Get more Myspace layouts at pYzam.com
MySpaceLayouts

SELAMAT BERKHAYAL YE.....

SALAM...UCAPAN TERIMA KASIH COZ SUDI MASUK BLOG KAKYONG UNTUK BACA NOVEL-NOVEL HASIL KREATIVITI KAKYONG SENDIRI. KEBANYAKANNYA DATANG SECARA SPONTAN LEBIH 3 TAHUN LEPAS. MEMANG ADA CADANGAN NAK TERBITKAN.. DAH TRY HANTAR KE ALAF21 CUMA BELUM ADA REZEKI MASA TU. SO KAKYONG SIMPAN JE MANUSKRIP YANG DAH DIBUKUKAN SENDIRI DALAM ALMARI. KALAU ADA SIAPA-SIAPA YANG NAK BELI MANUSKRIP NOVEL NI BOLEH LER BAGITAU. HARGA BOLEH DIRUNDINGKAN. CUMA DIHARAPKAN AGAR SIAPA SAJA YANG BACA NOVEL NI TAK CIPLAK SUDAHLAH YER. KEJUJURAN ANDA AMAT-AMAT KAKYONG HARGAI.
OH YA.. MINTA MAAF BANYAK-BANYAK. KALAU NAK BACA CERITA NI.. KENA BACA DARI PAGE LAST NAIK KE ATAS. MAAF SEKALI LAGI DIATAS KESULITAN INI...
(Atau boleh je klik dari bahagian Kandungan Dalam Blog Ini.. kat sana dah diupdate ikut turutan page) TQ

Monday, December 28, 2009

page 61 - sambungan

“Saya suka. Kenapa?” Something wrong? Something special?”
Aku menggeleng lagi. “En Annuar panggil Sara sudahlah.. Jangan Aliya.. Tak biasalah..” Aku beralih.
“Hilmi, sayang.. Lagi satu, kenalah biasa-biasakan sayang..”
Dia genggam lagi tangan aku. Aku tarik perlahan tangan aku. Aku rasa macam kosong je setiap kali dia panggil aku sayang. Aku rasa macam tak ada makna.. sebab selalu sangat dia panggil macam tu. Bagi aku.. perkataan sayang tu cukup unik. Tak perlu cakap selalu kalau kita sayang pada seseorang. Cukup sekadar perlakuan dan ingatan kita kepada orang yang kita sayang..
Aku ambil jugak kotak tersebut. Aku cuba buka kotak tersebut perlahan-lahan. Memang terkejut aku dibuatnya. Aku tutp semula kotak itu. Letak semula di tempat tadi.. Aku langsung tidak menyentuh apa yang ada dalam kotak itu. Mungkin En Annuar pelik dengan aku. Aku terima tapi tak nak pakai hadiah pemberiannya itu. Kalaulah perempuan lain.. sudah pasti waktu itu juga minta dipakaikan.
Aku beritahu pada dia yang aku nak fikir habis-habisan. Dalam terpaksa, dia terima. Dia senyum pada aku. Itulah bos aku. Murah dengan senyuman. Itu pasal ramai perempuan cair dengan dia.
En Annuar minta kebenaran dari aku untuk ke tandas sekejap. Aku senyum tanda setuju. Masa ini aku seorang sahaja yang ada kat meja makan tu. Aku dok melayan sorang-sorang. Hilmi!! Aliya!!.. Aku menggeleng lagi kepalaku.
“Hai!!.. Maaf kalau saya mengganggu. Saya tahu perbuatan saya ni salah, tapi saya tak kira. Saya nak buat jugak…”
Aku terkejut. Tetiba saja ada seorang mamat yang aku tak kenal duduk depan aku. Aku tercenggang. Mujurla aku tak melatah time ni. Nasib baik dapat control. Dah la aku tengah mengelamun. Ish!! Aku ketuk kepala baru tau. Aku angkat kepala. Lagi sekali aku terkejut. Hensem!! Muka dia buat aku tenang saja. Sejuk mata memandang. Aku diam saja. Aku tengok je muka dia sampai dia sambung balik percakapannya.
“Dah lama saya perhatikan saudari. Saudari mengingatkan saya pada seseorang.. Seseorang yang pernah hadir dalam hidup saya. Jangan salah faham. Ini bukan taktik saya nak mengurat perempuan. Tapi betul.. saudari ingatkan saya pada bekas tunang saya yang dah meninggal..”

page 60 - sambungan

Destinasi kami ke KLCC untuk makan malam. Dia kata lepas dinner dia nak ajak aku shopping sekali. Itu la pasal kami ke KLCC. Aku ikut sahaja.
Sambil makan kami borak-borak. Tiba-tiba dia pegang tangan aku. Dalam hati aku.. memang gelojohlah mamat ni.. Aku tarik tangan aku cepat-cepat sambil mata aku merenung muka dia. Dia letak kotak kecil segiempat sama di hadapan aku. Aku pandang muka dia lagi. Aku dah dapat agak pemberian dia kali ini. Aku tak mampu nak bersuara. Aku nak terima.. Tapi hati aku masih lagi berbelah bahagi.
“Sara, sudi awak terima saya?” Dia memulakan bicara.
“Saya… saya.. tak tau naka kata apa En Annuar…”
“Hilmi.. Panggil saya Hilmi..” Aku pandang muka dia balik. Pelik aku.
“Hilmi? Kenapa Hilmi?” Aku tanya balik. Aku tak sanggup .. lagipun tak biasa..
“Lebih mesra.. Dan saya rasa lebih istimewa kalau hanya kita berdua sahaja yang guna nama tu…” Dia genggam erat tangan aku. Tanpa sedar aku menggeleng kepalaku.
Aku tak dapat nak bersuara. Tiba-tiba airmataku gugur… ‘H’.. Aku bersuara perlahan tanpa sedar.
“Ape dia? Kenapa Aliya menangis tiba-tiba ni..” En Annuar bertanya balik. Aku bertambah terkejut.
Aliya? Kenapa jadi macam ni? Seingat aku, Hanya H sahaja yang suka panggil aku dengan nama Aliya. Walaupun jarang, tapi hanya dia seorang. Orang lain tak pernah. Kalau dia nak pujuk aku ke, nak cakap yang dia rindu ke, sayang kat aku.. dia akan guna nama Aliya tu. Aku suka.. tapi dengan H saja.
“Tak de ape-ape la En Annuar.. Maafkan saya..” Aku lap mataku
“Ermm.. saya tanya lagi sekali boleh tak?”
“Ape dia?”
“Kenapa ‘Aliya’?”

Sunday, December 27, 2009

page 59 - sambungan

Jam di tangan sudah pun pukul 7.35 minit malam. Ermm.. sempat lagi kalau nak bersembang-sembang dengan umi… Aku pun capai handbag dan terus mendapatkan umi di dalam biliknya.

“Umi!!! Ieya nak keluar kejap. Nak makan kat luar tau malam ni…”
“Ha!!! Nak dinnes dengan siapa.. lewat ke balik nanti?”
“Dengan Pak Syed… Umi.. Ha!! Tak tau lah sama ada lewat atau tidak. Tengok keadaan. Kalau keadaannya best… lambat kot.. tapi .. kalau tak.. alamatnya kejap sajalah Umi!!! Heheheh…”
“Hem… patutlah cantik semacam umi tengok… ade dinner date rupanya anak umi ni.. Ok lah.. Jaga diri tu baik-baik. Bersopan sikit. Kamu tu lain sikit perangainya… Ha!! Tu bunyi macam bunyi hon kereta tu.. pergilah tengok cepat!!!”
“Ok.. ok.. Umi!! Jomlah turun sama. Boleh jumpa dengan Pak Syed sekali.. Jomlah umi!!!”
Aku terus menarik lengan umi agar sama-sama bersemuka dengan Pak Syed. Nasib baik umi ikut, jadi taklah aku malu sangat. Aku tengok umi aku ni boleh tahan gurauannya. Maklumlah .. Like mother like daughter..
Eh!! Ada ka macam tu?
Pukul 8 malam. Pak Syed sampai. Awal 15 minit. Kata-kata pertama yang keluar dari mulut dia bila terpandangkan aku.
“You are beautiful tonight. Soo beautiful..”
Aku hanya tersenyum sahaja. Sebab dah biasa. Kadang-kadang depan orang pun boleh panggil aku beautiful la.. honey la.. Aku dah tak hairan. Aku pandang umi. Umi senyum meleret.
Sempat jugak dia berbual ringkas dengan ayah dan umi. Nasib baik abang Harith tiada masa tu. Kalau tidak.. Sure aku kena perli. Dia menunjukkan jam di tangannya. Aku pun macam paham maksud itu. Aku memeluk umi, kemudian kami bersalaman. Selepas bersalam-salaman dengan family aku, kami pun keluar.

Friday, December 25, 2009

page 58 - sambungan

Sampai dirumah cepat-cepat aku masuk bilik. Mandi dan terus mengambil wuduk. Sebenarnya dah lewat ni, takut tak sempat pulak aku nak mengerjakan solat Asar. Selesai solat aku duduk termenung di birai katil seketika. Berfikir sejenak sambil merenung almari bajuku… Eh!! Lupa.. ada date dengan Pak Syed!!!

Tadi… entah apa yang aku fikirkan pun aku tak pasti… Aku melangkah perlahan kearah almari bajuku yang boleh tahan jugaklah besarnya ni. Sambil membelek-belek sehelai demi sehelai pakaian yang tergantung rapi di dalamnya.. aku pilih baju yang paling cantik. Kalau boleh aku nak yang terbaik untuk malam ini. Entah la.. Mungkin aku nak bagi peluang pada En Annuar kot. Dia masih setia menunggu jawapan aku. Masih menunggu aku sambut huluran hati dia. InsyaAllah… Aku akan bagi jawapannya malam ini. Mudah-mudahan apa yang aku buat ni terbaik untuk aku dan untuk semua. Amin… Aku berdoa dalam hati.

Aku menunggu masuknya waktu solat Maghrib. Sambil tu aku pun bersiap ala kadar dahulu. Bukannya apa.. risau kalau-kalau baju yang aku pakai ini.. menjadi kedut. Jadi.. tak cantiklah bila di pandang orang.. kan aku ni perempuan melayu terakhir!!. Selesai solat.. cepat-cepat aku mengenakan make-up sikit pada wajahku yang gebu ini. Bukan pakai apa pun.. cuma lipstick sahaja supaya bibirku tidak kelihatan pucat.. itu sahaja sebenarnya.

page 57 - sambungan

"Hehehe..ingatkan ape tadi, oh..nak sakat pak cik ye..."

Pak Bahrin nak tolong bukakan pintu kereta untuk aku, tapi aku cepat-cepat bukakan pintu untuk diri ku sendiri. Malulah kalau orang nampak. Tak biasa. Dalam kereta Pak Bahrin dah tau lagu kesukaan aku. Mestilah lagu nyanyian Mawi..Yang Tercinta. Hehehe promote.. jangan tak promote.
Aku khayal dengan suara Mawi. Kenapa lah si Mawi ni tak ngorat aku? Kalau tak? bolehlah aku couple dengan dia. Hehehe.. Aku tersengih sendiri. Beruntunglah si Nor Diana jadi awek cum tunang Mawi. Bertuah!!!! Memang bertuah. Tiba-tiba Pak Bahrin memberhentikan keretanya.
"Mawi..kawinlah dengan aku, aku suka sangat, suka..eh..eh suka.." Pak Bahrin ketawa berdekah-dekah.. kemudian dia kelam kabut keluar dari kereta. Rupanya ada sebatang kayu menghalang perjalanan kami. Malunya aku bila Pak Bahrin tersengih-sengih tengok aku.

"Oh..cik Ieya ade hati rupanya dengan budak Mawi ni!!!"

"Eh!! Tak de lah pak cik, minat je... Lagipun dia kan dah ade tunang. Kesian kat Diana kalau Mawi pilih saya?" Aku pulak mengusik Pak Bahrin.

"Iyalah, iyalah." Pak Bahrin ketawa lagi.

"Pak Cik! Felda Taib Andak tu.. jauh tak?"

"Ha!!!! Pak Ndak?. Siapa pulak tu Cik Ieya..?"

Lahai.. Pak Bahrin ni.. rupanya pendengaran dia kurang sikit. Maklumlah dah berusia.
"Apalah pak cik ni, bukan Pak Ndaklah, Felda Taib Andak, kan Mawi asal situ.. Johor!!!! Jauh kan!!!?" Aku pulak yang jawab sendiri.

"Oh!!!! Jauh jugak kalau jalan. Tapi kalau naik kereta tak pasti berapa jam perjalanannya. Kenapa? Cik Ieya nak pergi sana ke? Bila tu?."

"Ish!.. dah lah pak cik.. dah tak larat nak gelak la, hehehehehe?"

Dalam bergelak ketawa dengan Pak Bahrin?. terIngat aku pada bos aku? Pak Syed. Sebelum ni selalu jugak dia ajak aku balik dengan dia. Dan aku pun bukannya tak mahu menolak, tapi kesian jugak bila tengok muka dia yang selamba saja tu? Telinga aku ni pun dah lali? asyik dengar dia bercerita. Aku? layan saja. Pak Syed ni sebenarnya baik? Baik sangat. Tapi? entah la... Hati aku ni masih belum terbuka untuk dia. Mungkin masa akan datang aku tak tahu pulak macam mana... InsyaAllah....

page 56 - sambungan

Sarah Aliya.. I'm so sorry, I don't mean to hurt your feeling. Please forgive me. Tonight dinner with me. I'll pick you up at 8.15pm. Don't say no.
Me, Hilmi.

Hilmi.. siapa pulak la mamat ni? Upss baru aku teringat... Bos aku la... hehehe..
Dalam hati aku...Alahai... Tau pun salah!! Tengoklah nanti. Di pertimbangkan kemudian... Sambil aku berlari mengejar lif yang sedang terbuka.

"Hoi!!! Sara.. dah pukul 6 petang dah ni...' Jerit seorang staff dari belakang.

"La awatnya kalau dah petang. Pi balik! pi balik..eh eh.." Terkejut aku. Aku melatah lagi.

Eh .. aa, dah jam 6 la!!! Aku kena balik awal sikit hari ni. Maklumla ada dating lah katakan. Aku berkira nak balik lah ni.
"Sara.." Lembut je suara lelaki ni aku dengar.
"Macam mana? Jadi tak malam ni? Saya jemput awak tau!" Rupanya suara Pak Syed. Aku hanya senyum kelat saja. En Annuar melambaikan tangannya sehinggalah lif tertutup dengan sendirinya.

Aku berjalan beriringan dengan member opis yang lain. Aku nampak Pak Bahrin sedang menungguku.
"Pak cik, dah lama sampai?"

