Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 53 - sambungan

"En Annuar, inilah orangnya yang saya ceritakan tadi tu. Nama dia Sarah Aliya..."

"Ha!! Sara.. kenalkan inilah bos di syarikat ni. Nama dia Syed Annuar Hilmi Bin Syed Mustafa. Tapi staff kat sini panggil En Anuar saja."

En Annuar senyum saja mendengarkan penerangan kak Munah. Memang kak Munah ni peramah orangnya.
"Assalamualaikum cik Sarah Aliya..." Memang dari mula aku jumpa pak syed ni nama penuh aku di sebutnya.

"Saya dah tahu hal awak, jadi saya harap esok awak datang semula, tapi dengan membawa sijil-sijil awak. So kite jumpa semula esok ye?"
Ringkas saja permintaan En Annuar. Aku ingatkan dia nak marahkan aku.. sebab cara berpakaian aku ni. Rupanya bukan?. Alhamdulillah lega rasanya..
"Ha!! Maimunah, awak take note benda ni. And make sure awak ambil butir-butir peribadi Sarah Aliya. Kalau dia tak datang besok, awak call dia and make sure nombor telefon dia sekali ada tertulis dalam borang ni." Sambil menghulurkan borang yang aku tak sempat habis isi tadi.
"Ok lah, see you tomorrow.."

Kami pun keluar masing-masing menuju haluan sendiri. Sebelum tu..
"Sara!!! Jangan lupa tau, esok mai lagi. Mai jumpa kak Munah dulu tau!!!" Kak Munah mengingatkan aku sekali lagi. Aku mengangguk tanda setuju.

Dalam aku termenung mengenangkan lamaran En Annuar.. tiba-tiba hati aku terasa bagaikan sayu, sedih, pilu dan berbagai lagi perasaan yang menerjah jiwa ini. Sesekali aku teringat kembali betapa singkatnya hubungan aku dengan H. Kenapa sampai hari ini aku tidak mampu untuk melupakan jejaka ini. Apa yang istimewanya dia sehinggakan hati ini tidak mampu untuk menerima orang lain selain dirimu..H
Aku mengambil diary... yang sememangnya setia bersama di mana jua aku pergi. Aku cuba mengingati sesuatu.... secepat itu jugalah aku menulis bilamana aku teringat yang aku pernah terbaca sebuah sajak... tapi tajuk dan penulisnya aku lupa... maaf sekali lagi kalau-kalau menciplak tulisan ini....

No comments:

Post a Comment