tag:blogger.com,1999:blog-76303203324960494492024-03-14T10:32:02.296+08:00Novel KakYongKakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.comBlogger61125tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-64254396235010080062009-12-28T00:26:00.000+08:002009-12-28T00:28:00.808+08:00page 61 - sambungan
“Saya suka. Kenapa?” Something wrong? Something special?”

Aku menggeleng lagi. “En Annuar panggil Sara sudahlah.. Jangan Aliya.. Tak biasalah..” Aku beralih.

“Hilmi, sayang.. Lagi satu, kenalah biasa-biasakan sayang..”

Dia genggam lagi tangan aku. Aku tarik perlahan tangan aku. Aku rasa macam kosong je setiap kali dia panggil aku sayang. Aku rasa macam tak ada makna.. sebab selalu sangat dia panggil macam tu. Bagi aku.. perkataan sayang tu cukup unik. Tak perlu cakap selalu kalau kita sayang pada seseorang. Cukup sekadar perlakuan dan ingatan kita kepada orang yang kita sayang..

Aku ambil jugak kotak tersebut. Aku cuba buka kotak tersebut perlahan-lahan. Memang terkejut aku dibuatnya. Aku tutp semula kotak itu. Letak semula di tempat tadi.. Aku langsung tidak menyentuh apa yang ada dalam kotak itu. Mungkin En Annuar pelik dengan aku. Aku terima tapi tak nak pakai hadiah pemberiannya itu. Kalaulah perempuan lain.. sudah pasti waktu itu juga minta dipakaikan.

Aku beritahu pada dia yang aku nak fikir habis-habisan. Dalam terpaksa, dia terima. Dia senyum pada aku. Itulah bos aku. Murah dengan senyuman. Itu pasal ramai perempuan cair dengan dia.

En Annuar minta kebenaran dari aku untuk ke tandas sekejap. Aku senyum tanda setuju. Masa ini aku seorang sahaja yang ada kat meja makan tu. Aku dok melayan sorang-sorang. Hilmi!! Aliya!!.. Aku menggeleng lagi kepalaku.

“Hai!!.. Maaf kalau saya mengganggu. Saya tahu perbuatan saya ni salah, tapi saya tak kira. Saya nak buat jugak…”

Aku terkejut. Tetiba saja ada seorang mamat yang aku tak kenal duduk depan aku. Aku tercenggang. Mujurla aku tak melatah time ni. Nasib baik dapat control. Dah la aku tengah mengelamun. Ish!! Aku ketuk kepala baru tau. Aku angkat kepala. Lagi sekali aku terkejut. Hensem!! Muka dia buat aku tenang saja. Sejuk mata memandang. Aku diam saja. Aku tengok je muka dia sampai dia sambung balik percakapannya.

“Dah lama saya perhatikan saudari. Saudari mengingatkan saya pada seseorang.. Seseorang yang pernah hadir dalam hidup saya. Jangan salah faham. Ini bukan taktik saya nak mengurat perempuan. Tapi betul.. saudari ingatkan saya pada bekas tunang saya yang dah meninggal..”
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-22543123690541733892009-12-28T00:08:00.001+08:002009-12-28T00:09:58.544+08:00page 60 - sambungan
Destinasi kami ke KLCC untuk makan malam. Dia kata lepas dinner dia nak ajak aku shopping sekali. Itu la pasal kami ke KLCC. Aku ikut sahaja.

Sambil makan kami borak-borak. Tiba-tiba dia pegang tangan aku. Dalam hati aku.. memang gelojohlah mamat ni.. Aku tarik tangan aku cepat-cepat sambil mata aku merenung muka dia. Dia letak kotak kecil segiempat sama di hadapan aku. Aku pandang muka dia lagi. Aku dah dapat agak pemberian dia kali ini. Aku tak mampu nak bersuara. Aku nak terima.. Tapi hati aku masih lagi berbelah bahagi.

“Sara, sudi awak terima saya?” Dia memulakan bicara.

“Saya… saya.. tak tau naka kata apa En Annuar…”

“Hilmi.. Panggil saya Hilmi..” Aku pandang muka dia balik. Pelik aku.

“Hilmi? Kenapa Hilmi?” Aku tanya balik. Aku tak sanggup .. lagipun tak biasa..

“Lebih mesra.. Dan saya rasa lebih istimewa kalau hanya kita berdua sahaja yang guna nama tu…” Dia genggam erat tangan aku. Tanpa sedar aku menggeleng kepalaku.
Aku tak dapat nak bersuara. Tiba-tiba airmataku gugur… ‘H’.. Aku bersuara perlahan tanpa sedar.

“Ape dia? Kenapa Aliya menangis tiba-tiba ni..” En Annuar bertanya balik. Aku bertambah terkejut.

Aliya? Kenapa jadi macam ni? Seingat aku, Hanya H sahaja yang suka panggil aku dengan nama Aliya. Walaupun jarang, tapi hanya dia seorang. Orang lain tak pernah. Kalau dia nak pujuk aku ke, nak cakap yang dia rindu ke, sayang kat aku.. dia akan guna nama Aliya tu. Aku suka.. tapi dengan H saja.

“Tak de ape-ape la En Annuar.. Maafkan saya..” Aku lap mataku
“Ermm.. saya tanya lagi sekali boleh tak?”

“Ape dia?”

“Kenapa ‘Aliya’?”
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-7580768479485123252009-12-27T23:57:00.000+08:002009-12-27T23:58:58.960+08:00page 59 - sambungan
Jam di tangan sudah pun pukul 7.35 minit malam. Ermm.. sempat lagi kalau nak bersembang-sembang dengan umi… Aku pun capai handbag dan terus mendapatkan umi di dalam biliknya.

“Umi!!! Ieya nak keluar kejap. Nak makan kat luar tau malam ni…”

“Ha!!! Nak dinnes dengan siapa.. lewat ke balik nanti?”

“Dengan Pak Syed… Umi.. Ha!! Tak tau lah sama ada lewat atau tidak. Tengok keadaan. Kalau keadaannya best… lambat kot.. tapi .. kalau tak.. alamatnya kejap sajalah Umi!!! Heheheh…”

“Hem… patutlah cantik semacam umi tengok… ade dinner date rupanya anak umi ni.. Ok lah.. Jaga diri tu baik-baik. Bersopan sikit. Kamu tu lain sikit perangainya… Ha!! Tu bunyi macam bunyi hon kereta tu.. pergilah tengok cepat!!!”

“Ok.. ok.. Umi!! Jomlah turun sama. Boleh jumpa dengan Pak Syed sekali.. Jomlah umi!!!”

Aku terus menarik lengan umi agar sama-sama bersemuka dengan Pak Syed. Nasib baik umi ikut, jadi taklah aku malu sangat. Aku tengok umi aku ni boleh tahan gurauannya. Maklumlah .. Like mother like daughter..

Eh!! Ada ka macam tu?

Pukul 8 malam. Pak Syed sampai. Awal 15 minit. Kata-kata pertama yang keluar dari mulut dia bila terpandangkan aku.

“You are beautiful tonight. Soo beautiful..”

Aku hanya tersenyum sahaja. Sebab dah biasa. Kadang-kadang depan orang pun boleh panggil aku beautiful la.. honey la.. Aku dah tak hairan. Aku pandang umi. Umi senyum meleret.

Sempat jugak dia berbual ringkas dengan ayah dan umi. Nasib baik abang Harith tiada masa tu. Kalau tidak.. Sure aku kena perli. Dia menunjukkan jam di tangannya. Aku pun macam paham maksud itu. Aku memeluk umi, kemudian kami bersalaman. Selepas bersalam-salaman dengan family aku, kami pun keluar.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-70171547443703791162009-12-25T01:09:00.001+08:002009-12-27T23:10:01.045+08:00page 58 - sambungan
Sampai dirumah cepat-cepat aku masuk bilik. Mandi dan terus mengambil wuduk. Sebenarnya dah lewat ni, takut tak sempat pulak aku nak mengerjakan solat Asar. Selesai solat aku duduk termenung di birai katil seketika. Berfikir sejenak sambil merenung almari bajuku… Eh!! Lupa.. ada date dengan Pak Syed!!!

