Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 44 - sambungan

?Ayah tu yang tak sihat... Dah tahu tak sihat, kenapa ayah masih susah payah kerja lagi. Kalau ayah sakit... semua orang susah tau. Ieya lagi susah yah...? Aku luahkan rasa bimbangku pada ayah.
?Ha!!! itulah, ayah suruh Ieya kerja dengan ayah, Ieya tolak. Nak berdikari katanya. Hari ni Ieya cakap macam tu pulak pada ayah. Siapa salah?? Ayah seakan berkecil hati denganku. Ayah menyambung ayatnya tadi.
?Ieya jangan salah faham dengan cakap-cakap ayah tadi. Ayah tak bermaksud apa-apa, cuma kalau boleh ayah nak anak ayah sendiri yang meggantikan ayah. Lagipun ayah dah tua sayang. Takkan ayah nak harapkan abang-abang Ieya. Lagipun mereka kan sudah ada syarikat sendiri. Ayah cuma boleh harapkan Ieya sekarang ni...? Ayah terdiam, seakan mengenangkan sesuatu.
?Ayah, maafkan Ieya ye... Dah banyak kali Ieya cakap dengan ayah yang Ieya belum bersedia lagi. Nanti Ieya cuba fikir masak-masak permintaan ayah ni. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, Ieya akan bekerja dengan ayah. Tapi bila tu ieya tak boleh janji tau...? Aku tidak berani untuk berjanji dengan ayah.
?Ayah..ayah dah penat ni. Apa kata ayah berehat dulu. Tak pun tidur ke. Ayah tak payahlah banyak berfikir??
Aku cuba memujuk ayah. Akhirnya aku tinggalkan ayah seorang di dalam biliknya tatkala ku lihat umi datang dengan membawa dulang berisi segelas air bersama ubat-ubatan untuk ayah. Aku biarkan mereka berdua. Dan kemudiannya aku lihat sudah tiada lagi cahaya di dalam bilik itu.
Setelah seminggu berehat di rumah, akhirnya hari ini aku kembali bekerja semula. Kehadiranku di opis sangat-sangat di nantikan oleh Kak Munah. Begitu juga rakan-rakan sepejabatku yang lain. Di atas meja terdapat banyak claim yang menungguku. Banyak sungguh claim customer yang harus aku siapkan hari ini. Kak Munah tersenyum melihatkan mimik mukaku waktu itu.
?Hai Sara!! Bersedialah untuk berjuang??
Usik Kak Munah sambil berlalu ke bilik Pak Syed. 10 minit kemudian Kak Munah menghampiri mejaku.
?Sara ni ada claim lagi, Pak Syed bagi?? Sambil meletakkan kertas-kertas merah setebal buku latihan budak-budak darjah 5.

No comments:

Post a Comment