"Tak jugak cik Ieya". Adalah dalam 10 minit."

"Oh!! Macam dah lama tu... Jom.. jom kita minum dulu..." Aku mengusik Pak Bahrin.

"Ape cik..minum kat mana?" Pak Bahrin terpinga-pinga.
"Tak lah pak cik, balik lah, kite minum kat rumah, boleh?" Aku pulak tanya dia.

page 54 - sambungan

Aku mengambil pen berwarna merah.... lantas meluahkan apa yang terlintas diingatan......

Terima kasih kerna sudi memberi sedikit kegembiraan buatku
terima kasih kerna memberi secebis kasih untukku
terima kasih kerna sempat hadir dihati ini
terima kasih kerna cuba memahami diriku
terima kasih kerna sudi menumpangkan diriku disudut hatimu
terima kasih atas harapan yang ditaburkan
tapi aku tetap aku, yang telah beku akan hatinya
dan aku tetap aku, yang senang sepi sendiri
tanpa memberi ruang buat seorang kamu
maafkan aku.....
bukan ku tak sudi kasih, tapi hati ini telah lama beku
keras seperti batu, amat payah untuk dipujuk lagi
biarkan aku sendiri menghitung hari-hariku sendiri..

Hari ini, genap 2 tahun aku bekerja di bawah syarikat milik keluarga En Annuar. Dalam dua tahun inilah, baru aku tahu yang company ni milik sepenuhnya keluarga En Annuar. Memang aku tak pernah nak ambil tahu pun sebelum ni. Dalam aku dok berkira-kira nak pergi bilik air, tiba-tiba tritt..tritt.. intercom aku berbunyi.

"Sarah Aliya!! Masuk bilik saya sekarang... Tolong bawa fail Laily Holding sekali.."

Tanpa menjawab sepatah pun.. aku terus menghabiskan kerja-kerjaku semula. Lebih kurang 5 minit lepas tu barulah aku masuk bilik Pak Syed.

"En Annuar... ini fail yang encik minta. Ada ape-ape lagi!! Kalau dah tak de ape... saya keluar dululah..." Pinta aku lemah lembut.

page 55 - sambungan

"Hey!! Sara, awak tau buat kerja ke tak? Mana lain-lain document dalam fail ni. Muka surat pun tak betul... Ni mana page 4 ni. Awak buat ape dengan page tu?"

Sudahlah tak di pandangnya muka aku? lepas tu?tak pasal-pasal aku kena tengking pulak dengan Pak Syed ni. Boleh ka dia lempar saja fail tu... Tepaksa la aku ambil kat bawah meja dia sebab fail tu dah terjatuh ke situ. Perlahan aku membelek satu persatu muka surat dalam fail tu. Memang aku tak puas hati.
"En Annuar!! Muka surat 4 ni bukannya tak ade, ade, Tapi tersalah cetak 2 kali page 3." Betullah kan. Aku dah bagi jawapannya.
"Ah!!! Itu saya tak mahu tahu dan itu juga bukan masalah saya. Saya nak awak make sure benda-benda ni complete sebelum awak hantar kepada saya." Sambil menghulurkan semula fail Laily Holding kepada aku.
"Awak boleh keluar. But make sure!!"

Itu ugut ka apa tu? Entahlah? Aku lihat muka En Annuar masam saja sejak dia masuk opis pagi tadi. Mungkin ada yang tak kena kot. Yang menghairankan aku, apalah yang penting sangat document Laily Holding ni? sampai aku dimarahinya. Umi dengan ayah aku pun tak pernah tengking aku macam tu tau.
Lepas sahaja aku keluar dari bilik Pak Syed, aku terus ke ladies. Lagipun memang dari awal tadi aku nak ke sana. Lama jugaklah aku di dalam toilet. Rasa nak menangis pun ada. Iyalah... tengah syok-syok buat kerja..
Last-last tak dihargai pun. Bukannya nak cakap terima kasih ka... Lagipun bukan salah aku... Kompiuslah... Orang lain yang buat salah aku yang kena pulak. Memang naik angin la aku? Tapi nak buat macam mana, aku ni kan makan gaji je. Setakat menjawab sikit-sikit tu bolehlah.
Perut rasa lapar lah pulak. Aku tengok jam kat tangan.. 12.30 tengahari.
La!!! dah waktu lunch ke? Patutlah perut lapar semacam. Pak syed ni kan!! Dah rugi masa aku setengah jam. Siapa nak ganti balik ni? Tapi boleh pulak aku senyum lagi waktu ni. Bukannya apa.. Cuma teringat perangai bos aku tu? apa lah kena dengan dia tu. Nak kata masalah dengan bini, tak kawin pun lagi.. hehehe.. entahlah labu!!!!
Aku bergegas ke mejaku semula. Nak ambil beg duit. Lepas tu nak pergi makan la. Apa lagi. Bila aku sampai saja kat tempat aku, aku dapati ada sekeping sampul surat berwarna biru muda. Ingatkan surat apa, rupanya kat dalam sampul tu ada pulak kad tertulis ucapan "SORRY". Cepat-cepat aku baca kad tu.

page 53 - sambungan

"En Annuar, inilah orangnya yang saya ceritakan tadi tu. Nama dia Sarah Aliya..."

"Ha!! Sara.. kenalkan inilah bos di syarikat ni. Nama dia Syed Annuar Hilmi Bin Syed Mustafa. Tapi staff kat sini panggil En Anuar saja."

En Annuar senyum saja mendengarkan penerangan kak Munah. Memang kak Munah ni peramah orangnya.
"Assalamualaikum cik Sarah Aliya..." Memang dari mula aku jumpa pak syed ni nama penuh aku di sebutnya.

"Saya dah tahu hal awak, jadi saya harap esok awak datang semula, tapi dengan membawa sijil-sijil awak. So kite jumpa semula esok ye?"
Ringkas saja permintaan En Annuar. Aku ingatkan dia nak marahkan aku.. sebab cara berpakaian aku ni. Rupanya bukan?. Alhamdulillah lega rasanya..
"Ha!! Maimunah, awak take note benda ni. And make sure awak ambil butir-butir peribadi Sarah Aliya. Kalau dia tak datang besok, awak call dia and make sure nombor telefon dia sekali ada tertulis dalam borang ni." Sambil menghulurkan borang yang aku tak sempat habis isi tadi.
"Ok lah, see you tomorrow.."

Kami pun keluar masing-masing menuju haluan sendiri. Sebelum tu..
"Sara!!! Jangan lupa tau, esok mai lagi. Mai jumpa kak Munah dulu tau!!!" Kak Munah mengingatkan aku sekali lagi. Aku mengangguk tanda setuju.

Dalam aku termenung mengenangkan lamaran En Annuar.. tiba-tiba hati aku terasa bagaikan sayu, sedih, pilu dan berbagai lagi perasaan yang menerjah jiwa ini. Sesekali aku teringat kembali betapa singkatnya hubungan aku dengan H. Kenapa sampai hari ini aku tidak mampu untuk melupakan jejaka ini. Apa yang istimewanya dia sehinggakan hati ini tidak mampu untuk menerima orang lain selain dirimu..H
Aku mengambil diary... yang sememangnya setia bersama di mana jua aku pergi. Aku cuba mengingati sesuatu.... secepat itu jugalah aku menulis bilamana aku teringat yang aku pernah terbaca sebuah sajak... tapi tajuk dan penulisnya aku lupa... maaf sekali lagi kalau-kalau menciplak tulisan ini....

page 52 - sambungan

Aku cuba bertenang. Mengingatkan kembali hari pertama aku bekerja di syarikat ini. Aku datang untuk interview tapi satu sijil pun aku tak bawa. Mana tidaknya, aku sebenarnya saja-saja lalu kat area Kota Damansara ni. Tup -tup aku tengok ramai yang beratur masuk ke dalam syarikat gergasi ni. Aku pun... apa lagi terus melulu masuk jugaklah. Aku tengok masing-masing cantik dan segak berpakaian ala-ala nak datang untuk temuduga.... Ada yang dah macam rupa bos lagaknya.
Tapi aku.. Simple. Pakai jeans lusuh dengan blaus ala-ala Siti Nurhaliza. Satu document pun aku tak bawa. Aku isi borang sambil menjeling kat seorang kakak ni. Manis orangnya. Bertudung ala-ala Waheeda. At least aku nampak nametagnya .. Maimunah. Aku cuba senyum dan kakak itu membals senyumanku. Sambil menggaru kepala aku menuju kerahnya.
"Kak, boleh saya tanya sikit tak? Macam mana nak isi borang ni?
Dia minta apa-apa sijil yang saya ada.Kak!!! Tapi saya tak bawa ape-ape pun."

"Tak apa.. adik boleh datang kemudian. Nanti bawakan sekali apa-apa sijil yang adik ada. Lagipun ada 2 hari lagi untuk interview ni. Esok adik boleh mai lagi no."

Memang sah kakak ni orang Penang. Fikir aku dalam hati.. sebab tegok cara dia bercakap lah.
"La!! Lupa nak tanya... Adik ni nama siapa?"

"Oh.. saya Sarah Aliya.. kakak..?"

"Maimunah... Boleh panggil Kak Munah saja..." Sambil tersengih.

Kemudian kak Munah pun masuk kedalam sebuah bilik. Mungkin bilik bosnya. Dalam aku nak angkat punggung, tiba-tiba kak Munah panggil aku masuk ke dalam bilik tu. Aku terpinga-pinga waktu tu. Aku pun ikut saja kak Munah dari belakang.

page 51 - sambungan

"Habis tu, macam mana dengan permintaan Pak Syed ni kak Munah oi!!! Eii..tak maulah Sara jadi secretary Pak Syed. Apa nanti staff lain cakap. Dah la sekarang ni Sara glemer kat opis..." Sambil tersenyum aku menutup mulutku sendiri dengan kedua belah tapak tangan takut-takut kalau ada orang yang mendengar.

"Hak..hak..hak." Kami berdua ketawa seiringan.
Kak Munah memasukkan barang-barangnya ke dalam kotak sederhana besar. Aku turut membantu mengemas apa sahaja benda yang ada di atas meja Kak Munah.
"Sara, semua document ni akak dah siapkan. Cuma, nak minta tandatangan Pak Syed saja. Nanti bila Sara free.. bolehlah bawak masuk bilik dia... Ni!! Fail-fail ni ada maklumat penting tentang urus niaga syarikat. Sara simpan baik-baik tau. Jangan orang lain terbaca document dalam fail ni dah lah ya... Nanti lepas guna, Sara simpan dalam drawer hujung sekali dalam bilik Pak Syed. Ni kuncinya. Kat Pak Syed ada spare."

Satu persatu kak Munah terangkan tugas-tugas aku, apa aku kena buat everyday.. siap dengan tunjuk ajar lagi? hehehe kadang tu kelakar pun ada.
"Ni Sara!! Satu lagi, Pak Syed tu suka sangat minum nescafe panas campur milo. Waktu dia minum air ni jam 3.50 petang. Jangan miss tau!!!" Kak Munah mengingatkan aku.
"La... itu pun Sara nak kena buatkan ke? Bukan ke kita ada tealady?"
Pertanyaan aku langsung tak di jawab. Yang aku lihat Kak Munah hanya tersengih.
"Ok.. dah beres. Akak nak pergi jumpa bahagian personel kejap. Sara duduklah tempat akak ni. Lagipun jawatan secretary dah jadi milik Sara, so you can start your work now?"

"Ermm.." Sambil menggelengkan kepala, aku balik ke tempat dudukku semula. Menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai sejak pagi tadi.
Mujur hari ni Pak Syed ada meeting kat luar. Jadi aku bebaslah nak buat kerja aku sendiri. Dah 4 hari kak Munah meninggalkan syarikat ini, tapi kerusinya masih kosong tak berisi. Dah banyak kali juga Pak Syed arahkan aku duduk kat situ, tapi aku memang keras kepala sikit sejak akhir-akhir ini. Bukan aku tak hormat kat bos aku? Tapi aku rasa macam aku tidak mahu dipermainkan lagi. Perubahan sikap H lah yang membuatkan aku jadi begini.

page 50 - sambungan

Diam tak diam, sudah 6 bulan aku rasa keseorangan. Walaupun happy di rumah mahupun di tempat kerja, namun jiwaku sering memberontak. Memberontak kerana apa? Aku kurang pasti... Yang nyatanya memang jiwa aku tension. Hari ini aku dapat berita Kak Munah resign 24 jam. Dan En Annuar pulak telah membuat keputusan menggantikan aku ke tempat Kak Munah tanpa berbincang denganku dahulu.
?Kak Munah..ape ni!! Kenapa tak beritahu saya yang kak Munah nak resign. Ni 24 hours pulak tu.... Ape yang emergency sangat ni!!. Tak pun sound la dulu!!!?
Terbit rasa marah aku pada kak Munah waktu itu.
?Kak Munah... tau tak apa kata Pak Syed? Ada ke dia suruh saya ganti tempat kak Munah. Start hari ni pulak tu..... Mana boleh. Kerja saya siapa nak uruskan? Dahlah kat sini saya sorang je yang terror buat claim?. Hei!!! Tak puas hatilah macam ni..pot pet pot pet.?
Kak Munah tunggu sehingga marahku reda sedikit.
?Sara!! Akak mintak maaf banyak-banyak. Akak tak bermaksud nak menyusahkan Sara atau siapa-siapa kat sini. Sara tau kan.. akak ada anak yang mak akak jaga kat kampung tu. Anak akak lebih perlukan akak. Tambahan pulak la ni dia tak sihat. Mak akak pun dah tua Sara, dia dah tak larat nak jaga?. Memang akak ada pikir nak hantar ke nursery, hang tau sajalah?.. Mahal.. Mana akak nak mampu. Gaji akak kat sini pun berapalah sangat. Pikir punya pikir, inilah jalan yang akak harus pilih. So..maaf banyak-banyak???
Aku terdiam mendengarkan penjelasan kak Munah. Rupanya Kak Munah ada kisah sedihnya sendiri.
?Iya ke Kak Munah? Kenapa akak tak pernah cerita pun kat saya masalah akak ni... Kot-kot saya boleh tolong?? Jujur kuluahkan perasaan aku ketika itu.
?Tak apa lah Sara, akak tak mau terhutang budi. Lagipun selagi akak dengan hubby akak mampu?. selagi tu kami akan bertahan? InsyaAllah..?
Sedih jugak bila dengar masalah kak Munah ni? Tapi aku tak boleh nak buat apa-apa. Jadi aku terpaksalah menerimanya walaupun ada sedikit kecewa di hati.

