?Ya Allah, cik Ieya, kenapa ni....? Aku dah terjelepuk di tepi meja solekku.
?Mari.. Mak Lijah angkat, cik Ieya boleh bangun tak?? Sambil memapah aku ke katilku semula. ?Panas badan cik Ieya. Nanti Mak Lijah panggilkan En Harith.?
Mujurlah masa tu Abang Harith belum pergi kerja lagi. Mak Lijah pun keluar meninggalkan aku sorang-sorang kat dalam bilikku sendiri. 10 minit kemudian Abang Harith dan umi masuk kebilikku. Umi menghampiriku sambil meletakkan tapak tangannya kedahi ku.
?Panas, Ieya tak sihat ni... Bila jadinya..? Umi bersuara sambil menarik aku kedakapannya. Abang Harith sudah menggambil suhu badanku.
?Umm..demam ni... 104 darjah celcius. Memang demam ni umi. Tak pe nanti abang kasi ubat. Tapi make sure Ieya makan tau!!?
Sambil tersenyum kepadaku Abang Harith kemudiannya memberi isyarat call ke telinganya. Aku hanya mampu melihat sahaja. Nak cakap dah tak larat sangat.
?Nanti Mak Lijah bawakan bubur, Ieya makan tau, pas tu makan ubat?? Balas umi semula.
?Tak payah kerja ke hari ni?? Aku bertanya sambil berusaha untuk bangun.
?Hai, sakit macam ni pun nak kerja lagi. Dah tak sabar nak jumpa Pak Syed lah tu?.? Balas Abang Harith sambil mengeyitkan matanya kepadaku.
?MC je hari ni?. Kurang-kurangpun 2 hari, tak pe nanti abang inform bos Ieya. Kata Ieya sakit rindu..hehehe?.?
?Ish.. kamu ni, sempat lagi kamu usik Ieya. Tak nampak ke adik kamu ni sakit. Kesitu pulak?? Marah umi sambil menepuk nepuk belakang abang Harith.
?Ha.. Mak Lijah dah bawakan bubur nasi tu, makan ye. Umi ada meeting pagi ni, nanti terlambat pulak umi. Tu ha Pak Bahrin dah lama tunggu tu. Umi pergi dulu ye. Nanti kalau sempat lunch umi balik kejap...? Umi mencium dahiku yang panas. Ada setitik dua air mataku bergenang di kelopak mata.
No comments:
Post a Comment