Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Thursday, December 24, 2009

page 6 - sambungan

"Saya tak tau lah boss. Biasanya Kak Munah yang handle benda macam ni. Nak ambil kat mana document tu?"

Memang aku tak tahu menahu langsung bab-bab document ni. Kerja aku buatkan claim. Kalau document untuk claim expert lah aku.

"Tak apalah, kita dah lewat ni. Awak bawak sajalah note book. Awak tau tak note book, takkan benda tu pun tak tau?" Melawak lah konon Pak Syed ni. Dalam hati aku, eeee geramnya.

Dalam perjalanan untuk lunch appointment kat Hotel Istana, sempat lagi boss aku berbual-bual kosong dengan aku. Mungkin nak mengeratkan silaturrahim. Dalam kereta Toyota Wishnya banyak terdapat cd lagu-lagu jiwang. He..he..he Rupa-rupanya bos aku mat jiwang jugak. Aku rasalah kan.

Dalam aku ushar salah satu cd miliknya, tiba-tiba En Annuar minta aku pasang cd lagu Mawi. Maaflah ya.. aku apa lagi lajulah kan.

Sememangnya aku minat Mawi. Lagu-lagu Mawi keseluruhannya aku dah hafal dah. Aku minat sangat budak tu, cute.. hehehehe. Jangan jealous tau.

Nak di jadikan cerita, dengar saja lagu "Cinta Hakiki", aku dengan tak sengaja ternyanyi sama - sama dengan si penyanyi ni. Ape lagi? bos aku tetiba ketawa sambil join nyanyi sekali.

"Sedap suara awak Sara..terpegun saya.." Terpacul kata-kata entahkan pujian atau perli dari mulut En Annuar.

"Uuppss.. maafkan saya. Saya terleka tadi. Maaf." Malu sungguh aku rasa waktu itu, hanya Allah, aku dan dia sahaja yang tahu.

Umi ... Ieya malu mi!! Aku menjerit dalam hati.

"Awak tak perlu malu. Inikan lumrah kehidupan. Saya pun kalau dengar lagu-lagu ni, ringan je mulut saya nak nyanyi sama. Ha.. macam tadi. Lagipun saya memang minat si Mawi ni. Kalau boleh semua koleksi dia saya nak beli. Saya tau sekarang ni tak kira siapa, tua muda, kecil besar semua minat Mawi. Sampaikan orang-orang kenamaan pun minat kat Mawi ni." Dengan terlopong aku mendengar penjelasan Pak Syed ni.
Memang hensem wajahnya. Mungkin keturunan syed ni hensem-hensem kot.

No comments:

Post a Comment