page 49 - sambungan

Kian jauh, kian hilang kasih antara kita, nampak tenang pada zahirnya, tapi batin terseksa. Yang terguris tak nampak di mata, yang terhiris terluka. Sesekali terbit airmata, tahan sebak di dada.. Kemanakah nak dibawa resah kian melanda. Di manakah hendak ku khabar, pilu di dalam dada... Bila kasih dihujungnya nyawa rasa ingin dimanja, Perasaan pun kian tersentuh, bila rindu ini berlabuh.. Apakah yang dikejar dalam hidupmu, berkali ku kata padamu, kita singgah di dunia yang sementara, penuh tipu daya.. yang kekal di sana birlah kita berdua, usahlah hanyut terus terlena di dalam dunia....
Sampai sahaja di rangkap ini, air mataku akhirnya mengalir laju tak terbendung lagi.
Benarkah apa yang diucapkan di dalam lagu ini. Adakah aku tertipu. Tak sangka dalam kesetiaan aku berkawan dengan H, sanggup dia meninggalkan aku terkontang kanting menahan perasaanku sendiri. Sudah lama aku bajai rasa kasih ku pada H. Dan apa yang aku tahu H pun mempunyai perasaan yang sama terhadap diriku.
Tapi, kenapa H harus meninggalkan aku, kenapa? Adakah kasih di antara kami akhirnya akan pergi begitu saja? Walaupun aku tidak mengenali langsung H, tapi aku yakin dengan hati budinya. Aku terasa bagaikan dimanja, dibelai, disayangi setiap masa. Kata-katanya sungguh mencuit hati. Bicaranya seakan seorang penyair. Oh..aku rindu saat-saat itu. Aku terlalu rindukan pada orang yang telah pergi jauh dariku. Bolehkah aku bertahan? Ya Allah kenapa aku jadi sebegini lemah. Kenapa.... kerana seorang jejaka yang bernama H boleh membuatkan insan lincah yang bernama aku kalah. Apa yang ada pada H yang tidak aku ketahui?.. Entah bermacam-macam persoalan sering bermain dikotak fikirku tika ini....
Aku cuba melelapkan mataku. Namun mataku masih enggan merehatkan dirinya. Aku ambil hadiah hari lahirku yang belum pernah kupakai lagi. Aku belek sebutir demi sebutir bola-bola kristal. Sungguh indah cahayanya. Adakah seindah diriku? Mungkin tidak lagi... Selagi aku belum dapat menerima kehadiran tuan yang menghadiahkan aku rantai tangan ini. Pada aku, kami hanya mampu berkawan sekadar di pejabat. Lebih daripada itu aku tak sanggup. Aku takut. Aku takut kalau-kalau H akan muncul semula. Aku cuba untuk menerima En Annuar, tapi hati aku menolaknya. Mungkin hari ini aku belum bersedia. Dan entah esok lusa... hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

page 48 - sambungan

Bukan aku tak nak terima Pak Syed tu. Tapi hati aku tak nak. Aku tak dapat nak paksa. Setiap hari dia cuba nak gembirakan aku. Aku rasa dah seminggu aku macam ni. Tidak ceria lagi. Aku cuba jugak hubungi H.. tapi tetap tak dapat dihubungi. Mana kau pergi H..
Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan..
Cinta adalah universal. Kerana itulah kita semua suka perkataan keramat ini. Khusus di tujukan untuk anda yang pernah mengalami rasa kecewa hingga menyebabkan sampai tahap fobia dan takut untuk mencuba.
Cinta ada dimana-mana di ruang dunia ini. Dalam mengharungi cinta, terdapat pelbagai adunan perasaan. Cemburu, bimbang, gembira dan sedih. Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seseorang yang tabah bila kita kesakitan kerananya. Dan cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya.
Bagi aku, cinta adalah suatu perasaan yang lengkap. Tanpa cinta manusia akan menjadi buta hatinya. Cinta mungkin datang sekali dalam hidup atau juga mungkin berkali-kali. Terpulanglah bagaimana kita menikmatinya. Paling penting kejujuran kita dan juga perasaan ikhlas terhadap orang yang kita cintai.
Khusus untuk ayah dan umi, abang Huzaimi dan abang Harith tersayang dan juga buat teman - teman yang sering memberi semangat.. dan untuk si dia yang menyayangi diri ini.

Terima kasih kerana kasih sayang dan cinta kalian yang menyemarakkan lagi semangat ini untuk terus berjuang.
luahan rasa : Sarah Aliya (aku terbaca luahan rasa ini sewaktu aku membaca sebuah novel... maafkan aku kerana meminjam kata-kata penulisnya..terima kasih....)

Sedang aku seronok menulis dalam dairy ku ini, lagu nyanyian Mawi pulak berkumandang di corong radio.. Aku berlari kecil untuk menguatkan volume radio. Aku suka lagu ni.. tapi hari ini lagu ini sudah menjadi sejarah hitam buatku. Aku cuba mengikut rentak lagu. Mulutku perlahan mengikut nyanyian Mawi. Entah bila bait ini kulaungkan, airmata aku seakan tidak tertahan lagi.

page 47 - sambungan

Hubungan aku dengan H berjalan lancar walaupun kami tak pernah berjumpa. Dan Pak Syed pun aku tengok makin lama makin suka kat aku. Mana tidaknya?. setiap kali kami keluar, mesti aku happy. Sebabnya setiap kali sebelum keluar dengan dia, aku dengan H pasti akan berborak sebelum tu. Itu yang kegembiraan aku ni terbawa-bawa sampai aku keluar dengan Pak Syed tu.
Kusangkakan panas berpanjangan...
Rupanya gerimis mengundang....
Macam tu la yang aku rasakan saat ini selepas aku terima mesej dari H malam tadi. Mesej yang berbunyi
Maafkan H sayang. Kita tak dapat nak teruskan hubungan kita ni. Bukan H tak sayang, tapi H terpaksa undur diri. H tau ade orang lain yang menanti sayang kat sana. Siapa H nak dibandingkan dengan dia. Sayang tak salah. H yang salah. Semoga sayang akan berbahagia dengan si dia. Itu doa H. Dan please, bahagiakan diri sayang. I?ll always love u. Bye...
Macam nak pitam aku baca mesej H. Aku cuba hubungi dia tapi tak dapat dihubungi. Sekali lagi.. dunia aku rasa macam berpusing. Kenapa H buat aku macam ni... Aku sayang dia!!!
Pagi tu aku pergi kerja seperti biasa. Tapi tanpa senyuman di bibirku. Aku rasa macam kehilangan yang amat sangat selepas kata perpisahan dari H. Semua orang di opis hairan dengan perubahan diriku ini. Pak Syed pun sama. Dia sebolehnya berusaha buat aku ceria. Tapi aku tak boleh. Baru la aku tahu macam mana peritnya sakit akibat dikecewakan. Walaupun dengan orang yang aku tak kenal
Setiap kali terdengar lagu Sonata Musim Salju, air mataku akan gugur. Kata H, dia suka lagu tu. Dia tujukan lagu tu untuk aku. Lagu itu macam dah sinonim dengan kami berdua. Kadang-kadang H akan nyanyikan lagu tu untuk aku walaupun dalam talian. Sedap suara dia. Pernah aku terdengar seseorang menyanyikan lagu tu. Terkejut aku. Bila aku tengok... rupa-rupanya Pak Syed. Terkompius jugak aku dibuatnya. Tapi sekarang tiada lagi. H dah lari jauh. Jauh tinggalkan aku seorang diri.

page 46 - sambungan

Gembira tak terkata aku masa ni. Aku rasa macam aku tengah tersengih sampai ke telinga. Lantak la kalau orang nampak. Lantak la ape yang diorang nak kata.
Apasal lama tak dengarr berita?Dah tak nak kawan dengan kita ke?
Aku cuba nak merajuk. Merajuk-merajuk sayang. Sayang ke aku kat lelaki yang aku tak kenal ni...
Jangan macam tu. H sibuk skit la... Bukan H lupa tau. Tak kan lupanya buah hati H ni. Dah makan ke?
Aku balas lagi..
Tak makan lagi? Kejap lagi nak makan. Ofismate ajak.Kejap lagi nak keluar la. H dah makan ke?
Kenapa aku tak cakap bos aku yang ajak lunch? Kenapa aku takut nak terus terang ni... aku mengomel sendirian. Bukan apa.. aku tak nak H terasa hati. Takut dia fikir aku ni playgirl pulak. Senang-senang je keluar sesuipa sahaja?
H pun belum makan lagi. Kejap lagi baru nak makan. Bila-bila free kita lunch sekali ye sayang..
Jangan tipu pulak. Hari tu janji nak jumpa? tapi tak datang pun. Aku seakan merajuk dengan H.
H tak sengaja la hari tu.Tapi lain kali .. betul. Kita akan jumpa jugak ye.Ok lah sayang.. H ade kerja sikitt. Take care. Miss u 2?
Aik!!! Aku tak cakap pun aku rindu kat dia. Tetiba pulak dia cakap miss u 2. Eerm.. memang kami ni sethinking la... hehehe..
Sepanjang hari tu, aku rasa macam nak terbang saja. Rasa happy sangat-sangat. Entah la... aku rasa macam aku ni dah memang jatuh cinta kat H dah. Padahal aku tak kenal dia pun. Masa keluar dengan Pak Syed pun, aku tersengih saja. Sampai dia kata muka aku berseri-seri. Mesti dia ingat aku seronok keluar dengan dia. Padahal aku seronok sebab H hantar mesej kat aku.
Hai!! Besar sungguh penangan H kat aku. Kesian Pak Syed ni... bersungguh-sungguh dia nak kat aku. Tapi aku tak boleh. Dulu? aku ingat aku suka sangat kat Pak Syed ni. Tetiba saja hati aku berubah. Berubah kepada orang yang tak dikenali. Inilah yg dikatakan cinta... Cinta itu buta walaupun kita tak tahu dengan siapa kita bercinta. Cinta tak kenal paras rupa, pangkat dan harta... entah la. Tapi ini yang terjadi kat aku.

page 45 - sambungan

?Oh ya, lupa pulak. Pak syed nak jumpa?? Ringkas kata-kata Kak Munah.
?Alah..buat ape nak jumpe?? Dengan malas aku bangun juga menuju bilik Pak Syed.
Pintu bilik En Annuar aku ketuk tiga empat kali.
?Masuk!!!? Terdengar suara Pak Syed minta aku masuk ke dalam.
?Assalamualaikum En Annuar?? Aku beri peluang untuk En Annuar menjawab salamku.
?Alaikumsalam? Duduklah Sarah Aliya. Macam mana dah sihat?? Pertanyaan En Anuar ku biarkan tanpa jawapan.
?Tak apelah. Di atas meja awak banyak claim yang belum siap. Kalau awak rasa tak sempat nak habiskan dalam tempoh tiga hari ni, awak mintalah Zalia tolong awak. Lagipun client bagi tempoh tiga hari mulai hari ini. Sepatutnya dah kena hantar last week, tapi saya minta ditangguhkan disebabkan awak bercuti?? Panjang lebar penjelasan Pak Syed ini fikirku.
?InsyaAllah? selagi saya boleh buat, tak payahlah saya minta pertolongan Zalia. Lagipun kerja dia banyak juga saya tengok tadi. Tak menang tangan. Dalam masa 3 hari ni, saya rasa boleh siap?? Aku memberi jaminan kepada En Annuar.
?Ada apa-apa lagi yang En Annuar nak beritahu saya?? Pinta aku sebelum keluar dari biliknya.
?Ermm.. lunch dengan saya nanti?? Singkat saja permintaan Pak Syed ni.
?Ermm tengoklah nanti?.? Jawabku juga ringkas. En Annuar bangun lalu membukakan pintu biliknya untuk ku.
?Thanks?? Jawabku.
tit tit... tit tit.... mesej!! Aku tak sabar nak baca. Mungkin dari H, orang yang aku tunggu selama ni. Sambil baca? sambil aku berdoa. Minta-minta orang itu adalah H.
Hai sayang, Assalamualaikum.... sihat dah ke? Maaf la kalau H ade buat salah. H mintak maaf ye sayang.. senyum sikit?

page 44 - sambungan

?Ayah tu yang tak sihat... Dah tahu tak sihat, kenapa ayah masih susah payah kerja lagi. Kalau ayah sakit... semua orang susah tau. Ieya lagi susah yah...? Aku luahkan rasa bimbangku pada ayah.
?Ha!!! itulah, ayah suruh Ieya kerja dengan ayah, Ieya tolak. Nak berdikari katanya. Hari ni Ieya cakap macam tu pulak pada ayah. Siapa salah?? Ayah seakan berkecil hati denganku. Ayah menyambung ayatnya tadi.
?Ieya jangan salah faham dengan cakap-cakap ayah tadi. Ayah tak bermaksud apa-apa, cuma kalau boleh ayah nak anak ayah sendiri yang meggantikan ayah. Lagipun ayah dah tua sayang. Takkan ayah nak harapkan abang-abang Ieya. Lagipun mereka kan sudah ada syarikat sendiri. Ayah cuma boleh harapkan Ieya sekarang ni...? Ayah terdiam, seakan mengenangkan sesuatu.
?Ayah, maafkan Ieya ye... Dah banyak kali Ieya cakap dengan ayah yang Ieya belum bersedia lagi. Nanti Ieya cuba fikir masak-masak permintaan ayah ni. InsyaAllah kalau diizinkan Allah, Ieya akan bekerja dengan ayah. Tapi bila tu ieya tak boleh janji tau...? Aku tidak berani untuk berjanji dengan ayah.
?Ayah..ayah dah penat ni. Apa kata ayah berehat dulu. Tak pun tidur ke. Ayah tak payahlah banyak berfikir??
Aku cuba memujuk ayah. Akhirnya aku tinggalkan ayah seorang di dalam biliknya tatkala ku lihat umi datang dengan membawa dulang berisi segelas air bersama ubat-ubatan untuk ayah. Aku biarkan mereka berdua. Dan kemudiannya aku lihat sudah tiada lagi cahaya di dalam bilik itu.
Setelah seminggu berehat di rumah, akhirnya hari ini aku kembali bekerja semula. Kehadiranku di opis sangat-sangat di nantikan oleh Kak Munah. Begitu juga rakan-rakan sepejabatku yang lain. Di atas meja terdapat banyak claim yang menungguku. Banyak sungguh claim customer yang harus aku siapkan hari ini. Kak Munah tersenyum melihatkan mimik mukaku waktu itu.
?Hai Sara!! Bersedialah untuk berjuang??
Usik Kak Munah sambil berlalu ke bilik Pak Syed. 10 minit kemudian Kak Munah menghampiri mejaku.
?Sara ni ada claim lagi, Pak Syed bagi?? Sambil meletakkan kertas-kertas merah setebal buku latihan budak-budak darjah 5.