Tadi… entah apa yang aku fikirkan pun aku tak pasti… Aku melangkah perlahan kearah almari bajuku yang boleh tahan jugaklah besarnya ni. Sambil membelek-belek sehelai demi sehelai pakaian yang tergantung rapi di dalamnya.. aku pilih baju yang paling cantik. Kalau boleh aku nak yang terbaik untuk malam ini. Entah la.. Mungkin aku nak bagi peluang pada En Annuar kot. Dia masih setia menunggu jawapan aku. Masih menunggu aku sambut huluran hati dia. InsyaAllah… Aku akan bagi jawapannya malam ini. Mudah-mudahan apa yang aku buat ni terbaik untuk aku dan untuk semua. Amin… Aku berdoa dalam hati.

Aku menunggu masuknya waktu solat Maghrib. Sambil tu aku pun bersiap ala kadar dahulu. Bukannya apa.. risau kalau-kalau baju yang aku pakai ini.. menjadi kedut. Jadi.. tak cantiklah bila di pandang orang.. kan aku ni perempuan melayu terakhir!!. Selesai solat.. cepat-cepat aku mengenakan make-up sikit pada wajahku yang gebu ini. Bukan pakai apa pun.. cuma lipstick sahaja supaya bibirku tidak kelihatan pucat.. itu sahaja sebenarnya.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-45959452198794647852009-12-25T00:53:00.001+08:002009-12-27T23:13:06.332+08:00page 57 - sambungan
"Hehehe..ingatkan ape tadi, oh..nak sakat pak cik ye..."

Pak Bahrin nak tolong bukakan pintu kereta untuk aku, tapi aku cepat-cepat bukakan pintu untuk diri ku sendiri. Malulah kalau orang nampak. Tak biasa. Dalam kereta Pak Bahrin dah tau lagu kesukaan aku. Mestilah lagu nyanyian Mawi..Yang Tercinta. Hehehe promote.. jangan tak promote.

Aku khayal dengan suara Mawi. Kenapa lah si Mawi ni tak ngorat aku? Kalau tak? bolehlah aku couple dengan dia. Hehehe.. Aku tersengih sendiri. Beruntunglah si Nor Diana jadi awek cum tunang Mawi. Bertuah!!!! Memang bertuah. Tiba-tiba Pak Bahrin memberhentikan keretanya.

"Mawi..kawinlah dengan aku, aku suka sangat, suka..eh..eh suka.." Pak Bahrin ketawa berdekah-dekah.. kemudian dia kelam kabut keluar dari kereta. Rupanya ada sebatang kayu menghalang perjalanan kami. Malunya aku bila Pak Bahrin tersengih-sengih tengok aku.

"Oh..cik Ieya ade hati rupanya dengan budak Mawi ni!!!"

"Eh!! Tak de lah pak cik, minat je... Lagipun dia kan dah ade tunang. Kesian kat Diana kalau Mawi pilih saya?" Aku pulak mengusik Pak Bahrin.

"Iyalah, iyalah." Pak Bahrin ketawa lagi.

"Pak Cik! Felda Taib Andak tu.. jauh tak?"

"Ha!!!! Pak Ndak?. Siapa pulak tu Cik Ieya..?"

Lahai.. Pak Bahrin ni.. rupanya pendengaran dia kurang sikit. Maklumlah dah berusia.

"Apalah pak cik ni, bukan Pak Ndaklah, Felda Taib Andak, kan Mawi asal situ.. Johor!!!! Jauh kan!!!?" Aku pulak yang jawab sendiri.

"Oh!!!! Jauh jugak kalau jalan. Tapi kalau naik kereta tak pasti berapa jam perjalanannya. Kenapa? Cik Ieya nak pergi sana ke? Bila tu?."

"Ish!.. dah lah pak cik.. dah tak larat nak gelak la, hehehehehe?"

Dalam bergelak ketawa dengan Pak Bahrin?. terIngat aku pada bos aku? Pak Syed. Sebelum ni selalu jugak dia ajak aku balik dengan dia. Dan aku pun bukannya tak mahu menolak, tapi kesian jugak bila tengok muka dia yang selamba saja tu? Telinga aku ni pun dah lali? asyik dengar dia bercerita. Aku? layan saja. Pak Syed ni sebenarnya baik? Baik sangat. Tapi? entah la... Hati aku ni masih belum terbuka untuk dia. Mungkin masa akan datang aku tak tahu pulak macam mana... InsyaAllah....
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-40271278798258285742009-12-25T00:52:00.001+08:002009-12-27T23:15:55.144+08:00page 56 - sambungan
Sarah Aliya.. I'm so sorry, I don't mean to hurt your feeling. Please forgive me. Tonight dinner with me. I'll pick you up at 8.15pm. Don't say no.
Me, Hilmi.

Hilmi.. siapa pulak la mamat ni? Upss baru aku teringat... Bos aku la... hehehe..
Dalam hati aku...Alahai... Tau pun salah!! Tengoklah nanti. Di pertimbangkan kemudian... Sambil aku berlari mengejar lif yang sedang terbuka.

"Hoi!!! Sara.. dah pukul 6 petang dah ni...' Jerit seorang staff dari belakang.

"La awatnya kalau dah petang. Pi balik! pi balik..eh eh.." Terkejut aku. Aku melatah lagi.

Eh .. aa, dah jam 6 la!!! Aku kena balik awal sikit hari ni. Maklumla ada dating lah katakan. Aku berkira nak balik lah ni.

"Sara.." Lembut je suara lelaki ni aku dengar.

"Macam mana? Jadi tak malam ni? Saya jemput awak tau!" Rupanya suara Pak Syed. Aku hanya senyum kelat saja. En Annuar melambaikan tangannya sehinggalah lif tertutup dengan sendirinya.

Aku berjalan beriringan dengan member opis yang lain. Aku nampak Pak Bahrin sedang menungguku.

"Pak cik, dah lama sampai?"

"Tak jugak cik Ieya". Adalah dalam 10 minit."

"Oh!! Macam dah lama tu... Jom.. jom kita minum dulu..." Aku mengusik Pak Bahrin.

"Ape cik..minum kat mana?" Pak Bahrin terpinga-pinga.

"Tak lah pak cik, balik lah, kite minum kat rumah, boleh?" Aku pulak tanya dia.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-55215947197958543592009-12-25T00:51:00.004+08:002009-12-27T23:19:16.593+08:00page 54 - sambunganAku mengambil pen berwarna merah.... lantas meluahkan apa yang terlintas diingatan......

Terima kasih kerna sudi memberi sedikit kegembiraan buatku
terima kasih kerna memberi secebis kasih untukku
terima kasih kerna sempat hadir dihati ini
terima kasih kerna cuba memahami diriku
terima kasih kerna sudi menumpangkan diriku disudut hatimu
terima kasih atas harapan yang ditaburkan
tapi aku tetap aku, yang telah beku akan hatinya
dan aku tetap aku, yang senang sepi sendiri
tanpa memberi ruang buat seorang kamu
maafkan aku.....
bukan ku tak sudi kasih, tapi hati ini telah lama beku
keras seperti batu, amat payah untuk dipujuk lagi
biarkan aku sendiri menghitung hari-hariku sendiri..

Hari ini, genap 2 tahun aku bekerja di bawah syarikat milik keluarga En Annuar. Dalam dua tahun inilah, baru aku tahu yang company ni milik sepenuhnya keluarga En Annuar. Memang aku tak pernah nak ambil tahu pun sebelum ni. Dalam aku dok berkira-kira nak pergi bilik air, tiba-tiba tritt..tritt.. intercom aku berbunyi.

"Sarah Aliya!! Masuk bilik saya sekarang... Tolong bawa fail Laily Holding sekali.."

Tanpa menjawab sepatah pun.. aku terus menghabiskan kerja-kerjaku semula. Lebih kurang 5 minit lepas tu barulah aku masuk bilik Pak Syed.

