Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 33 - sambungan


?Umi..Ieya sayang umi.? Itu yang aku mampu buat masa ini.
?Umiiiiii..? Aku terjerit kecil. Ieya ada temu janji dengan kawan lama. Dah hampir pukul 10.00 dah ni. Ieya nak tunggu di luar..takut kalau-kalau dia tak nampak Ieya.? Gelabah aku dibuatnya si jejaka misteri H ni.
Aku kemudian mengambil handphone yang aku tinggalkan di atas meja di dalam bilikku. Aku cuba untuk menalipon H.. namun terbantut bila mana aku terlihat ada mesej yang belum aku baca.
(Mesej 1) Assalamualaikum..Sara. H minta maaf kerana terpaksa mungkir janji untuk berjumpa dengan Sara malam nie. H minta maaf banyak-banyak. Bukan maksud H untuk mempermainkan perasaan Sara. H bukan takut, tapi H terpaksa batalkan perjumpaan ini. Mungkin di lain masa siapa tahu, kita pasti akan bersua juga. Kerana H yakin, Sara telah dijanjikan untuk hidup bersama dengan H. Itu H pasti. Insyaallah kalau Tuhan izinkan.....?
(Mesej 2) ...Sara..H pasti malam ni Sara kelihatan sangat cantik. dan H juga tahu Sara tak sabar nak bersuamuka dengan H. Itulah H dah katakan tadi, kalau ade jodoh, tak kemana. Sekali lagi H ingin luahkan apa yang H rasakan malam ini. ?H benar-benar jatuh hati padamu sayang?. Wassalam.
Terharunya hati aku sungguh tak terkata. Penat saja aku siap lawa-lawa, tup tup tak jadi, cancel. Lahai.. orang lain yang aku tunggu..orang lain pulak yang aku jumpa. Nak marah pun tak boleh sebab En Annuar akhirnya dah tahu siapa aku, siapa keluarga aku dan kedudukan aku yang sebenarnya. Dalam pada itu aku berdoa?
?Ya Allah janganlah disebabkan kedudukan kelaurgaku yang sebegini yang membuatkan En Annuar memilih aku menjadi kekasihnya...Amin..?
Tok tok tok.. terdengar bunyi ketukan pada pintu bilikku.
?Cik Ieya, cik Ieya, En Harith panggil, katanya tetamu hendak pulang. En Harith minta cik Ieya turun sekarang!!? Jerit Mak Lijah dari luar.
?Aa.. iya iya..nanti Ieya keluar ye mak Lijah?.? Jerit aku kembali.
Lahai nak balik tu balik je lah. Takkan nak kena aku pulak yang hantarkan kat luar, mengada-ngada betullah Pak Syed ni. Sambil muncung mulut aku turun jugak kebawah. Aku lihat En Annuar sedang bersalaman dengan ayah, abang Zaimi dan abang Harith. Umi hanya tersenyum riang. Aku lihat keluargaku begitu senang dengan En Annuar. Entah ilmu apa yang Pak Syed ni pakai, akupun tak tahu.

No comments:

Post a Comment