page 43 - sambungan


Aku dengar batuk ayah semakin kuat. ?Ayah? are you ok?? Soal abang Harith sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan ayah.
?Tak ape..ayah ok, cuma batuk sikit je ni??
Ayah cuba melindungi kesakitannya. Muka ayah nampak merah padam. Mungkin menahan pedih di dadanya. Akhirnya ayah berhenti menyuap makanan lalu meghulurkan jari jemarinya minta dibasuhkan. Umi bingkas bangun menuju ke arah ayah. Aku hanya memandang dengan wajah sayu bercampur cemas.
Malam ini abang sulungku Huzaimi tiada di rumah. Lagipun sudah 2 malam dia pergi outstation ke Jepun. Ada kerja luar yang memerlukan kehadirannya di situ. Ah!! Biarlah dia dengan tugasnya.
Umi memapah ayah ke bilik. Abang Harith cuba meghubungi doktor peribadi ayah. Namun hampa kerana Doktor Kaza masih bersama pesakitnya yang lain. Akhirnya abang Harith sendiri yang merawat ayah. Aku masih termanggu di meja makan. Aku bingung. Aku cuba menghabiskan sisa-sisa makanan yang masih berbaki di pinggan. Terasa susah untuk aku telan. Akhirnya aku pun bangun menuju ke dapur. Aku buang sisa-sisa tadi ke dalam tong sampah.
Aku memanjat satu-satu anak tangga menuju ke bilik. Masuk bilik air lantas mengambil wuduk. Selesai solat Isyak, aku menuju ke bilik ayah. Aku lihat ayah sedang berehat sambil sesekali menulis sesutu ke dalam note book merahnya. Mulanya aku ingat tak mahu mengganggu ayah, tetapi apabila ayah terlihatkan kelibatku di dalam biliknya, ayah memanggilku perlahan.
?Ieya..mari sini... Duduk sebelah ayah sayang...?
Aku berjalan perlahan ke arah kerusi yang dimaksudkan. Aku duduk di sebelah ayah. Aku lihat garis-garis tua kelihatan di sekitar matanya. Sudah tua rupanya ayah aku. Tapi dia masih tabah mengharungi kehidupan yang mencabar ini.
?Ieya dah sihat? Maafkan ayah kerana tiada di sisi Ieya waktu Ieya sakit. Tapi umi everyday inform ayah tau...? Ayah tersenyum memandangku. Sesekali jari jemari ayah membelai lembut rambutku.

page 42 - sambungan


?Cik Ieya.. Mak Lijah bukanlah nak masuk campur urusan cik Ieya, tapi Mak Lijah pun rasa yang bos Ieya tu ikhlas nak bersama dengan Ieya. Kalau tak? takkan dia sanggup buat tak tahu apa kata orang. Dan satu lagi Mak Lijah tengok Ieya pun macam suka saja dengan Pak Syed ni?.? Sambil tersenyum mak Lijah memelukku. Sambungnya lagi..
?Walau apapun yang bakal berlaku cik Ieya kena tabah dan bersedia tau?? Pinta Mak Lijah kemudian berlalu ke dapur. Mungkin nak sambung kerja-kerjanya yang tergendala dengan cerita-cerita ku tadi.
?InsyaALLAH Mak Lijah, InsyaALLAH?? Akhirnya aku pun masuk ke dalam bila aku terdengar bunyi deruman enjin kereta di garaj sebelah rumahku.
Seminggu juga rupanya aku tak ke opis. Abang Harith minta aku ambil seminggu MC. Mujurlah bos aku si Pak Syed tu tak marah. Ada jugalah sekali dua dia bertanyakan kesihatan aku kepada abang Harith. Aku pun tak pasti kenapa dia tak bertanya sendiri kepadaku. Mungkin dia tidak mahu menggangguku. Bagus jugak macam tu.
Aku masih terkenangkan H. Mengapa sehingga hari ini dia langsung tidak menghubungiku. Tiada lagi sms yang hendak aku baca. Tiada lagi gelak tawa sorang sorang buat diriku sendiri. Apa sudah terjadi kepadanya. Yang tambah menghairankan aku, setiap sms yang aku hantar semuanya tidak dapat dihantar lagi ke nombor talipon H. Mungkin nombor handphone itu sudah tidak digunakan lagi. Aku memang sedih bila fikirkan hal ini. Seakan satu kehilangan besar buat diriku. Bagaimana untuk aku berterus terang dengan H selagi dia tidak menghubungi aku. Sudah tak tertahan rasanya kerinduanku terhadap jejaka misteri yang bernama H ini.
Sewaktu makan malam, umi seakan perasan degan perubahan sikapku. Selalunya akulah yang akan membuat bising di meja makan. Tapi kini tidak lagi. Aku hanya akan bercakap apabila di ajukan soalan. Aku lihat juga masing-masing seakan diam seribu bahasa. Tiada topik yang menarik yang hendak dibualkan.
Sesekali terdengar batukan kecil dari mulut ayah. Sejak kebelakangan ini kesihatan ayah tidak berapa baik. Doktor menasihatkan agar ayah berehat di rumah atau pergi bercuti bersiar-siar agar kembalikan stamina ayah. Tetapi ayah memang susah jika diarah berbuat sedemikian. Mungkin ayah sdah terbiasa dengan pekerjaannya yang memerlukan penglibatan ayah secara langsung. Bukan aku tak kesiankan ayah, tapi aku rasa belum masanya untuk aku menggantikan tempat ayah. Ayah masih diperlukan lagi oleh syarikat miliknya sendiri.

page 41 - sambungan


Seakan terperanjat Mak Lijah mendengar penjelasan aku. ?La..macam mana ni. Tak kenal tapi dah suka? Mak Lijah pulak tanya aku.
?Itulah, dia cuma membahasakan dirinya H je. Tiap-tiap hari dia akan hantar sms dengan Ieya. Dalam kata-kata dia, macam dia dah kenal sangat dengan Ieya mak Lijah. Ieya ni pun satu, rasa macam seronok pulak layan dia. Selalu jugaklah Ieya balas sms dia. Kadang-kadang Ieya rasa susah hati kalau dia tak bersms dengan Ieya. Macam sekarang ni....? Aku terdiam sebentar.
?Kenapa... sekarang ni? Dia dah lari ke?? Mak Lijah kebingungan.
?Entahlah.. Masa birthday Ieya hari tu dia ada wish kat Ieya. Lepas tu dia kata dia nak jumpa Ieya. Katanya lagi dia akan jemput Ieya kat rumah..? Belum aku sempat habiskan kata-kataku..
?Oh patutlah malam tu cik ieya pakai cantik sangat. Baju kebaya lagi. Rupanya ada dating....? Dua-dua ketawa.
?Tu lah pasal. Penat Ieya siap cantik-cantik. Dah lah blackout pulak malam tu. Tup tup tak jadi. Dia kata dia ade hal. Entahlah..ataupun memang dia nak main-mainkan Ieya.? Mak Lijah hanya tersenyum tanpa sepatah kata.
?Alah..jangan dipikirkan sangat. Laipun mak Lijah tengok bos cik Ieya macam terpikat dengan cik Ieya. Tengok sajalah malam tu, asyik memandang cik Ieya. Mak Lijah perasan tau. Matanya sekejap-sekejap pandang Ieya...?
?Ha!! Yang sorang ni pun satu..? Sambil terjerit kecil membuatkan Mak Lijah terperanjat. ?Macam mana dia boleh datang rumah kite ni pun Ieya tak tau. Tengok-tengok ada je dia malam tu. Entah-entah abang Harith berpakat dengan dia tak mak Lijah?? Soalan aku tak di jawab pun oleh mak Lijah. Mungkin mak Lijah tak tahu agaknya. Biarlah.
?Mak Lijah tau tak, kat opis ramai dah menjeling semacam bila Ieya jalan dengan Pak Syed tu. Diorang kata kami pasangan secocok. Kalau boleh Ieya malas nak pergi kerja, tapi apa boleh buat, kat situ rezeki Ieya. Yang Pak Syed ni pun satu, lagi orang sakat macam tu lagilah dia rapat dengan Ieya. Selalu sangat? dan boleh dikatakan hari-hari minta Ieya temankan dia lunch. Ee..bencinya Ieya tau Mak Lijah?.?
?Hai!!! Benci ke sayang?? Mak Lijah mendugaku.

page 40 - sambungan


Abang Shahrul Huzaimi memang tak pernah lekat di rumah. Selalu saja outstation. Abang Shamrin Harith pula, asyik memanjang dengan pesakitnya. Maksud aku di klinik dia lah kan. Jadi masa yang terluang untuk aku terhad sangat. Nasib baiklah aku pun tak kerja sesibuk macam mereka. Kalau tak... sudah pasti aku pun jarang berada dalam rumah. Dengan Mak Lijah selalu aku luahkan perasaan.
?Oh Mak Lijah.. macam dah sihat sikit. Lagipun dah 3 hari Ieya terperap kat bilik tu. Rasa boring sangat. Nak pergi kerja.. semua tak kasi. So..boring sangat Ieya lepaklah kat sini.? Balas aku jujur.
?Cik Ieya nak minum... boleh mak Lijah buatkan...?
?Tak payah lah mak Lijah, ni ha ade mineral water Ieya bawakan tadi. Errmm.. mak Lijah marilah duduk sini temankan Ieya sekejap...? Pinta aku seakan merenggek.
?Jap..kerja mak Lijah belum siap lagi..nanti mak Lijah temankan cik Ieya ye...?
?Tak apa lah Mak Lijah kalau macam tu..terpaksalah Ieya cakap dengan pokok-pokok dengan ikan-ikan dalam kolam ni...? Aku seakan merajuk.
?Okey okeylah..apa lah cik Ieya ni. Ada ka nak cakap dengan pokok, dengan ikan-ikan...? Kami kemudiannya ketawa.
Aku sudah menganggap Mak Lijah seperti emak keduaku. Sejak kahwin Mak Lijah tidak dikurniakan anak. Jadi ayah mengambil Mak Lijah dan suaminya bekerja di rumah ini. Sudah hampir 29 tahun mak Lijah berada di rumah kami. Dari Abang Shahrul Huzaimi lahir sehinggalah aku lahir, di sinilah mereka tinggal.
?Mak Lijah.. boleh Ieya tanya mak Lijah sesuatu?? Aku memulakan bicara.
?Boleh?tanyalah, banyak pun tak apa?? Balas Mak Lijah sambil memerhatikan gerak laku aku waktu itu.
?Macam ni... Ieya tak kenal pun pemuda ni, tapi Ieya suka sangat dengan dia. Satu lagi nama dia pun Ieya tak tahu Mak Lijah!?

page 39 - sambungan


?Saya sendiri yang akan tahu.. dari mana..? Belum sempat aku habis berkata-kata aku terdengar suaranya memberi salam..
?Assalamualaikum...Insyaallah...?
Habis saja ayat tu, pemuda tadi akhirnya lenyap di sebalik kabus-kabus. Aku tercari-cari. Inginku memanggil namanya, tetapi aku aku tak tahu siapa namanya. Akhirnya aku mendah tangan sambil berdoa.
?Ya Allah, adakah ini orangnya yang akan menjadi jodohku? Kalau iya.. Kau berilah aku petunjuknya. Amin Ya Rabbil Alamin...?
Selesai aku mengaminkan doaku sendiri, aku terdengar sayup - sayup suara orang melaungkan azan. Akhirnya laungan itulah yang mengejutkan aku dari tidur. Rupanya aku bermimpi. Puas aku fikir apakah maksud mimpiku sebentar tadi.
Apabila teringat semula, aku bingkas bangun. Aku capai jam di meja solekku, oh..dah waktu subuh rupanya. Aku lantas mengambil tuala dan bergegas ke bilik air. Aku membersihkan diriku semahu-mahunya. Aku mengambil wuduk lalu mengerjakan solat. Selesai solat aku menadahkan tanganku sambil berdoa. Rasanya segala yang aku alami dalam mimpi sebentar tadi telah ku luahkan kepada Yang Maha Esa. Aku minta agar di beri petunjuk. Kalau betullah pemuda di dalam mimpiku tadi adalah jodohku... Kau perkenankanlah permintaan ku ini ya Allah. Engkau ketemukanlah aku dengannya di alam nyata. Amin Ya Rabbil Alamin....
Terasa lemah diri ini kemudiannya. Aku kembali ke katilku lantas tertidur semula dan akhirnya bila aku terjaga aku dapati diriku begitu lemah tak bermaya.
Sudah 3 hari tiada sesiapa pun yang menghubungiku. Mungkin mereka semua tidak mahu mengganggu waktu rehatku. Aku bersendirian di dalam bilikku. Malas untuk keluar. Makan tengahari tadi pun mak Lijah yang bawakan ke dalam bilikku. Aku cuba pergi mandi.. tapi tak jadi. sejuk sangat air aku rasakan. Aku berkira-kira untuk bersiar-siar di halaman rumahku.
?Eh!! Cik Ieya dah sihat ke?. Kenapa duduk diluar sorang-sorang??
Pertanyaan Mak Lijah membuatkan aku tersedar dari lamunan. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku sering bermenung. Kekadang aku memikirkan keadaan keluargaku. Memang kami mempunyai sebuah keluarga yang bahagia, tapi dalam kebahagiaan itu aku rasa seakan ada rasa terkilan. Mungkin sebab ayah aku terlalu sibuk dengan perniagaannya. Umi pula sibuk dengan persatuan dan kerja-kerja kebajikannya.