"En Annuar... ini fail yang encik minta. Ada ape-ape lagi!! Kalau dah tak de ape... saya keluar dululah..." Pinta aku lemah lembut.KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-7899022410355663252009-12-25T00:51:00.003+08:002009-12-27T23:18:19.769+08:00page 55 - sambungan
"Hey!! Sara, awak tau buat kerja ke tak? Mana lain-lain document dalam fail ni. Muka surat pun tak betul... Ni mana page 4 ni. Awak buat ape dengan page tu?"

Sudahlah tak di pandangnya muka aku? lepas tu?tak pasal-pasal aku kena tengking pulak dengan Pak Syed ni. Boleh ka dia lempar saja fail tu... Tepaksa la aku ambil kat bawah meja dia sebab fail tu dah terjatuh ke situ. Perlahan aku membelek satu persatu muka surat dalam fail tu. Memang aku tak puas hati.

"En Annuar!! Muka surat 4 ni bukannya tak ade, ade, Tapi tersalah cetak 2 kali page 3." Betullah kan. Aku dah bagi jawapannya.

"Ah!!! Itu saya tak mahu tahu dan itu juga bukan masalah saya. Saya nak awak make sure benda-benda ni complete sebelum awak hantar kepada saya." Sambil menghulurkan semula fail Laily Holding kepada aku.

"Awak boleh keluar. But make sure!!"

Itu ugut ka apa tu? Entahlah? Aku lihat muka En Annuar masam saja sejak dia masuk opis pagi tadi. Mungkin ada yang tak kena kot. Yang menghairankan aku, apalah yang penting sangat document Laily Holding ni? sampai aku dimarahinya. Umi dengan ayah aku pun tak pernah tengking aku macam tu tau.

Lepas sahaja aku keluar dari bilik Pak Syed, aku terus ke ladies. Lagipun memang dari awal tadi aku nak ke sana. Lama jugaklah aku di dalam toilet. Rasa nak menangis pun ada. Iyalah... tengah syok-syok buat kerja..

Last-last tak dihargai pun. Bukannya nak cakap terima kasih ka... Lagipun bukan salah aku... Kompiuslah... Orang lain yang buat salah aku yang kena pulak. Memang naik angin la aku? Tapi nak buat macam mana, aku ni kan makan gaji je. Setakat menjawab sikit-sikit tu bolehlah.
Perut rasa lapar lah pulak. Aku tengok jam kat tangan.. 12.30 tengahari.

La!!! dah waktu lunch ke? Patutlah perut lapar semacam. Pak syed ni kan!! Dah rugi masa aku setengah jam. Siapa nak ganti balik ni? Tapi boleh pulak aku senyum lagi waktu ni. Bukannya apa.. Cuma teringat perangai bos aku tu? apa lah kena dengan dia tu. Nak kata masalah dengan bini, tak kawin pun lagi.. hehehe.. entahlah labu!!!!

Aku bergegas ke mejaku semula. Nak ambil beg duit. Lepas tu nak pergi makan la. Apa lagi. Bila aku sampai saja kat tempat aku, aku dapati ada sekeping sampul surat berwarna biru muda. Ingatkan surat apa, rupanya kat dalam sampul tu ada pulak kad tertulis ucapan "SORRY". Cepat-cepat aku baca kad tu.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-15766261682396930122009-12-25T00:50:00.001+08:002009-12-27T23:21:04.034+08:00page 53 - sambungan
"En Annuar, inilah orangnya yang saya ceritakan tadi tu. Nama dia Sarah Aliya..."

"Ha!! Sara.. kenalkan inilah bos di syarikat ni. Nama dia Syed Annuar Hilmi Bin Syed Mustafa. Tapi staff kat sini panggil En Anuar saja."

En Annuar senyum saja mendengarkan penerangan kak Munah. Memang kak Munah ni peramah orangnya.

"Assalamualaikum cik Sarah Aliya..." Memang dari mula aku jumpa pak syed ni nama penuh aku di sebutnya.

"Saya dah tahu hal awak, jadi saya harap esok awak datang semula, tapi dengan membawa sijil-sijil awak. So kite jumpa semula esok ye?"

Ringkas saja permintaan En Annuar. Aku ingatkan dia nak marahkan aku.. sebab cara berpakaian aku ni. Rupanya bukan?. Alhamdulillah lega rasanya..

"Ha!! Maimunah, awak take note benda ni. And make sure awak ambil butir-butir peribadi Sarah Aliya. Kalau dia tak datang besok, awak call dia and make sure nombor telefon dia sekali ada tertulis dalam borang ni." Sambil menghulurkan borang yang aku tak sempat habis isi tadi.

"Ok lah, see you tomorrow.."

Kami pun keluar masing-masing menuju haluan sendiri. Sebelum tu..

"Sara!!! Jangan lupa tau, esok mai lagi. Mai jumpa kak Munah dulu tau!!!" Kak Munah mengingatkan aku sekali lagi. Aku mengangguk tanda setuju.

Dalam aku termenung mengenangkan lamaran En Annuar.. tiba-tiba hati aku terasa bagaikan sayu, sedih, pilu dan berbagai lagi perasaan yang menerjah jiwa ini. Sesekali aku teringat kembali betapa singkatnya hubungan aku dengan H. Kenapa sampai hari ini aku tidak mampu untuk melupakan jejaka ini. Apa yang istimewanya dia sehinggakan hati ini tidak mampu untuk menerima orang lain selain dirimu..H

Aku mengambil diary... yang sememangnya setia bersama di mana jua aku pergi. Aku cuba mengingati sesuatu.... secepat itu jugalah aku menulis bilamana aku teringat yang aku pernah terbaca sebuah sajak... tapi tajuk dan penulisnya aku lupa... maaf sekali lagi kalau-kalau menciplak tulisan ini....
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-42693647376956514972009-12-25T00:48:00.001+08:002009-12-27T23:22:40.194+08:00page 52 - sambungan
Aku cuba bertenang. Mengingatkan kembali hari pertama aku bekerja di syarikat ini. Aku datang untuk interview tapi satu sijil pun aku tak bawa. Mana tidaknya, aku sebenarnya saja-saja lalu kat area Kota Damansara ni. Tup -tup aku tengok ramai yang beratur masuk ke dalam syarikat gergasi ni. Aku pun... apa lagi terus melulu masuk jugaklah. Aku tengok masing-masing cantik dan segak berpakaian ala-ala nak datang untuk temuduga.... Ada yang dah macam rupa bos lagaknya.

Tapi aku.. Simple. Pakai jeans lusuh dengan blaus ala-ala Siti Nurhaliza. Satu document pun aku tak bawa. Aku isi borang sambil menjeling kat seorang kakak ni. Manis orangnya. Bertudung ala-ala Waheeda. At least aku nampak nametagnya .. Maimunah. Aku cuba senyum dan kakak itu membals senyumanku. Sambil menggaru kepala aku menuju kerahnya.

"Kak, boleh saya tanya sikit tak? Macam mana nak isi borang ni?
Dia minta apa-apa sijil yang saya ada.Kak!!! Tapi saya tak bawa ape-ape pun."

"Tak apa.. adik boleh datang kemudian. Nanti bawakan sekali apa-apa sijil yang adik ada. Lagipun ada 2 hari lagi untuk interview ni. Esok adik boleh mai lagi no."

Memang sah kakak ni orang Penang. Fikir aku dalam hati.. sebab tegok cara dia bercakap lah.

"La!! Lupa nak tanya... Adik ni nama siapa?"

"Oh.. saya Sarah Aliya.. kakak..?"

"Maimunah... Boleh panggil Kak Munah saja..." Sambil tersengih.

Kemudian kak Munah pun masuk kedalam sebuah bilik. Mungkin bilik bosnya. Dalam aku nak angkat punggung, tiba-tiba kak Munah panggil aku masuk ke dalam bilik tu. Aku terpinga-pinga waktu tu. Aku pun ikut saja kak Munah dari belakang.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-89092699227594075702009-12-25T00:47:00.001+08:002009-12-27T23:24:35.795+08:00page 51 - sambungan
"Habis tu, macam mana dengan permintaan Pak Syed ni kak Munah oi!!! Eii..tak maulah Sara jadi secretary Pak Syed. Apa nanti staff lain cakap. Dah la sekarang ni Sara glemer kat opis..." Sambil tersenyum aku menutup mulutku sendiri dengan kedua belah tapak tangan takut-takut kalau ada orang yang mendengar.

