Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 54 - sambungan

Aku mengambil pen berwarna merah.... lantas meluahkan apa yang terlintas diingatan......

Terima kasih kerna sudi memberi sedikit kegembiraan buatku
terima kasih kerna memberi secebis kasih untukku
terima kasih kerna sempat hadir dihati ini
terima kasih kerna cuba memahami diriku
terima kasih kerna sudi menumpangkan diriku disudut hatimu
terima kasih atas harapan yang ditaburkan
tapi aku tetap aku, yang telah beku akan hatinya
dan aku tetap aku, yang senang sepi sendiri
tanpa memberi ruang buat seorang kamu
maafkan aku.....
bukan ku tak sudi kasih, tapi hati ini telah lama beku
keras seperti batu, amat payah untuk dipujuk lagi
biarkan aku sendiri menghitung hari-hariku sendiri..

Hari ini, genap 2 tahun aku bekerja di bawah syarikat milik keluarga En Annuar. Dalam dua tahun inilah, baru aku tahu yang company ni milik sepenuhnya keluarga En Annuar. Memang aku tak pernah nak ambil tahu pun sebelum ni. Dalam aku dok berkira-kira nak pergi bilik air, tiba-tiba tritt..tritt.. intercom aku berbunyi.

"Sarah Aliya!! Masuk bilik saya sekarang... Tolong bawa fail Laily Holding sekali.."

Tanpa menjawab sepatah pun.. aku terus menghabiskan kerja-kerjaku semula. Lebih kurang 5 minit lepas tu barulah aku masuk bilik Pak Syed.

"En Annuar... ini fail yang encik minta. Ada ape-ape lagi!! Kalau dah tak de ape... saya keluar dululah..." Pinta aku lemah lembut.

No comments:

Post a Comment