page 38 - sambungan


Mungkin sebab En Annuar dah tahu latar belakang diriku serta keluargaku? aku jadi macam ni. Seboleh-boleh aku sorokkan hal-hal keluargaku dari orang-orang di opis tapi dengan kedatangan En Annuar ke rumahku tempoh hari, membuatkan aku malas nak berjumpa dengan mereka semua. Aku takut mereka bercakap-cakap di belakang aku. Mengata itu ini tentang diri ku, tentang keluarga ku.
Bila aku fikir semula, takj ada pun siapa-siapa yang memandang semacam denganku selepas hari tu. Baguslah kalau En Annuar tidak membocorkan rahsia ku. Kita tunggu lagi lepas ni. Bisikku sendiri.
Teringat aku kepada H. Kenapa selepas malam itu, H langsung tidak menghubungiku. Adakah dia marah denganku. Eh..sepatutnya akulah yang perlu ada rasa marah kat dia. Dia yang memungkiri janjinya malam tu, bukan aku. Sampai termimpi - mimpi aku dibuatnya mamat ini.
Aku mimpi aku jumpa seseorang di sebuah tempat yang sungguh indah. Berlatar belakangkan air terjun. Aku duduk di atas sebiji batu yang besar permukaannya. Sambil terkena percikan-percikan air yang mengalir jatuh dari celah-celah batu. Aku berpakaian serba putih. Ayu bertudung. Manis kelihatan raut wajahku. Sambil menantikan seseorang. Tiba-tiba muncul seorang teruna entah dari mana. Berpakaian serba putih laksana seorang putera kayangan. Berbaju melayu tanpa sampin, Berketayap putih.. sungguh alim. Tampan wajahnya tak dapat ku bayangkan. Bercahaya kulihat anak-anak matanya. Manis senyuman yang dihulurkan. Memang asyik ketika memandangnya.
?Assalamualaikum. Dah lama Sarah Aliya tunggu saya. Maaf di atas kelambatan ini.? Wah rasa nak luruh jantungku tika itu.
?Waalaikumsalam.. tak lah lama sangat. Baru je Sara duduk di sini.? Balas aku sambil tersenyum pada pemuda itu.
?Alhamdulillah..syukur. Akhirnya dapat juga saya melihat wajah Sara memakai pakaian sebegini. Wajah Sara sangat manis bertudung begini.? Balas pemuda itu.
?Alhamdulillah..? Singkat aku membalasnya.
?Boleh saya tahu nama saudara?? Aku ingin memulakan perbualan.
?Saudari Sarah Aliya tak perlu risau, nanti saudari sendiri yang akan mengetahuinya...? Masih manis senyumannya.

page 37 - sambungan


?Ummm...? Aku menjawab perlahan.
?Ha!! Abang dah call Pak Syed Ieya tu, dia kata ok. Take care. Dia kata dia pun sakit rindu kat Ieya?? Abang Harith mengusik lagi.
?Jom umi?? Akhirnya kelibat umi dan Abang Harith hilang dari pandanganku.
?Mak Lijah, Ieya tak mampu nak suap sendiri lah. Macam mana Ieya nak makan?? Jujur kata-kataku.
?Tak apa, mari mak Lijah suapkan. Macam la cik Ieya tak biasa. Dulu masa kecik-kecik Mak Lijah juga yang suapkan Ieya?? Tersenyum Mak Lijah menyuapkan sesudu demi sesudu bubur nasi kemulutku.
?Lama sangat dah cik Ieya tak demam macam ni. Cik Ieya kalau dah sakit, memang lambat baik. Kekadang tu memakan masa seminggu.? Mak Lijah memulakan perbualan.
?Iyalah Mak Lijah, betul tu. Last Ieya sakit tahun lepas masa Ieya nak konvo kan Mak Lijah. pot pet pot pet..? Balas aku.
?Cik Ieya ni kan? dalam sakit pun banyak cakap ya..? Sambil kedua-dua kami ketawa??
?Dah habis makan ni bolehlah makan ubat.? Beritahu Mak Lijah kepadaku.
?Tak pe mak Lijah nanti Ieya makan sendiri.? Aku pun ambillah ubat yang Abang Harith kasi tadi dan pahitnya...tapi terpaksa ku telan juga.
Seharian aku duduk di dalam bilik. Sekejap aku baring, sekejap aku pejamkan mata, namun tak berhasil untuk tidur. Aku minum seteguk dua air suam. Lega sikit tekakku yang perit ini. Aku buka radio, tapi lagu-lagu yang berkumandang seperti tak selera aku nak dengar. Aku bingkas bangun pasang cd lagu-lagu Mawi.
Kali ni aku rasa sebak pun ada. Entah kenapa. Aku sendiri tak tahu. Aku cuba mengingatkan kembali. Tetapi otak aku terasa penat sangat. Terpandang aku ke arah satu cahaya. Rupanya itu adalah balikkan cahaya ke atas rantai tangan cristal yang dihadiahkan oleh En Annuar sewaktu hari lahir aku. Sudah seminggu kuletakkan hadiah itu di atas meja solekku tanpa memakainya. Bukan aku tak sudi memakainya, tapi aku rasa seakan hilang mood aku nak pakai gelang tu.

page 36 - sambungan


?Ya Allah, cik Ieya, kenapa ni....? Aku dah terjelepuk di tepi meja solekku.
?Mari.. Mak Lijah angkat, cik Ieya boleh bangun tak?? Sambil memapah aku ke katilku semula. ?Panas badan cik Ieya. Nanti Mak Lijah panggilkan En Harith.?
Mujurlah masa tu Abang Harith belum pergi kerja lagi. Mak Lijah pun keluar meninggalkan aku sorang-sorang kat dalam bilikku sendiri. 10 minit kemudian Abang Harith dan umi masuk kebilikku. Umi menghampiriku sambil meletakkan tapak tangannya kedahi ku.
?Panas, Ieya tak sihat ni... Bila jadinya..? Umi bersuara sambil menarik aku kedakapannya. Abang Harith sudah menggambil suhu badanku.
?Umm..demam ni... 104 darjah celcius. Memang demam ni umi. Tak pe nanti abang kasi ubat. Tapi make sure Ieya makan tau!!?
Sambil tersenyum kepadaku Abang Harith kemudiannya memberi isyarat call ke telinganya. Aku hanya mampu melihat sahaja. Nak cakap dah tak larat sangat.
?Nanti Mak Lijah bawakan bubur, Ieya makan tau, pas tu makan ubat?? Balas umi semula.
?Tak payah kerja ke hari ni?? Aku bertanya sambil berusaha untuk bangun.
?Hai, sakit macam ni pun nak kerja lagi. Dah tak sabar nak jumpa Pak Syed lah tu?.? Balas Abang Harith sambil mengeyitkan matanya kepadaku.
?MC je hari ni?. Kurang-kurangpun 2 hari, tak pe nanti abang inform bos Ieya. Kata Ieya sakit rindu..hehehe?.?
?Ish.. kamu ni, sempat lagi kamu usik Ieya. Tak nampak ke adik kamu ni sakit. Kesitu pulak?? Marah umi sambil menepuk nepuk belakang abang Harith.
?Ha.. Mak Lijah dah bawakan bubur nasi tu, makan ye. Umi ada meeting pagi ni, nanti terlambat pulak umi. Tu ha Pak Bahrin dah lama tunggu tu. Umi pergi dulu ye. Nanti kalau sempat lunch umi balik kejap...? Umi mencium dahiku yang panas. Ada setitik dua air mataku bergenang di kelopak mata.

page 35 - sambungan


Memang aku suka hadiah ni, lagipun aku yang pilih sendiri. Termakbul jugak hajat aku nak pakai rantai tangan cristal macam ni. Aku belek warna-warna yang terdapat pada bola-bola crystal tersebut. Ada hijau, kuning, purple dan biru laut. Memang cantik. Terima kasih .. Pak Syed.. Akhirnya aku tergelak sorang-sorang.
Malam ni nak kata aku happy, happy jugak. Nak kata sedih pun ada jugak. Entah... sayu saja aku rasa. Tambahan pulak kat corong radio sedang berkumandang lagu penyanyi kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan Mawi. Aku sama-sama mengikut lirik-lirik lagu yang berkumandang..
?Kekasih.. ku melutut di pintumu, tak daya menantinya hingga terbuka , ku ingin melihatmu kali terakhir, dan mendengar kata sanubarimu, biarpun pahitnya ku telan jua, kebenaran kan meredakan gelora...
Aku tak sanggup meneruskan hidup diawang awangan, aku tak sanggup melihatmu dimiliki insan lain, sedang hatimu hanya padaku, Jika ia hanya padaku...?
Sehingga bait bait ini, akhirnya aku tertidur. Tidur dengan di sulami mimpi-mimpi indah. Alangkah indahnya bila aku berduet nyanyi lagu ni dengan MAWI.. hehehe.. mimpi saja tau, jangan marah aaa..
Hari ni entah kenapa badan aku lemah sangat. Nak kata tak dapat tidur, nyenyak pulak. Tambahan ada mimpi-mimpi indah lagi. Kepala aku rasa berat sangat. Aku letakkan jari jemariku di dahi, panas. Eh!! bila masa pulak aku demam ni? Tak puas hati.. aku letakkan belakang tapak tanganku ke leher. Memang panas. Aku cuba mengeluarkan suaraku, ternyata serak.

Aku cuba bangun namun gagal. Aku gagahkan juga, akhirnya perlahan-lahan aku bangun lalu duduk di birai katil. Kedua belah kakiku kebas-kebas begitu juga dengan kedua-dua belah tangan ku ini. Terasa lemah sangat. Aku cuba menjerit memanggil Mak Lijah, tapi suaraku tersekat sekat. Ku cuba dail no. intercom di bawah, Alhamdulillah berhasil.
?Mak Lijah, Ieya ni. Tolong naik!!? Pintaku menggigil.
?Baik cik Ieya...? Tak sampai 5 minit, muncullah Mak Lijah di dalam bilikku.

page 34 - sambungan


?Ha!! Ieya, ni ha bos Ieya dah nak balik. Tak nak jumpa ke??
Usik Abang Harith sambil menghantar En Annuar keluar. Aku hanya mengikut dari belakang. Entah seakan rasa malas sangat nak tengok muka pak syed nie. Rasa macam .. entah tak taulah nak cakap macam mana.
?Sara, saya balik dulu ye... Jumpa lagi esok. Assalamualaikum...? Kemudian En Annuar berlalu pergi sambil sempat lagi dia melambaikan tangannya kepada ku. Aku hanya tersenyum.
?Ha Ieya... ape lagi yang kamu tercegat kat luar tu. Tak nak masuk ke? Dia dah pergi pun. Tulah masa orang tu ade buat tak tau, bila orang tu dah pergi baru terasa rindunye..? Usik abang Zaimi dari dalam.
?Ehhh.. Ieya bukan ingat kan Pak Syed tu lah....? Aku sambil mencebik-cebik mulut ke arah abang Zaimi. Pintu aku tutup rapat serapatnya.
Aku menuju ke dapur untuk minum. Sesekali aku memandang ke skrin handphone aku. Kenapa H tak nak jumpa aku? Sedangkan dialah yang beriya iya sangat dari siang tadi. Kenapa? Persoalan ini akhirnya mengganggu malam ku.
Perlahan kupijak anak tangga satu persatu. Siapa H tidak lekang dari kotak fikirku. Aku merebahkan badanku ke katil yang beralaskan tilam vono. Hehehe bukan nak promote ye. Dan kupandang lagi skrin di handphoneku. Aku berkira kira untuk membalas mesej dari H tadi. Tapi aku rasa malu. Takut kalau kalau H sudah tak sudi berkawan denganku.
Entah mengapa tiba-tiba hati ini begitu merindui H walaupun tidak ku tahu siapa orangnya. Baru aku teringat sesuatu. Tadi Pak Syed ada memberiku hadiah. Aku bingkas bangun mengambil beg tangan lalu cepat-cepat aku mengoyak pembalut hadiah tersebut. Memang tak ku sangka rupanya hadiah yang aku pilih petang tadi adalah untuk diriku sendiri.
Aku termenung sebentar. Memang aku tak dapat menggagak apa-apa. Mungkin En Annuar sebenarnya tak tahu yang Abang Harith menjemputnya untuk birtday party aku. Kalau dia tahu takkan dia minta aku sendiri yang pilih. Ataupun memang Abang Harith sudah berpakat dengan Pak Syed ni. Entahlah. Kompius kompius. Lagipun Abang Harith aku ni bukannya boleh di percayai sangat. Ada saja benda yang kita tak tau yang dia akan lakukan demi kepuasan dirinya sendiri. Ha itulah perangai abangku Harith.

page 33 - sambungan


?Umi..Ieya sayang umi.? Itu yang aku mampu buat masa ini.
?Umiiiiii..? Aku terjerit kecil. Ieya ada temu janji dengan kawan lama. Dah hampir pukul 10.00 dah ni. Ieya nak tunggu di luar..takut kalau-kalau dia tak nampak Ieya.? Gelabah aku dibuatnya si jejaka misteri H ni.
Aku kemudian mengambil handphone yang aku tinggalkan di atas meja di dalam bilikku. Aku cuba untuk menalipon H.. namun terbantut bila mana aku terlihat ada mesej yang belum aku baca.
(Mesej 1) Assalamualaikum..Sara. H minta maaf kerana terpaksa mungkir janji untuk berjumpa dengan Sara malam nie. H minta maaf banyak-banyak. Bukan maksud H untuk mempermainkan perasaan Sara. H bukan takut, tapi H terpaksa batalkan perjumpaan ini. Mungkin di lain masa siapa tahu, kita pasti akan bersua juga. Kerana H yakin, Sara telah dijanjikan untuk hidup bersama dengan H. Itu H pasti. Insyaallah kalau Tuhan izinkan.....?
(Mesej 2) ...Sara..H pasti malam ni Sara kelihatan sangat cantik. dan H juga tahu Sara tak sabar nak bersuamuka dengan H. Itulah H dah katakan tadi, kalau ade jodoh, tak kemana. Sekali lagi H ingin luahkan apa yang H rasakan malam ini. ?H benar-benar jatuh hati padamu sayang?. Wassalam.
Terharunya hati aku sungguh tak terkata. Penat saja aku siap lawa-lawa, tup tup tak jadi, cancel. Lahai.. orang lain yang aku tunggu..orang lain pulak yang aku jumpa. Nak marah pun tak boleh sebab En Annuar akhirnya dah tahu siapa aku, siapa keluarga aku dan kedudukan aku yang sebenarnya. Dalam pada itu aku berdoa?
?Ya Allah janganlah disebabkan kedudukan kelaurgaku yang sebegini yang membuatkan En Annuar memilih aku menjadi kekasihnya...Amin..?
Tok tok tok.. terdengar bunyi ketukan pada pintu bilikku.
?Cik Ieya, cik Ieya, En Harith panggil, katanya tetamu hendak pulang. En Harith minta cik Ieya turun sekarang!!? Jerit Mak Lijah dari luar.
?Aa.. iya iya..nanti Ieya keluar ye mak Lijah?.? Jerit aku kembali.
Lahai nak balik tu balik je lah. Takkan nak kena aku pulak yang hantarkan kat luar, mengada-ngada betullah Pak Syed ni. Sambil muncung mulut aku turun jugak kebawah. Aku lihat En Annuar sedang bersalaman dengan ayah, abang Zaimi dan abang Harith. Umi hanya tersenyum riang. Aku lihat keluargaku begitu senang dengan En Annuar. Entah ilmu apa yang Pak Syed ni pakai, akupun tak tahu.