"Hak..hak..hak." Kami berdua ketawa seiringan.

Kak Munah memasukkan barang-barangnya ke dalam kotak sederhana besar. Aku turut membantu mengemas apa sahaja benda yang ada di atas meja Kak Munah.

"Sara, semua document ni akak dah siapkan. Cuma, nak minta tandatangan Pak Syed saja. Nanti bila Sara free.. bolehlah bawak masuk bilik dia... Ni!! Fail-fail ni ada maklumat penting tentang urus niaga syarikat. Sara simpan baik-baik tau. Jangan orang lain terbaca document dalam fail ni dah lah ya... Nanti lepas guna, Sara simpan dalam drawer hujung sekali dalam bilik Pak Syed. Ni kuncinya. Kat Pak Syed ada spare."

Satu persatu kak Munah terangkan tugas-tugas aku, apa aku kena buat everyday.. siap dengan tunjuk ajar lagi? hehehe kadang tu kelakar pun ada.

"Ni Sara!! Satu lagi, Pak Syed tu suka sangat minum nescafe panas campur milo. Waktu dia minum air ni jam 3.50 petang. Jangan miss tau!!!" Kak Munah mengingatkan aku.

"La... itu pun Sara nak kena buatkan ke? Bukan ke kita ada tealady?"

Pertanyaan aku langsung tak di jawab. Yang aku lihat Kak Munah hanya tersengih.

"Ok.. dah beres. Akak nak pergi jumpa bahagian personel kejap. Sara duduklah tempat akak ni. Lagipun jawatan secretary dah jadi milik Sara, so you can start your work now?"

"Ermm.." Sambil menggelengkan kepala, aku balik ke tempat dudukku semula. Menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai sejak pagi tadi.

Mujur hari ni Pak Syed ada meeting kat luar. Jadi aku bebaslah nak buat kerja aku sendiri. Dah 4 hari kak Munah meninggalkan syarikat ini, tapi kerusinya masih kosong tak berisi. Dah banyak kali juga Pak Syed arahkan aku duduk kat situ, tapi aku memang keras kepala sikit sejak akhir-akhir ini. Bukan aku tak hormat kat bos aku? Tapi aku rasa macam aku tidak mahu dipermainkan lagi. Perubahan sikap H lah yang membuatkan aku jadi begini.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-57772769981743117112009-12-25T00:46:00.002+08:002009-12-25T00:47:17.250+08:00page 50 - sambungan
Diam tak diam, sudah 6 bulan aku rasa keseorangan. Walaupun happy di rumah mahupun di tempat kerja, namun jiwaku sering memberontak. Memberontak kerana apa? Aku kurang pasti... Yang nyatanya memang jiwa aku tension. Hari ini aku dapat berita Kak Munah resign 24 jam. Dan En Annuar pulak telah membuat keputusan menggantikan aku ke tempat Kak Munah tanpa berbincang denganku dahulu.
?Kak Munah..ape ni!! Kenapa tak beritahu saya yang kak Munah nak resign. Ni 24 hours pulak tu.... Ape yang emergency sangat ni!!. Tak pun sound la dulu!!!?
Terbit rasa marah aku pada kak Munah waktu itu.
?Kak Munah... tau tak apa kata Pak Syed? Ada ke dia suruh saya ganti tempat kak Munah. Start hari ni pulak tu..... Mana boleh. Kerja saya siapa nak uruskan? Dahlah kat sini saya sorang je yang terror buat claim?. Hei!!! Tak puas hatilah macam ni..pot pet pot pet.?
Kak Munah tunggu sehingga marahku reda sedikit.
?Sara!! Akak mintak maaf banyak-banyak. Akak tak bermaksud nak menyusahkan Sara atau siapa-siapa kat sini. Sara tau kan.. akak ada anak yang mak akak jaga kat kampung tu. Anak akak lebih perlukan akak. Tambahan pulak la ni dia tak sihat. Mak akak pun dah tua Sara, dia dah tak larat nak jaga?. Memang akak ada pikir nak hantar ke nursery, hang tau sajalah?.. Mahal.. Mana akak nak mampu. Gaji akak kat sini pun berapalah sangat. Pikir punya pikir, inilah jalan yang akak harus pilih. So..maaf banyak-banyak???
Aku terdiam mendengarkan penjelasan kak Munah. Rupanya Kak Munah ada kisah sedihnya sendiri.
?Iya ke Kak Munah? Kenapa akak tak pernah cerita pun kat saya masalah akak ni... Kot-kot saya boleh tolong?? Jujur kuluahkan perasaan aku ketika itu.
?Tak apa lah Sara, akak tak mau terhutang budi. Lagipun selagi akak dengan hubby akak mampu?. selagi tu kami akan bertahan? InsyaAllah..?
Sedih jugak bila dengar masalah kak Munah ni? Tapi aku tak boleh nak buat apa-apa. Jadi aku terpaksalah menerimanya walaupun ada sedikit kecewa di hati.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-15125547675488695302009-12-25T00:46:00.001+08:002009-12-25T00:46:22.335+08:00page 49 - sambungan
Kian jauh, kian hilang kasih antara kita, nampak tenang pada zahirnya, tapi batin terseksa. Yang terguris tak nampak di mata, yang terhiris terluka. Sesekali terbit airmata, tahan sebak di dada.. Kemanakah nak dibawa resah kian melanda. Di manakah hendak ku khabar, pilu di dalam dada... Bila kasih dihujungnya nyawa rasa ingin dimanja, Perasaan pun kian tersentuh, bila rindu ini berlabuh.. Apakah yang dikejar dalam hidupmu, berkali ku kata padamu, kita singgah di dunia yang sementara, penuh tipu daya.. yang kekal di sana birlah kita berdua, usahlah hanyut terus terlena di dalam dunia....
Sampai sahaja di rangkap ini, air mataku akhirnya mengalir laju tak terbendung lagi.
Benarkah apa yang diucapkan di dalam lagu ini. Adakah aku tertipu. Tak sangka dalam kesetiaan aku berkawan dengan H, sanggup dia meninggalkan aku terkontang kanting menahan perasaanku sendiri. Sudah lama aku bajai rasa kasih ku pada H. Dan apa yang aku tahu H pun mempunyai perasaan yang sama terhadap diriku.
Tapi, kenapa H harus meninggalkan aku, kenapa? Adakah kasih di antara kami akhirnya akan pergi begitu saja? Walaupun aku tidak mengenali langsung H, tapi aku yakin dengan hati budinya. Aku terasa bagaikan dimanja, dibelai, disayangi setiap masa. Kata-katanya sungguh mencuit hati. Bicaranya seakan seorang penyair. Oh..aku rindu saat-saat itu. Aku terlalu rindukan pada orang yang telah pergi jauh dariku. Bolehkah aku bertahan? Ya Allah kenapa aku jadi sebegini lemah. Kenapa.... kerana seorang jejaka yang bernama H boleh membuatkan insan lincah yang bernama aku kalah. Apa yang ada pada H yang tidak aku ketahui?.. Entah bermacam-macam persoalan sering bermain dikotak fikirku tika ini....
Aku cuba melelapkan mataku. Namun mataku masih enggan merehatkan dirinya. Aku ambil hadiah hari lahirku yang belum pernah kupakai lagi. Aku belek sebutir demi sebutir bola-bola kristal. Sungguh indah cahayanya. Adakah seindah diriku? Mungkin tidak lagi... Selagi aku belum dapat menerima kehadiran tuan yang menghadiahkan aku rantai tangan ini. Pada aku, kami hanya mampu berkawan sekadar di pejabat. Lebih daripada itu aku tak sanggup. Aku takut. Aku takut kalau-kalau H akan muncul semula. Aku cuba untuk menerima En Annuar, tapi hati aku menolaknya. Mungkin hari ini aku belum bersedia. Dan entah esok lusa... hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-1115112304442416862009-12-25T00:45:00.001+08:002009-12-25T00:45:56.199+08:00page 48 - sambungan
Bukan aku tak nak terima Pak Syed tu. Tapi hati aku tak nak. Aku tak dapat nak paksa. Setiap hari dia cuba nak gembirakan aku. Aku rasa dah seminggu aku macam ni. Tidak ceria lagi. Aku cuba jugak hubungi H.. tapi tetap tak dapat dihubungi. Mana kau pergi H..
Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan..
Cinta adalah universal. Kerana itulah kita semua suka perkataan keramat ini. Khusus di tujukan untuk anda yang pernah mengalami rasa kecewa hingga menyebabkan sampai tahap fobia dan takut untuk mencuba.
Cinta ada dimana-mana di ruang dunia ini. Dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan. Cemburu, bimbang, gembira dan sedih. Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seseorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya. Dan cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya.
Bagi aku, cinta adalah suatu perasaan yang lengkap. Tanpa cinta manusia akan menjadi buta hatinya. Cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau juga mungkin berkali-kali. Terpulanglah bagaimana kita menikmatinya. Paling penting kejujuran kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cintai.
Khusus untuk ayah dan umi, abang Huzaimi dan abang Harith tersayang dan juga buat teman - teman yang sering memberi semangat.. dan untuk si dia yang menyayangi diri ini.

