Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Friday, December 25, 2009

page 38 - sambungan


Mungkin sebab En Annuar dah tahu latar belakang diriku serta keluargaku? aku jadi macam ni. Seboleh-boleh aku sorokkan hal-hal keluargaku dari orang-orang di opis tapi dengan kedatangan En Annuar ke rumahku tempoh hari, membuatkan aku malas nak berjumpa dengan mereka semua. Aku takut mereka bercakap-cakap di belakang aku. Mengata itu ini tentang diri ku, tentang keluarga ku.
Bila aku fikir semula, takj ada pun siapa-siapa yang memandang semacam denganku selepas hari tu. Baguslah kalau En Annuar tidak membocorkan rahsia ku. Kita tunggu lagi lepas ni. Bisikku sendiri.
Teringat aku kepada H. Kenapa selepas malam itu, H langsung tidak menghubungiku. Adakah dia marah denganku. Eh..sepatutnya akulah yang perlu ada rasa marah kat dia. Dia yang memungkiri janjinya malam tu, bukan aku. Sampai termimpi - mimpi aku dibuatnya mamat ini.
Aku mimpi aku jumpa seseorang di sebuah tempat yang sungguh indah. Berlatar belakangkan air terjun. Aku duduk di atas sebiji batu yang besar permukaannya. Sambil terkena percikan-percikan air yang mengalir jatuh dari celah-celah batu. Aku berpakaian serba putih. Ayu bertudung. Manis kelihatan raut wajahku. Sambil menantikan seseorang. Tiba-tiba muncul seorang teruna entah dari mana. Berpakaian serba putih laksana seorang putera kayangan. Berbaju melayu tanpa sampin, Berketayap putih.. sungguh alim. Tampan wajahnya tak dapat ku bayangkan. Bercahaya kulihat anak-anak matanya. Manis senyuman yang dihulurkan. Memang asyik ketika memandangnya.
?Assalamualaikum. Dah lama Sarah Aliya tunggu saya. Maaf di atas kelambatan ini.? Wah rasa nak luruh jantungku tika itu.
?Waalaikumsalam.. tak lah lama sangat. Baru je Sara duduk di sini.? Balas aku sambil tersenyum pada pemuda itu.
?Alhamdulillah..syukur. Akhirnya dapat juga saya melihat wajah Sara memakai pakaian sebegini. Wajah Sara sangat manis bertudung begini.? Balas pemuda itu.
?Alhamdulillah..? Singkat aku membalasnya.
?Boleh saya tahu nama saudara?? Aku ingin memulakan perbualan.
?Saudari Sarah Aliya tak perlu risau, nanti saudari sendiri yang akan mengetahuinya...? Masih manis senyumannya.

No comments:

Post a Comment