page 32 - sambungan


?Ieya..kenapa Ieya gelabah je ni? Malu dengan kawan abang ke...? Usik abang Harith bila dia tengok keadaan aku waktu ini.
?Kan Ieya dah kenal dia, kenapa nak malu lagi?? Usik abang Zaimi pulak.
Umi dan ayah hanya tersenyum memandang.
?Dah..dah.. Mari makan..? Pelawa ayah membuatkan aku terpaku seketika.
Dalam asyik makan, En Annuar kembali bersuara. ?Uncle, auntie, bertuah uncle dan auntie ada anak perempuan macam Sara ni. Baik, peramah, rajin bekerja pulak tu, saya pun rasa bertuah coz dapat staff macam dia.? Sambung makan.
?Iye ke? O... Inilah Pak Syed yang Ieya selalu cerita pada umi. Alhamdulillah.. Ieya memang macam tu perangainye....? Sambung umi lagi.
Penjelasan umi membuatkan aku rasa malu nak bertentangan dengan En Annuar. Lagipun memang kami duduk bertentangan pun. Ada ka umi sebut Pak Syed. Kantoi la kalau macam ni.
?Hai..lain macam je bunyinya Mie, apa kau dah terpikat kat adik aku ke??
Balas pulak abang Harith aku.
?Kalau kau dah terpikat, apa lagi, Ieya pun bukannya ada siapa-siapa yang punya. Single mingle lagi. Tapi kau kenalah sound baik-baik kat ayah aku dulu...? Sambil ketawa abang aku mengeyitkan matanya pada aku. Ya Allah, nak saja aku tutup mulut abang Harith yang celupar tu. En Annuar sekadar tersenyum. Senyuman yang aku tahu maknanya.
?La!! Abang ni, tak de maknanya Ieya nak couple dengan En Annuar ni... Lagipun siapa tau isi hatinya yang sebenar.?
Sambil aku mengerling manja kepada En Annuar. Gatal jugak aku ni kan? Malu-malu kucing konon.
?Eh... dari tadi umi nak tanya, lupa pulak. Ni yang Ieya pakai baju kebaya bagai ni, Ieya nak ke mana? Cantik umi tengok, ayu sungguh wajah anak umi bertudung. Alhamdulillah termakbul jugak doa-doa umi selama ini...? Sambil menitiskan airmata umiku sekali lagi memelukku erat.

page 31 - sambungan


Entahlah.. Aku memang dah hafal semua lagu-lagu mamat ni. Pada aku? ada keinsafan pada setiap bait-bait pengucapannya. Bukan bodek tau. Kenyataan.
Elok sampai saja aku kat tangga last, Plup? lampu terpasang. Siap ada sound speaker lagi kat tepi aku... aku pulak apa lagi siap dengan bukak pencak silat, silat gayung, silat harimau entah apa pesen lagipun aku tak tau dah. Terkejut woo.. nasib baik tak ada lemah jantung. Kalau tak memang ayah dengan umi aku siap nangis dah tadi.
?Allah selamat kan kamu? Allah selamatkan kamu?. Allah selamatkan Sarah Aliya?. Allah selamatkan kamu?.?
Semua family aku menyanyi dan termasuklah seorang mamat ni. Aku pejam celik mataku kalau-kalau mata aku ni salah cam orang. Lagi aku celik lagilah aku kenal sangat dengan mamat sorang ni. Mamat ni pulak asyik tersengih-sengih saja tengok aku.
?La!! En Annuar buat ape datang sini??
Selamba saja aku sound bos aku ni. Dia yang termalu, selamba pulak cakap aku cantik. Nasib baik dia puji aku waktu tu, kalau tak rasanya macam nak lari saja nyorok kat belakang pintu. Hehehe..terkejut lah katakan.
?Ieya sayang? umi sayangkan Ieya tau?? Lalu umiku mencium pipiku kiri kanan. Aku kemudian membalas ciuman umi semula. Aku peluk umi erat-erat seakan tak mahu kulepaskan.
?Ieya don?t be so emotional..?
Tiba-tiba ayah pulak menarik aku kedalam pelukannya. Apalagi aku pun terus meraung sekuat kuat hatiku. Dah tak rasa malu lagi dah. Kemudian aku lihat Mak Lijah membawa sebiji kek yang sederhana besarnya. Kami pun berlalu ke ruang tamu untuk upacara memotong kek. Aku lihat tulisan yang tertera pada kek SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.. DARI KAMI : Umi,ayah,abang Zaimi & abang Harith.. semoga segala yg diimpikan terlaksana.. amin.
Terharunya aku waktu itu. Ada setitis dua air mata bergenang di kelopak mata ini. Tiba-tiba En Annuar menghulurkan sesuatu. Kotak hadiah. Aku pun mengambil kotak kecil tersebut lalu aku simpan di dalam beg tangan tadi. Kini baru aku teringat H. Jam sudahpun menunjukkan pukul 9.00 malam. Aku gelabah tak menentu.

page 30 - sambungan


?Uik..Ieya ke tu.. apa Ieya buat gelap-gelap ni.? Terdengar satu suara.
Dengan terperanjat beruknya aku.. aku pun melatah dah. Entah apa yang aku katapun aku tak tau. Yang pasti aku dah penat ni asyik melatah saja.
?Ieya ni Mak Lijah lah.? Balas Mak Lijah kemudian. Ada terdengar suara-suara ketawa.
?Oh mak Lijah, Ieya ingatkan siapa, la apehal gelap sangat ni. Tak de letrik ke? Ape? ayah tak bayar bill letrik ke mak Lijah dan pot pet pot pet..?
?Entahlah cik Ieya, mak Lijah pun kurang pasti.?
Aku pun tercangak-cangaklah masuk kedalam bilikku lagak seorang pencuri nak curi barang orang. Tau tak pe. Aku menuju ke bilik mandi, nak mandi le.. kan tadi dah merayap dengan bos aku Pak Syed tu. Tapi macam malas saja..... sebab bau perfume dia masih melekat kat badan aku.. hehehe jangan jelous.
Ah!! Malasnya....? Akhirnya aku mandi jugak tapi tak lama coz sejuk beb.
Aku pun bersiap cantik-cantik la.. Iyalah kan.. nak jumpa jejaka misteri yang bernama H. Aku bersiap ni pun guna lilin tau. Entahlah .. nasib baik semua baju aku dah diironkan siap-siap. So tak payah lah aku susah payah lagi.
Kali ini aku pakai baju kebaya pendek tapi melepasi puggung la. Warna Hijau pucuk pisang bunga kuning-kuning air. Cantik. Tudung pulak warna seakan hijau-hijau jugaklah kan. Aku cuba pakai tudung ala-ala Bienda gitu, tapi nampak leher lah pulak. So aku tukar stail lagi. Kali ni stail Waheda. Boleh tahan cantiknya aku malam ni. Aku sembur celet sikit gincu di bibir, pakai eyeshadow, pastu bubuh blusher sikit.. Last sekali aku rapikan keningku yang agak tebal ni dengan eyepencil. Memang tunggang terbalik cara aku pakai makeup ni, maklum lah baru first time nak melawa macam ni. Dalam pada tu..berdegup kencang sebenarnya jantung aku ni.
Dah siap alakadar, aku ambil handbag yang baru aku beli masa aku dapat gaji haritu. Padan!!. Kataku dalam hati walaupun samar saja aku nampak waktu tu. Sambil menyanyi lagi.. kali ni tajuknya lain pulak..Perempuan masih nyanyian Mawi.

page 29 - sambungan


?Nah..saya pilih yang ni. Memang cantik... rantai tangan cristal...? Ok kan.
Aku memang teringin sangat nak pakai rantai tangan cristal macam tu. Tapi aku tak mampu nak beli. Eh!! Bukan tak mampu, tapi aku nak sangat kalau ada seseorang yang special yang kasi aku benda tu. Baru ada feeling.
?Eh!! Awak sengih-sengih sorang macam ni kenapa? Ada yang mencuit hati ke?? Rupanya En Annuar dari tadi memerhatikan gerak laku aku.
?Hehehe? Aku balas dengan ketawa.
?Ok.. Saya dah bayar, jom balik! Nanti tak sempat pulak saya nak pergi rumah member lama saya tu.? Sambil menarik tanganku kami terkocoh-kocoh keluar.

Setibanya kami dipersimpangan jalan..
?Sarah Aliya!! Thanks coz temankan saya. Kenangan hari ini takkan saya lupa seumur hidup saya. Thank you dear?? Cewah..kembang tengkuk aku dibuatnya kata-kata Pak Syed ni.
?Sama-sama, tak de hal punya. Nak minta tolong saya? anytime kalau saya free..hehehe..? Itu saja yang aku cakap. Syahdu jugak bila tengok rupa En Annuar. Bertuahnya aku..
Setibanya aku di halaman rumah. Aku lihat suasana rumahku begitu sunyi. Gelap saja nampaknya. Selalunya diwaktu macam ni ceria saja suasananya. Malas aku nak pikir dah. Mana nak pikir permintaan En Annuar siang tadi. Nak pikir pelawaan H nak jumpa aku malam ni. Macam-macam. Lemah aku menuju ke muka pintu.
La... apa pasal malap je lampu kat dalam rumah aku ni? Tak bayar bil letrik ke? Pikir lagi. Aku berjalan sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu Aduh Saliha..lagu Mawilah kan.. Kan aku peminat nombor satu dia... menaiki satu-satu anak tangga menuju ke arah bilikku. Sunyi saja aku rasa waktu ni. Tiba - tiba aku terlihat kelibat orang. Kecut perut aku dibuat makhluk tu.

page 28 - sambungan


tit..tit.. Iya la. Tak sabar nak tengok bidadari saya ni. Makin manis lepas pakai tudung. Bertambah ayu...
Kami pun bermesej lama. Tersengih sorang-sorang aku baca mesej H.
?Ha! Mesej dengan siapa tu? Jom...?
Dia tarik tangan aku. Belum sempat aku nak balas mesej H. Kacau daun betul la dia ni. Aku tarik balik tangan aku. Malu aku kat officemates aku. Namun pegangan En Annuar bertambah kejap.
?Tak payah tarik. Dah ada orang nak... Tak payah nak malu. Lagipun saya yang pegang. Bukan awak....?
Aku angkat kepala. Memang dah tak ada orang dah. Aku tak sedar bila diorang balik.
Dalam perjalanan aku banyak diam saja. Termenung. Gabra pun ada jugak. Nak jumpa H kan malam ni. Nak pakai apa ya. H suka aku pakai macam mana? Bla....bla..bla... aku berfikir sendirian.
?Sarah Aliya? boleh awak temankan saya ke suatu tempat??
?Hem? nak kemana. Apa nama tempat tu??
?Ni ha? saya ada jemputan majlis hari lahir adik kawan saya malam ni.. so saya kenalah belikan hadiah untuk birthday girl tu.. tapi saya tak tahu nak beli apa? minta tolong awak yang pilih..boleh??
Panjang lebar En Annuar terang kepada aku. Dalam hati aku..bestnya adik kawan Pak Syed ni.. Untung dia dapat hadiah dari Pak Syed?
?Sara.. saya nak awak tolong pilihkan hadiah-hadiah kat sini. Saya tak pandailah nak pilih. Lagipun saya tak biasa bagi-bagi hadiah kat orang ni.? Dalam hati aku patutlah bawak aku.
?En Annuar, nak kasi hadiah ni kat lelaki ke perempuan?? Aku bertanya ragu-ragu.
?Birthday girl.. tentulah perempuan.. Sara pilihkan ye.?
Aku pun sebenarnya tak tau nak pilih yang mana satu. Semuanya cantik-cantik belaka. Aku pejam mata kemudian aku celik semula. Apa yang aku nampak bila aku buka mata itulah yang aku pilih. Hehehe macamlah hadiah itu untuk aku.

page 27 - sambungan


Aku buat bodoh saja. Aku tak buat kerja pun. Aku baca majalah yang aku beli time rehat tadi. Aku nampak Pak Syed tu makin dekat kat aku.
?Buatkan saya kopi satu ye....? Terus dia blah. Tapi dia datang balik kat aku. Kali ni lebih dekat dengan aku sampai aku dapat bau perfume dia.
?Awak punya jelingan tu buat saya tak dapat tidur malam la sayang... dan buat saya bertambah saayangggg kat awak tau....? Dia berbisik kat telinga aku. Dan kemudiannya secepat kilat dia berlalu dari aku...
Aku angkat kepala. Muncung mulut aku. Lama-lama muncung bertukar leper. Yang ada hanya senyum. Aku rasa macam nak melompat saja. Yahooo!!!! gatai!
Aku buat air yang paling best kat dia. Hati dah berbunga-bunga. Aku rasa macam ada taman bunga dalam perut aku ni. Kupu-kupu terbang. Bunga pulak berkembangan. Aku masuk dalam bilik dia sambil tersengih-sengih.. gembira... hihihi....
?Dah tak marah ke? Macam ni la buat saya tambah sayang ni...?
Terus mati senyuman aku. Malunya Tuhan saja yang tahu. Lepas tu aku terus keluar. Nak balik.
?Saya hantar awak balik... Tunggu saya kejap tau. Give me 30 minutes??
?Tak payah la bos. Saya nak balik dengan bas... 30 minit tu lambat lagilah...?
?Saya hantar..tunggu je saya..?
Terus dia buat kerja dia balik. Nak tak nak aku tunggu jugak dia. Aku sambung balik study. Study majalah la.
tit..tit... ada mesej...
Hai..sayang. buat ape tu? Jangan lupa ye malam ni saya ambik awak tau. Kita keluar ye. Nak raikan hari jadi awak. Awak nak hadiah ape?
Aku pun balas semula sms dari H.
Terima kasih sebab ingat birthday saya. Tak payah hadiah la. Cukup awak ingat dah la. Sungguh ke awak nak jumpa saya?