Terima kasih kerana kasih sayang dan cinta kalian yang menyemarakkan lagi semangat ini untuk terus berjuang.
luahan rasa : Sarah Aliya (aku terbaca luahan rasa ini sewaktu aku membaca sebuah novel... maafkan aku kerana meminjam kata-kata penulisnya..terima kasih....)

Sedang aku seronok menulis dalam dairy ku ini, lagu nyanyian Mawi pulak berkumandang di corong radio.. Aku berlari kecil untuk menguatkan volume radio. Aku suka lagu ni.. tapi hari ini lagu ini sudah menjadi sejarah hitam buatku. Aku cuba mengikut rentak lagu. Mulutku perlahan mengikut nyanyian Mawi. Entah bila bait ini kulaungkan, airmata aku seakan tidak tertahan lagi.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-50668673189027390332009-12-25T00:43:00.001+08:002009-12-25T00:43:31.975+08:00page 47 - sambungan
Hubungan aku dengan H berjalan lancar walaupun kami tak pernah berjumpa. Dan Pak Syed pun aku tengok makin lama makin suka kat aku. Mana tidaknya?. setiap kali kami keluar, mesti aku happy. Sebabnya setiap kali sebelum keluar dengan dia, aku dengan H pasti akan berborak sebelum tu. Itu yang kegembiraan aku ni terbawa-bawa sampai aku keluar dengan Pak Syed tu.
Kusangkakan panas berpanjangan...
Rupanya gerimis mengundang....
Macam tu la yang aku rasakan saat ini selepas aku terima mesej dari H malam tadi. Mesej yang berbunyi
Maafkan H sayang. Kita tak dapat nak teruskan hubungan kita ni. Bukan H tak sayang, tapi H terpaksa undur diri. H tau ade orang lain yang menanti sayang kat sana. Siapa H nak dibandingkan dengan dia. Sayang tak salah. H yang salah. Semoga sayang akan berbahagia dengan si dia. Itu doa H. Dan please, bahagiakan diri sayang. I?ll always love u. Bye...
Macam nak pitam aku baca mesej H. Aku cuba hubungi dia tapi tak dapat dihubungi. Sekali lagi.. dunia aku rasa macam berpusing. Kenapa H buat aku macam ni... Aku sayang dia!!!
Pagi tu aku pergi kerja seperti biasa. Tapi tanpa senyuman di bibirku. Aku rasa macam kehilangan yang amat sangat selepas kata perpisahan dari H. Semua orang di opis hairan dengan perubahan diriku ini. Pak Syed pun sama. Dia sebolehnya berusaha buat aku ceria. Tapi aku tak boleh. Baru la aku tahu macam mana peritnya sakit akibat dikecewakan. Walaupun dengan orang yang aku tak kenal
Setiap kali terdengar lagu Sonata Musim Salju, air mataku akan gugur. Kata H, dia suka lagu tu. Dia tujukan lagu tu untuk aku. Lagu itu macam dah sinonim dengan kami berdua. Kadang-kadang H akan nyanyikan lagu tu untuk aku walaupun dalam talian. Sedap suara dia. Pernah aku terdengar seseorang menyanyikan lagu tu. Terkejut aku. Bila aku tengok... rupa-rupanya Pak Syed. Terkompius jugak aku dibuatnya. Tapi sekarang tiada lagi. H dah lari jauh. Jauh tinggalkan aku seorang diri.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-19881241961874468602009-12-25T00:42:00.003+08:002009-12-25T00:42:58.407+08:00page 46 - sambungan
Gembira tak terkata aku masa ni. Aku rasa macam aku tengah tersengih sampai ke telinga. Lantak la kalau orang nampak. Lantak la ape yang diorang nak kata.
Apasal lama tak dengarr berita?Dah tak nak kawan dengan kita ke?
Aku cuba nak merajuk. Merajuk-merajuk sayang. Sayang ke aku kat lelaki yang aku tak kenal ni...
Jangan macam tu. H sibuk skit la... Bukan H lupa tau. Tak kan lupanya buah hati H ni. Dah makan ke?
Aku balas lagi..
Tak makan lagi? Kejap lagi nak makan. Ofismate ajak.Kejap lagi nak keluar la. H dah makan ke?
Kenapa aku tak cakap bos aku yang ajak lunch? Kenapa aku takut nak terus terang ni... aku mengomel sendirian. Bukan apa.. aku tak nak H terasa hati. Takut dia fikir aku ni playgirl pulak. Senang-senang je keluar sesuipa sahaja?
H pun belum makan lagi. Kejap lagi baru nak makan. Bila-bila free kita lunch sekali ye sayang..
Jangan tipu pulak. Hari tu janji nak jumpa? tapi tak datang pun. Aku seakan merajuk dengan H.
H tak sengaja la hari tu.Tapi lain kali .. betul. Kita akan jumpa jugak ye.Ok lah sayang.. H ade kerja sikitt. Take care. Miss u 2?
Aik!!! Aku tak cakap pun aku rindu kat dia. Tetiba pulak dia cakap miss u 2. Eerm.. memang kami ni sethinking la... hehehe..
Sepanjang hari tu, aku rasa macam nak terbang saja. Rasa happy sangat-sangat. Entah la... aku rasa macam aku ni dah memang jatuh cinta kat H dah. Padahal aku tak kenal dia pun. Masa keluar dengan Pak Syed pun, aku tersengih saja. Sampai dia kata muka aku berseri-seri. Mesti dia ingat aku seronok keluar dengan dia. Padahal aku seronok sebab H hantar mesej kat aku.
Hai!! Besar sungguh penangan H kat aku. Kesian Pak Syed ni... bersungguh-sungguh dia nak kat aku. Tapi aku tak boleh. Dulu? aku ingat aku suka sangat kat Pak Syed ni. Tetiba saja hati aku berubah. Berubah kepada orang yang tak dikenali. Inilah yg dikatakan cinta... Cinta itu buta walaupun kita tak tahu dengan siapa kita bercinta. Cinta tak kenal paras rupa, pangkat dan harta... entah la. Tapi ini yang terjadi kat aku.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-24255365264383336362009-12-25T00:42:00.001+08:002009-12-25T00:42:26.024+08:00page 45 - sambungan
?Oh ya, lupa pulak. Pak syed nak jumpa?? Ringkas kata-kata Kak Munah.
?Alah..buat ape nak jumpe?? Dengan malas aku bangun juga menuju bilik Pak Syed.
Pintu bilik En Annuar aku ketuk tiga empat kali.
?Masuk!!!? Terdengar suara Pak Syed minta aku masuk ke dalam.
?Assalamualaikum En Annuar?? Aku beri peluang untuk En Annuar menjawab salamku.
?Alaikumsalam? Duduklah Sarah Aliya. Macam mana dah sihat?? Pertanyaan En Anuar ku biarkan tanpa jawapan.
?Tak apelah. Di atas meja awak banyak claim yang belum siap. Kalau awak rasa tak sempat nak habiskan dalam tempoh tiga hari ni, awak mintalah Zalia tolong awak. Lagipun client bagi tempoh tiga hari mulai hari ini. Sepatutnya dah kena hantar last week, tapi saya minta ditangguhkan disebabkan awak bercuti?? Panjang lebar penjelasan Pak Syed ini fikirku.
?InsyaAllah? selagi saya boleh buat, tak payahlah saya minta pertolongan Zalia. Lagipun kerja dia banyak juga saya tengok tadi. Tak menang tangan. Dalam masa 3 hari ni, saya rasa boleh siap?? Aku memberi jaminan kepada En Annuar.
?Ada apa-apa lagi yang En Annuar nak beritahu saya?? Pinta aku sebelum keluar dari biliknya.
?Ermm.. lunch dengan saya nanti?? Singkat saja permintaan Pak Syed ni.
?Ermm tengoklah nanti?.? Jawabku juga ringkas. En Annuar bangun lalu membukakan pintu biliknya untuk ku.
?Thanks?? Jawabku.
tit tit... tit tit.... mesej!! Aku tak sabar nak baca. Mungkin dari H, orang yang aku tunggu selama ni. Sambil baca? sambil aku berdoa. Minta-minta orang itu adalah H.
Hai sayang, Assalamualaikum.... sihat dah ke? Maaf la kalau H ade buat salah. H mintak maaf ye sayang.. senyum sikit?
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-64247562904091537522009-12-25T00:41:00.003+08:002009-12-25T00:41:56.889+08:00page 44 - sambungan
?Ayah tu yang tak sihat... Dah tahu tak sihat, kenapa ayah masih susah payah kerja lagi. Kalau ayah sakit... semua orang susah tau. Ieya lagi susah yah...? Aku luahkan rasa bimbangku pada ayah.
?Ha!!! itulah, ayah suruh Ieya kerja dengan ayah, Ieya tolak. Nak berdikari katanya. Hari ni Ieya cakap macam tu pulak pada ayah. Siapa salah?? Ayah seakan berkecil hati denganku. Ayah menyambung ayatnya tadi.
?Ieya jangan salah faham dengan cakap-cakap ayah tadi. Ayah tak bermaksud apa-apa, cuma kalau boleh ayah nak anak ayah sendiri yang meggantikan ayah. Lagipun ayah dah tua sayang. Takkan ayah nak harapkan abang-abang Ieya. Lagipun mereka kan sudah ada syarikat sendiri. Ayah cuma boleh harapkan Ieya sekarang ni...? Ayah terdiam, seakan mengenangkan sesuatu.
?Ayah, maafkan Ieya ye... Dah banyak kali Ieya cakap dengan ayah yang Ieya belum bersedia lagi. Nanti Ieya cuba fikir masak-masak permintaan ayah ni. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, Ieya akan bekerja dengan ayah. Tapi bila tu ieya tak boleh janji tau...? Aku tidak berani untuk berjanji dengan ayah.
?Ayah..ayah dah penat ni. Apa kata ayah berehat dulu. Tak pun tidur ke. Ayah tak payahlah banyak berfikir??
Aku cuba memujuk ayah. Akhirnya aku tinggalkan ayah seorang di dalam biliknya tatkala ku lihat umi datang dengan membawa dulang berisi segelas air bersama ubat-ubatan untuk ayah. Aku biarkan mereka berdua. Dan kemudiannya aku lihat sudah tiada lagi cahaya di dalam bilik itu.
Setelah seminggu berehat di rumah, akhirnya hari ini aku kembali bekerja semula. Kehadiranku di opis sangat-sangat di nantikan oleh Kak Munah. Begitu juga rakan-rakan sepejabatku yang lain. Di atas meja terdapat banyak claim yang menungguku. Banyak sungguh claim customer yang harus aku siapkan hari ini. Kak Munah tersenyum melihatkan mimik mukaku waktu itu.
?Hai Sara!! Bersedialah untuk berjuang??
Usik Kak Munah sambil berlalu ke bilik Pak Syed. 10 minit kemudian Kak Munah menghampiri mejaku.
?Sara ni ada claim lagi, Pak Syed bagi?? Sambil meletakkan kertas-kertas merah setebal buku latihan budak-budak darjah 5.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-81693278735685690272009-12-25T00:41:00.001+08:002009-12-25T00:41:26.101+08:00page 43 - sambungan

