Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 25 - sambungan


?En Annuar, saya ok.? Itu saja yang aku mampu cakap. Tiba-tiba handphone En Anuar berbunyi.
?Opss maafkan Sara...? Dan akupun berlalu dari biliknya.
Aku bekerja seperti biasa, cuma aku rasa kekok sedikit sebab ramai yang memandangku sambil tersenyum. Aku balas semua senyuman yang diberi.
Tritt..tritt..tritt.. Aku terima sms dari H.
Salam Hari Lahir, sayangku Sarah Aliya. Jangan sedih kerana itu akan merosakkan penampilanmu yang baru. H doakan agar Sara beroleh kesejahteraan dan kegembiraan.Salam sayang dari H.
Terima kasih.. kataku dalam hati. Tapi macam mana H boleh tahu perubahan diriku. Macam mana dia tahu hari ni hari lahir aku. Pelik. Siapakah H yang sebenarnya.
Belum sempat aku membalas kiriman H tadi, handphone aku tiba-tiba berbunyi. Belum sempat aku berkata apa-apa terdengar suara di talian. Suara H.
?Assalamualaikum Sara, maaf H mengganggu. Boleh H jumpa Sara malam ni? Ada perkara mustahak yang hendak saya bincangkan dengan Sara. Saya berharap sangat-sangat agar Sara tidak menolak permintaa saya ini. Saya jemput Sara malam ni.?... Terdiam
?Macam mana Sara nak kenal awak, sedangkan Sara tak tahu rupa awak macam mana.?
?Sara tak perlu risau, saya datang jemput Sara malam ni di rumah keluarga Sara.? Akhirnya talian diputuskan.
?Halloo..halloo..?. Aku bingung. Siapa dia, siapa?
Sepanjang hari aku tak menentu. Gelabah semacam je. Iya la.. dengan Pak Syed nya lagi, dengan si H nya lagi. Pening aku. Memang la Pak Syed tu aku suka. Tapi dia tu... tahap dia tu atas sangat. Tak sampai tangan aku nak capai dia. Aku takut aku ni tak boleh masuk dengan lifestyle dia nanti. Memang la aku ni kira bertuah sebab hidup dalam serba kemewahan, tapi aku tak suka macam tu. Aku suka sederhana saja. Siapa la aku ni nak bergandingan dengan dia kan?

No comments:

Post a Comment