page 26 - sambungan


Yang si H pulak aku suka jugak. Kadang-kadang kalau sehari tak dapat mesej dari dia, aku rasa macam something saja. Macam hilang benda. Rindu kot? Entah la. Tapi dengan dia pun susah jugak. Aku tak kenal langsung... Macam mana aku nak buat ni. Si H nak jumpa aku pulak malam ni. Kacau..kacau... ni yang buat jiwa kacau ni.
Elok-elok aku tengah siap nak balik...
?Hah!! Sarah Aliya! Buat apa tu??
?O..Mak kau! Mak kau tergolek!?
Terkejut beruk aku. Habis terpelanting fail-fail yang aku tengah pegang tu. Berterabur kat lantai. Aku angkat kepala. Pak Syed ni lagi. Aku ketuk kepala kang. Buat orang terkejut saja. Aku menyumpah dalam hati. Geram aku. Dia tersengih saja. Aku bagi kat dia jelingan maut punya. Terus aku tunduk nak ambik fail balik... tetiba saja ada tangan gatal yang pegang tangan aku. Aku tarik tangan aku balik.
?Apa pegang-pegang ni? Menyampah betul. Kalau orang ada sakit jantung boleh kojol terus tau. Perangai tak pernahnya nak berubah.... Pot..pet...pot...pet?
Aku mengomel tak henti-henti. Geram tahap gaban dah ni. Dah la tengah jiwa kacau ni. Pak Syed ni pulak buat macam tu. Bertambah angin satu badan aku. Nasib baik badan tak kembang-kembang walaupun angin naik banyak ni.
?Ala... jangan la marah sayang. Saya suka usik awak. Awak la penawar hidup saya tau... Awak la jantung pisang saya tau.? En Annuar tersengih kerang busuk.
Huh! Menyampah! Aku terus bangun. Kira nak balik dah... padahal baru pukul 4.50 pm. Aku habis kerja pukul 5.00 pm.
?Hah! Nak ke mana tu? Time balik tak sampai lagi... Amboi!!! Nak curi tulang ye.....?
Giliran dia pulak membebel. Aku jeling lagi kat dia. Aku rasa mata aku ni nak naik juling dah sebab dok jeling kat dia saja. Aku duduk balik. Geramnya....
?Ha!!.... Macam tu la... pekerja contoh.?

page 25 - sambungan


?En Annuar, saya ok.? Itu saja yang aku mampu cakap. Tiba-tiba handphone En Anuar berbunyi.
?Opss maafkan Sara...? Dan akupun berlalu dari biliknya.
Aku bekerja seperti biasa, cuma aku rasa kekok sedikit sebab ramai yang memandangku sambil tersenyum. Aku balas semua senyuman yang diberi.
Tritt..tritt..tritt.. Aku terima sms dari H.
Salam Hari Lahir, sayangku Sarah Aliya. Jangan sedih kerana itu akan merosakkan penampilanmu yang baru. H doakan agar Sara beroleh kesejahteraan dan kegembiraan.Salam sayang dari H.
Terima kasih.. kataku dalam hati. Tapi macam mana H boleh tahu perubahan diriku. Macam mana dia tahu hari ni hari lahir aku. Pelik. Siapakah H yang sebenarnya.
Belum sempat aku membalas kiriman H tadi, handphone aku tiba-tiba berbunyi. Belum sempat aku berkata apa-apa terdengar suara di talian. Suara H.
?Assalamualaikum Sara, maaf H mengganggu. Boleh H jumpa Sara malam ni? Ada perkara mustahak yang hendak saya bincangkan dengan Sara. Saya berharap sangat-sangat agar Sara tidak menolak permintaa saya ini. Saya jemput Sara malam ni.?... Terdiam
?Macam mana Sara nak kenal awak, sedangkan Sara tak tahu rupa awak macam mana.?
?Sara tak perlu risau, saya datang jemput Sara malam ni di rumah keluarga Sara.? Akhirnya talian diputuskan.
?Halloo..halloo..?. Aku bingung. Siapa dia, siapa?
Sepanjang hari aku tak menentu. Gelabah semacam je. Iya la.. dengan Pak Syed nya lagi, dengan si H nya lagi. Pening aku. Memang la Pak Syed tu aku suka. Tapi dia tu... tahap dia tu atas sangat. Tak sampai tangan aku nak capai dia. Aku takut aku ni tak boleh masuk dengan lifestyle dia nanti. Memang la aku ni kira bertuah sebab hidup dalam serba kemewahan, tapi aku tak suka macam tu. Aku suka sederhana saja. Siapa la aku ni nak bergandingan dengan dia kan?

page 24 - sambungan


Kenapa semua tak ingat hari ini hari lahir aku ha? Mak Lijah pun sama seakan lupa...
?Ah!! Tak apalah Mak Lijah. Ieya pun tak ada selera nak sarapan dah. Ieya makan kat opis lah mak Lijah.? Aku pun berlalu ke luar.
Di opis
?Sarah Aliya ke ni??
Sambil mengambil document di meja Kak Munah, En Annuar menegurku. Aku hanya tersenyum sekadar yang termampu. Walaupun hari ini merupakan hari bersejarah buatku, tapi hatiku sedih kerana family aku tak seorang pun mengucapkan Selamat Hari Lahir untukku. Kenapa? Entah.. persoalan itu tak dapat ku jawab.
?En Annuar boleh saya jumpe encik sekejap.? Perlahan aku keluarkan suaraku.
?Boleh.. come..come.. jom masuk bilik saya.?
Secepat kilat En Annuar menarik tangan aku menuju ke biliknya. Aku secepat itu juga menarik tangan ku kembali. Aku malu dengan rakan sepejabat.
?Sara.. awak cantik hari ni. Dah lama saya idamkan seorang perempuan yang secantik awak. Tambahan bila awak memakai tudung. Sejuk hati saya memandang awak tau??
Kemudian En Annuar menyambung kata-katanya kembali.
?Saya tau awak minat sangat dengan penyanyi Asmawi Ani ..upss Mawi. So saya harap awak pakai tudung ni bukan disebabkan dia ye. Pernah saya dengar statement Mawi? yang dia suka wanita yang memakai tudung?.?
Mungkin En Annuar bertujuan untuk mengusik aku, tapi hati aku sedih. Teramat sedih. Entah tanpa kusedari akhirnya terjatuh jua setitik dua air mataku di depan En Annuar.
?Kenapa Sara? Kenapa awak menangis? Maafkan saya kalau kata-kata saya tadi menyakitkan hati Sara.? Gelabah jugak Pak Syed ni rupanya.

page 23 - sambungan


?Dah sampai? Inikan kedai runcit..betulke awak nak turun kat sini. Tak mau saya hantarkan?? Terpinga-pinga En Annuar menjenguk ke luar.
?Aaa saya nak beli barang sikit.? Jawab aku pendek.
Sebenarnya aku dah tak mampu lagi duduk dalam kereta bos aku. Rasa malu sesangatnya. Belum pernah aku malu macam ni tau.
La..kat mana ni!! Tak pe?nanti call Abang Zaimi.. Kemudian aku mendail no. abang Shahrul Huzaimi.
Hari ni genap usiaku 25 tahun. Dah tua rasanya diri ini. Tapi boyfriend seorang pun tak ada. Apalah nasib aku. Nak kata rupa aku tak lawa tak jugak, cun sangat. Nak tau rupa aku macam siapa? Hahaha.. macam Amy Mastura. Lahai perasan pulak aku.
Biasanya hari-hari penting macam ni satu family aku kelam kabut akan buat birthday party. Tak pun akan buat kenduri kesyukuran. Tapi kenapa hari ni aku tengok tak ada apa pun.. Macam hari-hari biasa je.
Hari ni jugak aku telah membuat satu perubahan yang besar dalam diriku. Aku mengambil baju kurung warna merah hati berbunga matahari kecil dan aku menyarung ke badanku. Kemudian aku mengambil sehelai tudung berwarna seakan-akan warna bunga.. kuning-kuning cair. Ku letak di kepalaku.
Lama jugak aku membetul-betulkan kain tudung, akhirnya aku berjaya. Aku memandang semula ke cermin di meja solekku. Ermm cantik... Puji diri sendiri. Memang dah lama aku ingin memakai tudung, tapi aku belum bersedia kearah itu. Hari ini aku nekad untuk mengubah seluruh cara pemakaian ku.
Lemah gemalai aku menuruni anak-anak tangga menuju ke dapur rumahku. Tiada siapa pun di dapur. Ku lihat jam di tangan, baru pukul 7.30 pagi. Biasanya ahli kelurgaku akan berkumpul disini untuk bersarapan. Pelik.
?Mak Lijah.. mana semua orang?? Tanyaku hairan.
?Cik Ieya.. datin dan dato? dah keluar pagi-pagi lagi. En Zaimi dan En Harith pun dah keluar awal. Mereka cakap ada appointment untuk sarapan.? Penjelasan Mak Lijah membuatkan aku terdiam berfikir.

page 22 - sambungan

Dalam perjalanan pulang aku rasa macam lama sangat. Tiba-tiba aku baru teringat rumah aku. Mana aku nak suruh dia turunkan aku.
?Sara!! Awak tinggal di mana, sumpah saya nak hantar ni.? Lahai siap sumpah-sumpah lagi ni.
?Err..tinggal..tinggal kat rumah umi le.? Tak tau nak cari idea rumah siapa.
?Ha...? Aku menjerit.. Baru aku teringat rumah kawan umi...
?Aa..alamat rumah No 2 B .. Kelana Jaya. Boleh ke??
?Ohh..dekat dengan rumah saya lah ye!!.?
Sebenarnya aku kurang pasti rumah Mak Cik Shikin ni, lahai jangan kantoi dah le.
?Sara.. boleh saya tanya awak sesuatu?? En Annuar kembali bersuara.
?Awak dah ada boyfriend??
La apahal lah pulak Pak Syed ni, tanya boyfriend aku pulak.
?Tak ada.... Kenapa??
Tetiba En Annuar menekan brek keretanya..
?La awatnya nak jadi boyfriend saya ke..boleh..boleh..sila , sila..saya suka saya suka...? Aku melatah.
?Sara..betul ni, betul awak suka kat saya?? Laungan En Annuar membuatkan aku tergamam sebentar.
La apa aku dah cakap ni. Bila aku kata aku suka kat dia. Ya Allah..betul ke?
Suasana terdiam seribu bahasa. Aku dah malu sangat dengan En Annuar. Tapi aku tengok wajah En Annuar ceria semacam. Seakan dapat apa yang diidamkan selama ini.
?En Annuar..dah sampai dah rumah saya..? Jeritan aku mengejutkan En Annuar.

page 21 - sambungan

?Murah jer. Tak pa.. kalau Sara tak mau pakai? Sara bagilah kat sapa-sapa? alah belilah Sara.. murah saja ni? Ni tengah offer nih??
?Hem..okeylah kak. Nanti dapat barang baru Sara bayar tau? Pandai tau Kak Munah ni menjual.. dari orang tak nak..sampai orang nak pulak..hehehehe??
Masing-masing ketawa gelihati. Kak Munah akhirnya duduk kembali ke tempat asalnya. Iaitu di sebelah bilik En Annuar dan berdekatan dengan meja aku.
Time aku berkemas nak balik, tup-tup telefon di mejaku berbunyi.
?Assalamualaikum.. Sarah Aliya.. Boleh saya hantar awak pulang?? Alahai.. suara siapa pulak ni, tetiba ajak aku balik dengan dia ni.
?La..siapa ni.. Salah nombor kot encik ni?? Kata ku lancang.
?Saya lah Bos awak..En Annuar.?
?Hehehe..maaflah ye bos, tak perasan tadi. Apa nak balik dengan saya, kenapa.. kereta encik rosak ka? Kalau dengan saya naik bas sajalah jawabnya. Tak apa ka.. dan bla bla bla? Lenggok suara aku pun dah bertukar macam lenggok Kak Munah jadinya..
?Sara...awak cakap dengan siapa tu?? Tetiba lembut je suara tu kudengar di belakangku.
?Eh!! En Annuar..bila sampai??
Lahai aku cakap sorang-sorang rupanya tadi. Dah kali ini aku melatah lagi.
?Saya hantarkan awak balik.?
Lembut En Annuar menarik tanganku. Aku.. Entah tiba-tiba ikut je. Di bukakan pintu keretanya untukku, terasa macam mem besar la pulak.
?Thanks..? Sambil aku senyum yang semanisnya pada dia.

page 20 - sambungan

?Saya tengok awak baik dengan dia, so tak salah kan kalau saya nak tau sikit.?
?En Annuar, kalau nak tau hal peribadi dia, En Annuar tanyalah bahagian personnel. Ada ka tanya kat saya!!? Selamba saja kak Munah membidas.
?Maaf.. saya tak dapat nak berkerjasama dengan encik..?
Yang sebenarnya memang kak Munah tak taupun perihal diri aku. Tak seorang pun yang tahu sebenarnya termasuk bahagian personnel.
?Kalau macam tu, tak pe lah, Kak Munah boleh keluar..? Sedih saja suara En Annuar.
Nampak saja Kak Munah keluar, aku apa lagi terus serbu kak Munah.
?Kak.. ape Pak Syed nak, sampai main tutup-tutup pintu ni. Mesti kes besar ni??
?Tanya pasal hang lah? siapa lagi..? Jawab Kak Munah tanpa berselindung.
?Ha!!! Tanya saya.. Apasal dia tak panggil saya sendiri? Pelikkan..? Terhenti di situ.
Kak Munah hanya tersengih memandang aku. Aku pulak mengenyit mata dengannya. Dia cepat-cepat duduk semula disebelah aku sambil menunjuk katalog Avon. Sambil menunjukkan barang-barang yang terdapat di dalam katalog tersebut sambil itu dia cadangkan aku membeli barangan dengannya. Memang pandai Kak Munah ni?
?Kak? saya manalah pandai pakai benda-benda macam ni. Lipstik kat rumah tu pun banyak lagi tak bersentuh. Ini nak suruh beli lagi? tak kuasalah kak??
?Alah? janganlah beli lipstik..belilah eyeshadow pulak.. Ni ha..cantik-cantik warna dia.. belilah satu??
Kak Munah tak henti-henti memujuk aku agar membeli eyeshadow dengannya. Memang cantik?
?Kak.. memanglah cantik-cantik. Tapi takut terbuang macam tu saja? Akak kan tau saya ni manalah nak pakai benda-benda macam ni.. tak biasalah Kak Munah..?

page 19 - sambungan

?Maaf kan Sara. Terkejut sebenarnya. Macam mana awak boleh kenal saya sedangkan kita tak pernah bersua?? Sara pelik.
?Ooo ok lah Sara, I?ve to go now. Nanti H call Sara balik ok. Assalamualaikum sayang...?
?Nanti!!!! Soalan Sara belum jawab lagi.. la putus dah ke?.? Rupanya aku cakap sorang-sorang.
Rupanya umi asyik memandang aku.
?Ieya..kenapa? Siapa yang call tadi.?
?Tak de lah umi, kawan lama Sara je.? Aku kemudian menolong umi menyiram pokok bunga yang sememangnya sudah di siram oleh umiku tadi.
?Ieya..Ieya.. entahlah ape yang kamu fikirkan?? Ketawa umiku membuatku tersedar kembali.
Di opis? lain pulak ceritanya. Dah jadi buah mulut orang yang aku ni couple dengan En Annuar. Tak menang tangan, kaki, mulut aku nak tepis. Yang tensionnya.. En Annuar buat derk saja. Macam mengiyakan pun ada. Pening kepala aku di buat mereka kat sini.
?Maimunah!!! Boleh masuk bilik saya sekejap??
Laung Pak Syed dari dalam bilik dia. Saja je nak bagi aku dengar suara dia yang macho tu. Bukannya dia tak boleh intercom saja Kak Munah tu. Aku lihat Kak Munah terkedek-kedek masuk ke dalam bilik dia.
Aik!! Tutup pintu. Ni mesti nak ngumpat orang ni. Saja aku pikir macam tu. Hehehehe.
?Maimunah.. macam mana awak tengok Sarah Aliya??
?En Annuar tanya saya ka? Ada apa-apa ka ni?? Kak Munah kembali bertanya.
?Ye lah..saya tanya awaklah ni, habis tanya kat hantu..?
?La bos... kat dalam ni ada hantu ka? Takutnya.? Memang Kak Munah ni penakut orangnya.

