Destinasi kami ke KLCC untuk makan malam. Dia kata lepas dinner dia nak ajak aku shopping sekali. Itu la pasal kami ke KLCC. Aku ikut sahaja.
Sambil makan kami borak-borak. Tiba-tiba dia pegang tangan aku. Dalam hati aku.. memang gelojohlah mamat ni.. Aku tarik tangan aku cepat-cepat sambil mata aku merenung muka dia. Dia letak kotak kecil segiempat sama di hadapan aku. Aku pandang muka dia lagi. Aku dah dapat agak pemberian dia kali ini. Aku tak mampu nak bersuara. Aku nak terima.. Tapi hati aku masih lagi berbelah bahagi.
“Sara, sudi awak terima saya?” Dia memulakan bicara.
“Saya… saya.. tak tau naka kata apa En Annuar…”
“Hilmi.. Panggil saya Hilmi..” Aku pandang muka dia balik. Pelik aku.
“Hilmi? Kenapa Hilmi?” Aku tanya balik. Aku tak sanggup .. lagipun tak biasa..
“Lebih mesra.. Dan saya rasa lebih istimewa kalau hanya kita berdua sahaja yang guna nama tu…” Dia genggam erat tangan aku. Tanpa sedar aku menggeleng kepalaku.
Aku tak dapat nak bersuara. Tiba-tiba airmataku gugur… ‘H’.. Aku bersuara perlahan tanpa sedar.
Aku tak dapat nak bersuara. Tiba-tiba airmataku gugur… ‘H’.. Aku bersuara perlahan tanpa sedar.
“Ape dia? Kenapa Aliya menangis tiba-tiba ni..” En Annuar bertanya balik. Aku bertambah terkejut.
Aliya? Kenapa jadi macam ni? Seingat aku, Hanya H sahaja yang suka panggil aku dengan nama Aliya. Walaupun jarang, tapi hanya dia seorang. Orang lain tak pernah. Kalau dia nak pujuk aku ke, nak cakap yang dia rindu ke, sayang kat aku.. dia akan guna nama Aliya tu. Aku suka.. tapi dengan H saja.
“Tak de ape-ape la En Annuar.. Maafkan saya..” Aku lap mataku
“Ermm.. saya tanya lagi sekali boleh tak?”
“Ermm.. saya tanya lagi sekali boleh tak?”
“Ape dia?”
“Kenapa ‘Aliya’?”
No comments:
Post a Comment