, umi seorang yang periang dan peramah. Memang sesuai dia menjadi penceramah bebas. Setiap tutur katanya indah di dengar tak kira siapa? Dan seorang isteri yang solehah pada pandangan peribadi ku.
Abang sulongku iaitu Shahrul Huzaimi seorang engineer. Boleh tahan kacaknya dan berumur awal 30an. Belum mempunyai pasangan dan sedang mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya. Merupakan abang yang peramah tapi jarang berada di rumah kerana selalu outstation.
Shamrin Harith seorang doktor pakar dan merupakan abang keduaku. Memang kacak jika dibandingkan dengan abang sulongku. Suka membebel dan banyak cakap. Sama macam perangai aku. Cuma bebelannya hanyalah untuk pesakitnya sahaja. Masih muda dan masih mencari wanita idaman.
Dan aku Sarah Aliya.. berumur sekitar 20an. Masih single dan suka bergaul dengan sesiapa sahaja yang menegurku. Satu lagi perangai aku, aku ni memang banyak cakap dan mudah melatah bila terkejutkan sesuatu. Seorang anak gadis yang manis tapi mudah tersentuh hatinya. Jika dibandingkan aku dengan abang-abangku.. pekerjaan aku hanyalah sebagai seorang kerani di sebuah syarikat besar. Pelik kan?

No comments:

Post a Comment