Aku dengar batuk ayah semakin kuat. ?Ayah? are you ok?? Soal abang Harith sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan ayah.
?Tak ape..ayah ok, cuma batuk sikit je ni??
Ayah cuba melindungi kesakitannya. Muka ayah nampak merah padam. Mungkin menahan pedih di dadanya. Akhirnya ayah berhenti menyuap makanan lalu meghulurkan jari jemarinya minta dibasuhkan. Umi bingkas bangun menuju ke arah ayah. Aku hanya memandang dengan wajah sayu bercampur cemas.
Malam ini abang sulungku Huzaimi tiada di rumah. Lagipun sudah 2 malam dia pergi outstation ke Jepun. Ada kerja luar yang memerlukan kehadirannya di situ. Ah!! Biarlah dia dengan tugasnya.
Umi memapah ayah ke bilik. Abang Harith cuba meghubungi doktor peribadi ayah. Namun hampa kerana Doktor Kaza masih bersama pesakitnya yang lain. Akhirnya abang Harith sendiri yang merawat ayah. Aku masih termanggu di meja makan. Aku bingung. Aku cuba menghabiskan sisa-sisa makanan yang masih berbaki di pinggan. Terasa susah untuk aku telan. Akhirnya aku pun bangun menuju ke dapur. Aku buang sisa-sisa tadi ke dalam tong sampah.
Aku memanjat satu-satu anak tangga menuju ke bilik. Masuk bilik air lantas mengambil wuduk. Selesai solat Isyak, aku menuju ke bilik ayah. Aku lihat ayah sedang berehat sambil sesekali menulis sesutu ke dalam note book merahnya. Mulanya aku ingat tak mahu mengganggu ayah, tetapi apabila ayah terlihatkan kelibatku di dalam biliknya, ayah memanggilku perlahan.
?Ieya..mari sini... Duduk sebelah ayah sayang...?
Aku berjalan perlahan ke arah kerusi yang dimaksudkan. Aku duduk di sebelah ayah. Aku lihat garis-garis tua kelihatan di sekitar matanya. Sudah tua rupanya ayah aku. Tapi dia masih tabah mengharungi kehidupan yang mencabar ini.
?Ieya dah sihat? Maafkan ayah kerana tiada di sisi Ieya waktu Ieya sakit. Tapi umi everyday inform ayah tau...? Ayah tersenyum memandangku. Sesekali jari jemari ayah membelai lembut rambutku.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-74808313657304961872009-12-25T00:40:00.001+08:002009-12-25T00:40:54.561+08:00page 42 - sambungan

