Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 31 - sambungan


Entahlah.. Aku memang dah hafal semua lagu-lagu mamat ni. Pada aku? ada keinsafan pada setiap bait-bait pengucapannya. Bukan bodek tau. Kenyataan.
Elok sampai saja aku kat tangga last, Plup? lampu terpasang. Siap ada sound speaker lagi kat tepi aku... aku pulak apa lagi siap dengan bukak pencak silat, silat gayung, silat harimau entah apa pesen lagipun aku tak tau dah. Terkejut woo.. nasib baik tak ada lemah jantung. Kalau tak memang ayah dengan umi aku siap nangis dah tadi.
?Allah selamat kan kamu? Allah selamatkan kamu?. Allah selamatkan Sarah Aliya?. Allah selamatkan kamu?.?
Semua family aku menyanyi dan termasuklah seorang mamat ni. Aku pejam celik mataku kalau-kalau mata aku ni salah cam orang. Lagi aku celik lagilah aku kenal sangat dengan mamat sorang ni. Mamat ni pulak asyik tersengih-sengih saja tengok aku.
?La!! En Annuar buat ape datang sini??
Selamba saja aku sound bos aku ni. Dia yang termalu, selamba pulak cakap aku cantik. Nasib baik dia puji aku waktu tu, kalau tak rasanya macam nak lari saja nyorok kat belakang pintu. Hehehe..terkejut lah katakan.
?Ieya sayang? umi sayangkan Ieya tau?? Lalu umiku mencium pipiku kiri kanan. Aku kemudian membalas ciuman umi semula. Aku peluk umi erat-erat seakan tak mahu kulepaskan.
?Ieya don?t be so emotional..?
Tiba-tiba ayah pulak menarik aku kedalam pelukannya. Apalagi aku pun terus meraung sekuat kuat hatiku. Dah tak rasa malu lagi dah. Kemudian aku lihat Mak Lijah membawa sebiji kek yang sederhana besarnya. Kami pun berlalu ke ruang tamu untuk upacara memotong kek. Aku lihat tulisan yang tertera pada kek SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.. DARI KAMI : Umi,ayah,abang Zaimi & abang Harith.. semoga segala yg diimpikan terlaksana.. amin.
Terharunya aku waktu itu. Ada setitis dua air mata bergenang di kelopak mata ini. Tiba-tiba En Annuar menghulurkan sesuatu. Kotak hadiah. Aku pun mengambil kotak kecil tersebut lalu aku simpan di dalam beg tangan tadi. Kini baru aku teringat H. Jam sudahpun menunjukkan pukul 9.00 malam. Aku gelabah tak menentu.

No comments:

Post a Comment