Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 10 - sambungan

Aku sebenarnya tak perasan yang tegur aku tadi boss aku En Annuar. Rasanya macam kawan-kawan office aku yang sembang dengan aku. Memang aku mengantuk sesangat.. Dan tak boleh kontrol lagi dah..

"Iya? Kesian!!!"

Terdengar En Annuar ketawa di sebelah aku. Kali ini barulah aku perasan orangnya.

Ya Allah.. malu lagi aku hari ini.... tak tau nak letak muka kat mana...

"Hem..hehehehe.." Aku hanya tersengih sebagai balasan menjawab soalan En Annuar.

Sampai sahaja dalam office, aku terus ke bilik air. Paham-paham sajalah...

Hari ni sudah sebulan berlalu. Dalam masa sebulan ni.. tiap-tiap hari jugaklah si penghantar sms misteri tu masih meng?sms? aku. Tapi kali ni ayat-ayat yang dia kirimkan simple saja.

Hanya bertanyakan khabar. Dah makan ke belum? Busy ke tidak? Boss okey ke tak? Ade ke tak ade? Tapi.. dia masih merahsiakan dirinya. Aku pun kadang-kadang melayan jugak kiriman dia. Tapi yang peliknya, macam mana mamat ni tau yang aku pernah pergi lunch kat Istana Hotel ni. Pelik memang pelik. Tak kan dia pasang spy untuk intip setiap pergerakan aku? Siapa sebenarnya si H bukan nama sebenar ni. Pening kepala aku di buatnya.

"Ieya........Ieya.. mari makan dulu. Nanti perut tu masuk angin!!" Jerit umi aku dari bawah.

"Jap umi, jap.. nanti Ieya turun."

Ieya adalah panggilan manja aku kat rumah. Aku jugak adalah anak manja kepada family aku. Tapi biasalah.. dalam manja-manja aku, aku still boleh berdikari sendiri. Cari duit sendiri. Dalam family aku, aku anak no 3. Yang sulong abang aku Shahrul Huzaimi, yang kedua pun abang jugak namanya Shamrin Harith. Sedap tak nama abang-abang aku? Nak ngorat..tak boleh, tak boleh.. Kalau nak ngorat abang aku, korang kena ngorat aku dulu?

"Ieya...ayah dah turun ni, marilah makan sama. Nanti lauk kesukaan Ieya, abang Harith habiskan." Jerit abang keduaku dari dapur.

No comments:

Post a Comment