?Cik Ieya.. Mak Lijah bukanlah nak masuk campur urusan cik Ieya, tapi Mak Lijah pun rasa yang bos Ieya tu ikhlas nak bersama dengan Ieya. Kalau tak? takkan dia sanggup buat tak tahu apa kata orang. Dan satu lagi Mak Lijah tengok Ieya pun macam suka saja dengan Pak Syed ni?.? Sambil tersenyum mak Lijah memelukku. Sambungnya lagi..
?Walau apapun yang bakal berlaku cik Ieya kena tabah dan bersedia tau?? Pinta Mak Lijah kemudian berlalu ke dapur. Mungkin nak sambung kerja-kerjanya yang tergendala dengan cerita-cerita ku tadi.
?InsyaALLAH Mak Lijah, InsyaALLAH?? Akhirnya aku pun masuk ke dalam bila aku terdengar bunyi deruman enjin kereta di garaj sebelah rumahku.
Seminggu juga rupanya aku tak ke opis. Abang Harith minta aku ambil seminggu MC. Mujurlah bos aku si Pak Syed tu tak marah. Ada jugalah sekali dua dia bertanyakan kesihatan aku kepada abang Harith. Aku pun tak pasti kenapa dia tak bertanya sendiri kepadaku. Mungkin dia tidak mahu menggangguku. Bagus jugak macam tu.
Aku masih terkenangkan H. Mengapa sehingga hari ini dia langsung tidak menghubungiku. Tiada lagi sms yang hendak aku baca. Tiada lagi gelak tawa sorang sorang buat diriku sendiri. Apa sudah terjadi kepadanya. Yang tambah menghairankan aku, setiap sms yang aku hantar semuanya tidak dapat dihantar lagi ke nombor talipon H. Mungkin nombor handphone itu sudah tidak digunakan lagi. Aku memang sedih bila fikirkan hal ini. Seakan satu kehilangan besar buat diriku. Bagaimana untuk aku berterus terang dengan H selagi dia tidak menghubungi aku. Sudah tak tertahan rasanya kerinduanku terhadap jejaka misteri yang bernama H ini.
Sewaktu makan malam, umi seakan perasan degan perubahan sikapku. Selalunya akulah yang akan membuat bising di meja makan. Tapi kini tidak lagi. Aku hanya akan bercakap apabila di ajukan soalan. Aku lihat juga masing-masing seakan diam seribu bahasa. Tiada topik yang menarik yang hendak dibualkan.
Sesekali terdengar batukan kecil dari mulut ayah. Sejak kebelakangan ini kesihatan ayah tidak berapa baik. Doktor menasihatkan agar ayah berehat di rumah atau pergi bercuti bersiar-siar agar kembalikan stamina ayah. Tetapi ayah memang susah jika diarah berbuat sedemikian. Mungkin ayah sdah terbiasa dengan pekerjaannya yang memerlukan penglibatan ayah secara langsung. Bukan aku tak kesiankan ayah, tapi aku rasa belum masanya untuk aku menggantikan tempat ayah. Ayah masih diperlukan lagi oleh syarikat miliknya sendiri.
No comments:
Post a Comment