Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 39 - sambungan


?Saya sendiri yang akan tahu.. dari mana..? Belum sempat aku habis berkata-kata aku terdengar suaranya memberi salam..
?Assalamualaikum...Insyaallah...?
Habis saja ayat tu, pemuda tadi akhirnya lenyap di sebalik kabus-kabus. Aku tercari-cari. Inginku memanggil namanya, tetapi aku aku tak tahu siapa namanya. Akhirnya aku mendah tangan sambil berdoa.
?Ya Allah, adakah ini orangnya yang akan menjadi jodohku? Kalau iya.. Kau berilah aku petunjuknya. Amin Ya Rabbil Alamin...?
Selesai aku mengaminkan doaku sendiri, aku terdengar sayup - sayup suara orang melaungkan azan. Akhirnya laungan itulah yang mengejutkan aku dari tidur. Rupanya aku bermimpi. Puas aku fikir apakah maksud mimpiku sebentar tadi.
Apabila teringat semula, aku bingkas bangun. Aku capai jam di meja solekku, oh..dah waktu subuh rupanya. Aku lantas mengambil tuala dan bergegas ke bilik air. Aku membersihkan diriku semahu-mahunya. Aku mengambil wuduk lalu mengerjakan solat. Selesai solat aku menadahkan tanganku sambil berdoa. Rasanya segala yang aku alami dalam mimpi sebentar tadi telah ku luahkan kepada Yang Maha Esa. Aku minta agar di beri petunjuk. Kalau betullah pemuda di dalam mimpiku tadi adalah jodohku... Kau perkenankanlah permintaan ku ini ya Allah. Engkau ketemukanlah aku dengannya di alam nyata. Amin Ya Rabbil Alamin....
Terasa lemah diri ini kemudiannya. Aku kembali ke katilku lantas tertidur semula dan akhirnya bila aku terjaga aku dapati diriku begitu lemah tak bermaya.
Sudah 3 hari tiada sesiapa pun yang menghubungiku. Mungkin mereka semua tidak mahu mengganggu waktu rehatku. Aku bersendirian di dalam bilikku. Malas untuk keluar. Makan tengahari tadi pun mak Lijah yang bawakan ke dalam bilikku. Aku cuba pergi mandi.. tapi tak jadi. sejuk sangat air aku rasakan. Aku berkira-kira untuk bersiar-siar di halaman rumahku.
?Eh!! Cik Ieya dah sihat ke?. Kenapa duduk diluar sorang-sorang??
Pertanyaan Mak Lijah membuatkan aku tersedar dari lamunan. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku sering bermenung. Kekadang aku memikirkan keadaan keluargaku. Memang kami mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, tapi dalam kebahagiaan itu aku rasa seakan ada rasa terkilan. Mungkin sebab ayah aku terlalu sibuk dengan perniagaannya. Umi pula sibuk dengan persatuan dan kerja-kerja kebajikannya.

No comments:

Post a Comment