?Cik Ieya.. Mak Lijah bukanlah nak masuk campur urusan cik Ieya, tapi Mak Lijah pun rasa yang bos Ieya tu ikhlas nak bersama dengan Ieya. Kalau tak? takkan dia sanggup buat tak tahu apa kata orang. Dan satu lagi Mak Lijah tengok Ieya pun macam suka saja dengan Pak Syed ni?.? Sambil tersenyum mak Lijah memelukku. Sambungnya lagi..
?Walau apapun yang bakal berlaku cik Ieya kena tabah dan bersedia tau?? Pinta Mak Lijah kemudian berlalu ke dapur. Mungkin nak sambung kerja-kerjanya yang tergendala dengan cerita-cerita ku tadi.
?InsyaALLAH Mak Lijah, InsyaALLAH?? Akhirnya aku pun masuk ke dalam bila aku terdengar bunyi deruman enjin kereta di garaj sebelah rumahku.
Seminggu juga rupanya aku tak ke opis. Abang Harith minta aku ambil seminggu MC. Mujurlah bos aku si Pak Syed tu tak marah. Ada jugalah sekali dua dia bertanyakan kesihatan aku kepada abang Harith. Aku pun tak pasti kenapa dia tak bertanya sendiri kepadaku. Mungkin dia tidak mahu menggangguku. Bagus jugak macam tu.
Aku masih terkenangkan H. Mengapa sehingga hari ini dia langsung tidak menghubungiku. Tiada lagi sms yang hendak aku baca. Tiada lagi gelak tawa sorang sorang buat diriku sendiri. Apa sudah terjadi kepadanya. Yang tambah menghairankan aku, setiap sms yang aku hantar semuanya tidak dapat dihantar lagi ke nombor talipon H. Mungkin nombor handphone itu sudah tidak digunakan lagi. Aku memang sedih bila fikirkan hal ini. Seakan satu kehilangan besar buat diriku. Bagaimana untuk aku berterus terang dengan H selagi dia tidak menghubungi aku. Sudah tak tertahan rasanya kerinduanku terhadap jejaka misteri yang bernama H ini.
Sewaktu makan malam, umi seakan perasan degan perubahan sikapku. Selalunya akulah yang akan membuat bising di meja makan. Tapi kini tidak lagi. Aku hanya akan bercakap apabila di ajukan soalan. Aku lihat juga masing-masing seakan diam seribu bahasa. Tiada topik yang menarik yang hendak dibualkan.
Sesekali terdengar batukan kecil dari mulut ayah. Sejak kebelakangan ini kesihatan ayah tidak berapa baik. Doktor menasihatkan agar ayah berehat di rumah atau pergi bercuti bersiar-siar agar kembalikan stamina ayah. Tetapi ayah memang susah jika diarah berbuat sedemikian. Mungkin ayah sdah terbiasa dengan pekerjaannya yang memerlukan penglibatan ayah secara langsung. Bukan aku tak kesiankan ayah, tapi aku rasa belum masanya untuk aku menggantikan tempat ayah. Ayah masih diperlukan lagi oleh syarikat miliknya sendiri.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-3735334542635502632009-12-25T00:37:00.004+08:002009-12-25T00:38:32.745+08:00page 41 - sambungan

Seakan terperanjat Mak Lijah mendengar penjelasan aku. ?La..macam mana ni. Tak kenal tapi dah suka? Mak Lijah pulak tanya aku.
?Itulah, dia cuma membahasakan dirinya H je. Tiap-tiap hari dia akan hantar sms dengan Ieya. Dalam kata-kata dia, macam dia dah kenal sangat dengan Ieya mak Lijah. Ieya ni pun satu, rasa macam seronok pulak layan dia. Selalu jugaklah Ieya balas sms dia. Kadang-kadang Ieya rasa susah hati kalau dia tak bersms dengan Ieya. Macam sekarang ni....? Aku terdiam sebentar.
?Kenapa... sekarang ni? Dia dah lari ke?? Mak Lijah kebingungan.
?Entahlah.. Masa birthday Ieya hari tu dia ada wish kat Ieya. Lepas tu dia kata dia nak jumpa Ieya. Katanya lagi dia akan jemput Ieya kat rumah..? Belum aku sempat habiskan kata-kataku..
?Oh patutlah malam tu cik ieya pakai cantik sangat. Baju kebaya lagi. Rupanya ada dating....? Dua-dua ketawa.
?Tu lah pasal. Penat Ieya siap cantik-cantik. Dah lah blackout pulak malam tu. Tup tup tak jadi. Dia kata dia ade hal. Entahlah..ataupun memang dia nak main-mainkan Ieya.? Mak Lijah hanya tersenyum tanpa sepatah kata.
?Alah..jangan dipikirkan sangat. Laipun mak Lijah tengok bos cik Ieya macam terpikat dengan cik Ieya. Tengok sajalah malam tu, asyik memandang cik Ieya. Mak Lijah perasan tau. Matanya sekejap-sekejap pandang Ieya...?
?Ha!! Yang sorang ni pun satu..? Sambil terjerit kecil membuatkan Mak Lijah terperanjat. ?Macam mana dia boleh datang rumah kite ni pun Ieya tak tau. Tengok-tengok ada je dia malam tu. Entah-entah abang Harith berpakat dengan dia tak mak Lijah?? Soalan aku tak di jawab pun oleh mak Lijah. Mungkin mak Lijah tak tahu agaknya. Biarlah.
?Mak Lijah tau tak, kat opis ramai dah menjeling semacam bila Ieya jalan dengan Pak Syed tu. Diorang kata kami pasangan secocok. Kalau boleh Ieya malas nak pergi kerja, tapi apa boleh buat, kat situ rezeki Ieya. Yang Pak Syed ni pun satu, lagi orang sakat macam tu lagilah dia rapat dengan Ieya. Selalu sangat? dan boleh dikatakan hari-hari minta Ieya temankan dia lunch. Ee..bencinya Ieya tau Mak Lijah?.?
?Hai!!! Benci ke sayang?? Mak Lijah mendugaku.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-51873413995038635342009-12-25T00:37:00.003+08:002009-12-25T00:37:45.991+08:00page 40 - sambungan

Abang Shahrul Huzaimi memang tak pernah lekat di rumah. Selalu saja outstation. Abang Shamrin Harith pula, asyik memanjang dengan pesakitnya. Maksud aku di klinik dia lah kan. Jadi masa yang terluang untuk aku terhad sangat. Nasib baiklah aku pun tak kerja sesibuk macam mereka. Kalau tak... sudah pasti aku pun jarang berada dalam rumah. Dengan Mak Lijah selalu aku luahkan perasaan.
?Oh Mak Lijah.. macam dah sihat sikit. Lagipun dah 3 hari Ieya terperap kat bilik tu. Rasa boring sangat. Nak pergi kerja.. semua tak kasi. So..boring sangat Ieya lepaklah kat sini.? Balas aku jujur.
?Cik Ieya nak minum... boleh mak Lijah buatkan...?
?Tak payah lah mak Lijah, ni ha ade mineral water Ieya bawakan tadi. Errmm.. mak Lijah marilah duduk sini temankan Ieya sekejap...? Pinta aku seakan merenggek.
?Jap..kerja mak Lijah belum siap lagi..nanti mak Lijah temankan cik Ieya ye...?
?Tak apa lah Mak Lijah kalau macam tu..terpaksalah Ieya cakap dengan pokok-pokok dengan ikan-ikan dalam kolam ni...? Aku seakan merajuk.
?Okey okeylah..apa lah cik Ieya ni. Ada ka nak cakap dengan pokok, dengan ikan-ikan...? Kami kemudiannya ketawa.
Aku sudah menganggap Mak Lijah seperti emak keduaku. Sejak kahwin Mak Lijah tidak dikurniakan anak. Jadi ayah mengambil Mak Lijah dan suaminya bekerja di rumah ini. Sudah hampir 29 tahun mak Lijah berada di rumah kami. Dari Abang Shahrul Huzaimi lahir sehinggalah aku lahir, di sinilah mereka tinggal.
?Mak Lijah.. boleh Ieya tanya mak Lijah sesuatu?? Aku memulakan bicara.
?Boleh?tanyalah, banyak pun tak apa?? Balas Mak Lijah sambil memerhatikan gerak laku aku waktu itu.
?Macam ni... Ieya tak kenal pun pemuda ni, tapi Ieya suka sangat dengan dia. Satu lagi nama dia pun Ieya tak tahu Mak Lijah!?
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-14682095575337890602009-12-25T00:37:00.001+08:002009-12-25T00:37:19.376+08:00page 39 - sambungan

