Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 51 - sambungan

"Habis tu, macam mana dengan permintaan Pak Syed ni kak Munah oi!!! Eii..tak maulah Sara jadi secretary Pak Syed. Apa nanti staff lain cakap. Dah la sekarang ni Sara glemer kat opis..." Sambil tersenyum aku menutup mulutku sendiri dengan kedua belah tapak tangan takut-takut kalau ada orang yang mendengar.

"Hak..hak..hak." Kami berdua ketawa seiringan.
Kak Munah memasukkan barang-barangnya ke dalam kotak sederhana besar. Aku turut membantu mengemas apa sahaja benda yang ada di atas meja Kak Munah.
"Sara, semua document ni akak dah siapkan. Cuma, nak minta tandatangan Pak Syed saja. Nanti bila Sara free.. bolehlah bawak masuk bilik dia... Ni!! Fail-fail ni ada maklumat penting tentang urus niaga syarikat. Sara simpan baik-baik tau. Jangan orang lain terbaca document dalam fail ni dah lah ya... Nanti lepas guna, Sara simpan dalam drawer hujung sekali dalam bilik Pak Syed. Ni kuncinya. Kat Pak Syed ada spare."

Satu persatu kak Munah terangkan tugas-tugas aku, apa aku kena buat everyday.. siap dengan tunjuk ajar lagi? hehehe kadang tu kelakar pun ada.
"Ni Sara!! Satu lagi, Pak Syed tu suka sangat minum nescafe panas campur milo. Waktu dia minum air ni jam 3.50 petang. Jangan miss tau!!!" Kak Munah mengingatkan aku.
"La... itu pun Sara nak kena buatkan ke? Bukan ke kita ada tealady?"
Pertanyaan aku langsung tak di jawab. Yang aku lihat Kak Munah hanya tersengih.
"Ok.. dah beres. Akak nak pergi jumpa bahagian personel kejap. Sara duduklah tempat akak ni. Lagipun jawatan secretary dah jadi milik Sara, so you can start your work now?"

"Ermm.." Sambil menggelengkan kepala, aku balik ke tempat dudukku semula. Menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai sejak pagi tadi.
Mujur hari ni Pak Syed ada meeting kat luar. Jadi aku bebaslah nak buat kerja aku sendiri. Dah 4 hari kak Munah meninggalkan syarikat ini, tapi kerusinya masih kosong tak berisi. Dah banyak kali juga Pak Syed arahkan aku duduk kat situ, tapi aku memang keras kepala sikit sejak akhir-akhir ini. Bukan aku tak hormat kat bos aku? Tapi aku rasa macam aku tidak mahu dipermainkan lagi. Perubahan sikap H lah yang membuatkan aku jadi begini.

No comments:

Post a Comment