Hubungan aku dengan H berjalan lancar walaupun kami tak pernah berjumpa. Dan Pak Syed pun aku tengok makin lama makin suka kat aku. Mana tidaknya?. setiap kali kami keluar, mesti aku happy. Sebabnya setiap kali sebelum keluar dengan dia, aku dengan H pasti akan berborak sebelum tu. Itu yang kegembiraan aku ni terbawa-bawa sampai aku keluar dengan Pak Syed tu.
Kusangkakan panas berpanjangan...
Rupanya gerimis mengundang....
Macam tu la yang aku rasakan saat ini selepas aku terima mesej dari H malam tadi. Mesej yang berbunyi
Maafkan H sayang. Kita tak dapat nak teruskan hubungan kita ni. Bukan H tak sayang, tapi H terpaksa undur diri. H tau ade orang lain yang menanti sayang kat sana. Siapa H nak dibandingkan dengan dia. Sayang tak salah. H yang salah. Semoga sayang akan berbahagia dengan si dia. Itu doa H. Dan please, bahagiakan diri sayang. I?ll always love u. Bye...
Macam nak pitam aku baca mesej H. Aku cuba hubungi dia tapi tak dapat dihubungi. Sekali lagi.. dunia aku rasa macam berpusing. Kenapa H buat aku macam ni... Aku sayang dia!!!
Pagi tu aku pergi kerja seperti biasa. Tapi tanpa senyuman di bibirku. Aku rasa macam kehilangan yang amat sangat selepas kata perpisahan dari H. Semua orang di opis hairan dengan perubahan diriku ini. Pak Syed pun sama. Dia sebolehnya berusaha buat aku ceria. Tapi aku tak boleh. Baru la aku tahu macam mana peritnya sakit akibat dikecewakan. Walaupun dengan orang yang aku tak kenal
Setiap kali terdengar lagu Sonata Musim Salju, air mataku akan gugur. Kata H, dia suka lagu tu. Dia tujukan lagu tu untuk aku. Lagu itu macam dah sinonim dengan kami berdua. Kadang-kadang H akan nyanyikan lagu tu untuk aku walaupun dalam talian. Sedap suara dia. Pernah aku terdengar seseorang menyanyikan lagu tu. Terkejut aku. Bila aku tengok... rupa-rupanya Pak Syed. Terkompius jugak aku dibuatnya. Tapi sekarang tiada lagi. H dah lari jauh. Jauh tinggalkan aku seorang diri.

No comments:
Post a Comment