?Saya sendiri yang akan tahu.. dari mana..? Belum sempat aku habis berkata-kata aku terdengar suaranya memberi salam..
?Assalamualaikum...Insyaallah...?
Habis saja ayat tu, pemuda tadi akhirnya lenyap di sebalik kabus-kabus. Aku tercari-cari. Inginku memanggil namanya, tetapi aku aku tak tahu siapa namanya. Akhirnya aku mendah tangan sambil berdoa.
?Ya Allah, adakah ini orangnya yang akan menjadi jodohku? Kalau iya.. Kau berilah aku petunjuknya. Amin Ya Rabbil Alamin...?
Selesai aku mengaminkan doaku sendiri, aku terdengar sayup - sayup suara orang melaungkan azan. Akhirnya laungan itulah yang mengejutkan aku dari tidur. Rupanya aku bermimpi. Puas aku fikir apakah maksud mimpiku sebentar tadi.
Apabila teringat semula, aku bingkas bangun. Aku capai jam di meja solekku, oh..dah waktu subuh rupanya. Aku lantas mengambil tuala dan bergegas ke bilik air. Aku membersihkan diriku semahu-mahunya. Aku mengambil wuduk lalu mengerjakan solat. Selesai solat aku menadahkan tanganku sambil berdoa. Rasanya segala yang aku alami dalam mimpi sebentar tadi telah ku luahkan kepada Yang Maha Esa. Aku minta agar di beri petunjuk. Kalau betullah pemuda di dalam mimpiku tadi adalah jodohku... Kau perkenankanlah permintaan ku ini ya Allah. Engkau ketemukanlah aku dengannya di alam nyata. Amin Ya Rabbil Alamin....
Terasa lemah diri ini kemudiannya. Aku kembali ke katilku lantas tertidur semula dan akhirnya bila aku terjaga aku dapati diriku begitu lemah tak bermaya.
Sudah 3 hari tiada sesiapa pun yang menghubungiku. Mungkin mereka semua tidak mahu mengganggu waktu rehatku. Aku bersendirian di dalam bilikku. Malas untuk keluar. Makan tengahari tadi pun mak Lijah yang bawakan ke dalam bilikku. Aku cuba pergi mandi.. tapi tak jadi. sejuk sangat air aku rasakan. Aku berkira-kira untuk bersiar-siar di halaman rumahku.
?Eh!! Cik Ieya dah sihat ke?. Kenapa duduk diluar sorang-sorang??
Pertanyaan Mak Lijah membuatkan aku tersedar dari lamunan. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku sering bermenung. Kekadang aku memikirkan keadaan keluargaku. Memang kami mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, tapi dalam kebahagiaan itu aku rasa seakan ada rasa terkilan. Mungkin sebab ayah aku terlalu sibuk dengan perniagaannya. Umi pula sibuk dengan persatuan dan kerja-kerja kebajikannya.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-36287917018343823972009-12-25T00:36:00.003+08:002009-12-25T00:36:51.997+08:00page 38 - sambungan

Mungkin sebab En Annuar dah tahu latar belakang diriku serta keluargaku? aku jadi macam ni. Seboleh-boleh aku sorokkan hal-hal keluargaku dari orang-orang di opis tapi dengan kedatangan En Annuar ke rumahku tempoh hari, membuatkan aku malas nak berjumpa dengan mereka semua. Aku takut mereka bercakap-cakap di belakang aku. Mengata itu ini tentang diri ku, tentang keluarga ku.
Bila aku fikir semula, takj ada pun siapa-siapa yang memandang semacam denganku selepas hari tu. Baguslah kalau En Annuar tidak membocorkan rahsia ku. Kita tunggu lagi lepas ni. Bisikku sendiri.
Teringat aku kepada H. Kenapa selepas malam itu, H langsung tidak menghubungiku. Adakah dia marah denganku. Eh..sepatutnya akulah yang perlu ada rasa marah kat dia. Dia yang memungkiri janjinya malam tu, bukan aku. Sampai termimpi - mimpi aku dibuatnya mamat ini.
Aku mimpi aku jumpa seseorang di sebuah tempat yang sungguh indah. Berlatar belakangkan air terjun. Aku duduk di atas sebiji batu yang besar permukaannya. Sambil terkena percikan-percikan air yang mengalir jatuh dari celah-celah batu. Aku berpakaian serba putih. Ayu bertudung. Manis kelihatan raut wajahku. Sambil menantikan seseorang. Tiba-tiba muncul seorang teruna entah dari mana. Berpakaian serba putih laksana seorang putera kayangan. Berbaju melayu tanpa sampin, Berketayap putih.. sungguh alim. Tampan wajahnya tak dapat ku bayangkan. Bercahaya kulihat anak-anak matanya. Manis senyuman yang dihulurkan. Memang asyik ketika memandangnya.
?Assalamualaikum. Dah lama Sarah Aliya tunggu saya. Maaf di atas kelambatan ini.? Wah rasa nak luruh jantungku tika itu.
?Waalaikumsalam.. tak lah lama sangat. Baru je Sara duduk di sini.? Balas aku sambil tersenyum pada pemuda itu.
?Alhamdulillah..syukur. Akhirnya dapat juga saya melihat wajah Sara memakai pakaian sebegini. Wajah Sara sangat manis bertudung begini.? Balas pemuda itu.
?Alhamdulillah..? Singkat aku membalasnya.
?Boleh saya tahu nama saudara?? Aku ingin memulakan perbualan.
?Saudari Sarah Aliya tak perlu risau, nanti saudari sendiri yang akan mengetahuinya...? Masih manis senyumannya.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7630320332496049449.post-50891841561291016572009-12-25T00:36:00.001+08:002009-12-25T00:36:20.361+08:00page 37 - sambungan

?Ummm...? Aku menjawab perlahan.
?Ha!! Abang dah call Pak Syed Ieya tu, dia kata ok. Take care. Dia kata dia pun sakit rindu kat Ieya?? Abang Harith mengusik lagi.
?Jom umi?? Akhirnya kelibat umi dan Abang Harith hilang dari pandanganku.
?Mak Lijah, Ieya tak mampu nak suap sendiri lah. Macam mana Ieya nak makan?? Jujur kata-kataku.
?Tak apa, mari mak Lijah suapkan. Macam la cik Ieya tak biasa. Dulu masa kecik-kecik Mak Lijah juga yang suapkan Ieya?? Tersenyum Mak Lijah menyuapkan sesudu demi sesudu bubur nasi kemulutku.
?Lama sangat dah cik Ieya tak demam macam ni. Cik Ieya kalau dah sakit, memang lambat baik. Kekadang tu memakan masa seminggu.? Mak Lijah memulakan perbualan.
?Iyalah Mak Lijah, betul tu. Last Ieya sakit tahun lepas masa Ieya nak konvo kan Mak Lijah. pot pet pot pet..? Balas aku.
?Cik Ieya ni kan? dalam sakit pun banyak cakap ya..? Sambil kedua-dua kami ketawa??
?Dah habis makan ni bolehlah makan ubat.? Beritahu Mak Lijah kepadaku.
?Tak pe mak Lijah nanti Ieya makan sendiri.? Aku pun ambillah ubat yang Abang Harith kasi tadi dan pahitnya...tapi terpaksa ku telan juga.
Seharian aku duduk di dalam bilik. Sekejap aku baring, sekejap aku pejamkan mata, namun tak berhasil untuk tidur. Aku minum seteguk dua air suam. Lega sikit tekakku yang perit ini. Aku buka radio, tapi lagu-lagu yang berkumandang seperti tak selera aku nak dengar. Aku bingkas bangun pasang cd lagu-lagu Mawi.
Kali ni aku rasa sebak pun ada. Entah kenapa. Aku sendiri tak tahu. Aku cuba mengingatkan kembali. Tetapi otak aku terasa penat sangat. Terpandang aku ke arah satu cahaya. Rupanya itu adalah balikkan cahaya ke atas rantai tangan cristal yang dihadiahkan oleh En Annuar sewaktu hari lahir aku. Sudah seminggu kuletakkan hadiah itu di atas meja solekku tanpa memakainya. Bukan aku tak sudi memakainya, tapi aku rasa seakan hilang mood aku nak pakai gelang tu.
KakYonghttp://www.blogger.com/profile/05132924289687701154noreply@blogger.com0