page 18 - sambungan

Suatu pagi hari Ahad, aku cuti hari ni. Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Nama yang tertera .. H. Aku rasa serba salah sama ada hendak menjawabnya atau tidak.
?Ieya.... Kan handphone berbunyi tu, angkatlah.? Terdengar suara umi di halaman. ?Penting agaknya, dah 3 4 kali dia call...? Sambung umi lagi.
?Umm.. Hello?
?Assalamualaikum....Sarah Aliya ke tu? Saya H. Maaflah kalau H mengganggu pagi-pagi ni. Lagipun inikan waktu Sara bersama-sama keluarga...?
?Aaa..Sara yang bercakap. Tak pe.. tak ganggu pun. Ada apa hal H call Sara. Penting sangat ke?? Balas aku.
?Tak de apa pun yang penting, cuma H teringin nak dengar suara Sara. Dah lama H bercadang nak call Sara, tapi H khuatir kalau-kalau Sara tak suka.? Lembut suaranya.
?Oh..ye ke? Bagus jugak idea ni, at least Sara dapat dengar suara awak??
?Sara.. boleh tak kalau H anggap Sara special pada H. Lagipun H rasa H dah mula sukakan Sara. H tak dapat lupakan Sara. Wajah Sara sentiasa bermain-main di mata H. Harap Sara terima H...?
Mak oi dia dah suka kat aku. Aku? Entah.. Lagipun setakat kenal tulisan, kenal suara belum lagi membuatkan hati aku jatuh cinta kat dia. Kalau orang tu suka kat kita maknanya dia dah jatuh cinta kat kita ke?
?Errmm.. saya hargai perasaan awak, tapi kita masih belum kenal diantara satu sama lain. Siapa awak yang sebenarnya?? Soal Sara.
?Sara tak perlu risau, kalau Sara tak suka pada saya, Sara boleh cakap sekarang, saya boleh terima alasan Sara, tapi pada saya Sara sungguh istimewa. Saya seakan yakin yang saya benar-benar kenal Sara... terhenti... aa..saya sudah lama menaruh hati pada Sara...?
?What?? Aku terjerit.
?Sara perlahanlah sikit, pekak telinga saya tau kalau Sara jerit-jerit macam nie?. Aku sebenarnya tak perasan langsung yang aku menjerit.. rupanya umi yang dekat halaman tadi pun terkejut.

page 17 - sambungan

?Begiini? tadi Ieya tunggu bas, lepas tu bas lambat sangat, elok bas sampai, tup-tup mamat ni sampai pulak, Ade ke dia halang bas tu..? Pot pet pot pet aku bercakap.
?Oopp..dah..dah..dah paham dah.? Pintas abang aku.
Itu lah kan aku dah kata, aku kalau cakap memang susah nak berhenti.
?Tengok perut.. la kembung ni. Semalam Ieya makan apa?? Soal abang aku.
?La!! kan kita makan sama-sama semalam, manalah Ieya ada makan benda lain. Tapi sebelum tidur malam tadi Ieya ada minum susu coklat. Takkan itu penyebabnya?? Soal aku kemudian.
?Tak pe.. nanti abang kasi ubat angin. Makan tau ubat tu. Tapi kena makan dulu. Ni dah sarapan ke belum ni??
?La..belum lah bang, kan tiba-tiba perut?.? Tak sempat habis ayat aku, abang aku cekup mulut aku. Pepaham sajalah kan.
?Ok Syed.. staff kau ok je. Cuma angin banyak dalam perut dia. Sambil senyum perli pada aku.
?Oh macam tu ke.. risau jugak aku. Ingatkan apa tadi. Ok lah aku keluar dulu. Jumpa lagi. Kita setkan appointment, boleh?? En Annuar berjabat tangan dengan abang aku. Aku senyum je, tak tau nak cakap apa.
Apa yang aku mampu kata, memang untung kalau siapa-siapa yang dapat Pak Syed aku ni.
Diam tak diam hubungan aku dengan penghantar misteri SMS ni berjalan selama 6 bulan. Kalau H tak hantar sms, aku yang akan hantar. Rasa macam tak lengkap hari-hariku tanpa bersembang dengan dia. Entahlah.. aku rasa semacam je perasaan aku pada si H. Adakah dia pun sama?
Mungkin juga... sebab tiap kali kami berbicara melalui sms, masing-masing akan meluahkan perasaan masing-masing. Kekadang dia cakap dia rindu kat aku. Dan aku pun sama jugak. Adakah ini di namakan cinta... cinta sms.

page 16 - sambungan

?Cik Sarah Aliya..? Terpacul suara nurse memanggil aku.
?Ye saya..? Aik!! Bos aku yang jawab. Siapa yang gelabah sebenarnya ni...
Masuk saja dalam bilik doktor, aku lantas menunding jari telunjukku pada mulutku sendiri. Konon-konon bagi isyarat pada abang aku supaya buat-buat tak kenal dengan aku. Alhamdulillah, macam paham saja dengan isyarat aku, abang aku lantas tegur bos aku je.
?Hallo my friend, long time no see. Where have you been.?
?Tak ke mana. Ada area-area sini jugak..?
Boss aku malu-malu kucing konon. Sambil berpelukan mereka ketawa. Aku terpingga-pingga.
?Hah ape hal.. ni siapa?? Abang aku bertanyakan soalan tu pada En Annuar.
?Isteri ke??
Ada ke dia kata aku isteri En Annuar. Ni dah melampau. Merah padam muka aku. Tapi syok jugak kalau betul.
?Eh..macamlah kau tak tau yang aku belum kawin. Ni staff aku. Entah tiba-tiba je perut dia sakit. Ni nak minta kau check kan. Ape penyakit Sara ni....?
?Oh.. macam tu...? Abang aku senyum perli kepada aku.
Aku dipanggil nurse untuk berbaring kat atas katil. Mujurlah ada tirai, so taklah malu sangat. Kemudian Dr Shamrin Harith menjengahkan mukanya kepada aku.
?Cak..oohh.. dah ade boyfriend rupenya adik abang ni?.?
?Shhh..pelan sikit, nanti bos Ieya dengar?? Aku minta abang aku perlahankan suaranya.
?Ok ok..kenapa jadi macam ni? Ieya dari mana?? Abang aku binggung.

page 15 - sambungan

je aku lari ke bilik air. Aku cari jugak dekat restoran tu kat mana bilik air. Bukan nak buang air pun tapi entah? En Annuar terpinga - pinga tengok gelagat aku. Kemudian dia bersuara seakan dengar dan tidak.
?Sara.. awak ni kenapa? Ada yang tak kena ke? Kenapa wajah awak pucat sangat ni? Awak tak sihat ke? dan bla bla bla.? Dah lah aku tengah tahan sakit ni, Pak Syed ni pulak banyak menyoal.
?En Annuar .. maaflah, saya dah tak tahan ni. Sakit sangat ni.?
Sambil menundukkan badan aku, airmata aku tiba-tiba jatuh. Memang aku tak rasa malupun waktu tu. Dah sakit sangat. Lemah badan aku dan aku tersandar kat dinding restoran tu. Cepat-cepat En Annuar memimpin aku ke tempat duduk kami semula.
?Sara, are you ok. Let me check??
?What!!!? Aku menjerit. Semua mata memandang kami. Lantaklah korang.
?Tak maksud saya...jom saya bawa awak ke klinik..?
Belum aku sempat jawab, En Annuar dah pun heret aku masuk ke dalam keretanya. Aku ikut sajalah. Ingat senang ke bos nak pimpin staff dia. Peluang.
Dalam kereta aku pejam celik menahan sakit. Sambil tu aku memandang luar tingkap. Eh ni kan klinik abang aku. Abang Harith. Halamak..kantoi la aku nanti?. Fikirku dalam gabra tak menentu.
?Er..En Annuar.. perut saya dah ok dah. Tengok tak.. tak sakit pun.? Aku membohongi bos aku dan diriku sendiri.
?Iyalah tu, nampak tak macam dah ok pun. Air mata tu ape?? Perli bos aku.
?Dah..kita dah sampaipun. Ni klinik kawan saya Dr Shamrin. Awak duduk situ dulu nanti kita masuk dalam..?
Beriya-iya mamat ni dengan aku. Macam la aku ni wife dia yang dia nak masuk sekali.
?Ok..ok..? Dalam hati biarlah abang aku tak ada..

page 14 - sambungan

?Apasal lambat hari ni??
?Hah!? Terkejut aku. Tetiba dia tanya kenapa lambat.
?Emm...emm... lambat bangun sikit bos. Tapi kan bos, kira saya sempat jugak la. Tapi bas tu lambat sangat sampai. Sanggup saya tak sarapan tadi tau sebab ingat dah lambat sangat. Rupa-rupanya bas tu memang lambat pulak hari ni. Tu pasal saya lambat.? Aku cakap panjang lebar. Aku hairan la dengan diri aku sendiri. Bukannya ape... mulut ni susah nak kontrol la.
?Amboi... panjang lebar jawapan awak ye. Banyak pulak alasan awak ye...?
Aku tersengih je. Malu dengan diri sendiri. Dia bawak kereta tenang saja. Sambil-sambil tu, aku jeling kat dia. Kemeja biru laut, slack hitam, kot hitam dengan tie jalur biru lembut. Wah! memang hensem la dia ni. Dia tak nak kat aku ke? Ish..ish..ish...
?Dah puas awak tengok saya?? Tetiba dia bersuara.
?Bos.. hensem la..? Mulut ni lagi. Tak ada insuran betul! Kan kantoi dah... aku.
?Apa dia?? Dia tanya lagi. Tersegih. Macam tak dengar pulak.
?Tak... tak ada apa pun.....? Aku tengok ke luar. Tak berani aku nak tengok dia.
Tak sampai 10 minit, kereta berhenti. Dia singgah kat kedai tepi jalan. Nak buat apa pulak ni.
?Jom makan!!? Dia terus bukak pintu.
?Tak apa la bos. Saya dah makan kat rumah dah tadi....? Aku tipu. Segan la...
?Eh! Awak yang kata tak sarapan lagi kan... lagi pun saya pun tak sarapan lagi ni. Jangan risau. Awak memang dah lambat pun. Satu lagi...awak kan dengan saya.? Dia ajak jugak dan terus turun dari kereta. Aku terpaksa la ikut....Tetiba..Ya Allah sakitnya perut aku ni. Memulas mulas. Berpeluh dahi aku menahan sakit. Memang tak senang duduk aku dibuatnya. Entah tetiba

page 13 - sambungan

Pernah ayah dengan umi minta aku kerja dengan mereka. Tapi aku tolak mentah-mentah. Mungkin belum masanya lagi. Payah sikit kalau macam ni. So..umi dan ayah terpaksa biarkan aku dengan cara aku sendiri.
So inilah kisah aku.
Alamak! Lambat la pulak aku hari ni.... Bas pun lambat jugak..... Mampus aku. Dah pukul 8.30 dah ni.... Harap-harap Pak Syed tak masuk la lagi. Nasib baik kak Munah dah kerja hari ni.
Dalam aku membebel sorang-sorang, tetiba ... pin pin pin....
Siapa la pulak yang hon ni.... Bising je.... Aku buat bodoh je la.... Aku tengok kiri... ha!! Bas dah sampai tu. Semua orang dah berdiri dah. Aku pun sama jugak la. Kena berebut sikit. Dah lambatlah katakan...
Pin...pin...pin... kereta tu tak pergi lagi. Aku tengok kat kereta tu. Alamak! Pak Syed ke? Mati aku. Sudah la lambat. Sekali kantoi la pulak kat bus stand ni. Macam mana ni? Aku garu kepala. Serabai jadinya rambut aku ni. Aku lurut balik rambut aku yang paras bahu ni.
?Sarah Aliya, naik!?
Dia paksa aku naik? Macam mana ni...
?Eermmm, tak pe la. Bas dah datang tu. Saya naik bas je la ye encik...? Aku menolak takut-takut.
Pon..pon..pon...
Alamak! driver bas pulak bising. Mana tidaknya. Kereta Pak Syed tu halang dia.
?Naik cepat!! Awak nak kena marah dengan diaorang semua ke? Masuk cepat.?
Aku tengok keliling. Semua mata tumpu kat aku. Nak tak nak.. aku kena masuk jugak. Kacau betul la orang tua ni. Tapi kan? bangga jugak aku. Pakwe hensem datang jemput aku naik kereta pergi kerja.
Aku sopan je duduk dalam kereta tu. Aku tarik-tarik skirt yang aku pakai. Sebenarnya skirt aku ni labuh dari paras lutut. Tapi disebabkan duduk.. aku rasa macam pendek pulak. Walaupun tak nampak lutut tapi kira macam tak selesa la pulak duduk dengan dia ni.

page 12 - sambungan

"Entahlah bang, Sue pun tak tau. Nanti Sue tengok note yang Kak Lijah tulis tu. Alah tak penting tu?" Balas umi sebab tak nak panjang-panjangkan cerita ni.
Mungkin ada yang terkejut kenapa Mak Lijah panggil umi aku datin. Biarlah aku berterus terang di sini sebelum ada yang berfikir bukan-bukan tentang keluarga aku dan kehidupan kami sekeluarga.
Sebenarnya aku berasal dari keluarga yang boleh dikatakan mewah. Tapi ayah dan umi tak pernah mengajar kami adik beradik untuk menunjukkan kemewahan kami pada orang lain. Takut kami riak dan bongkak. Itu sebab aku langsung tidak berperawakan seperti anak-anak orang kaya. Kalau tanya semua orang, siapa kenal Dato Azman Hussein? Sure ramai yang cakap kenal. Ayah aku salah seorang hartawan di ibu kota ini.
Datin Suraya ibuku, seorang penceramah bebas. Berusia dalam lingkungan 50 an. Seorang ibu yang penyayang tetapi tegas. Jangan ada yang silap sikit, pasti di panggilnya untuk memberi keterangan. Dah macam dalam mahkamah pulak. Walaupun begitu, umi seorang yang periang dan peramah. Memang sesuai dia menjadi penceramah bebas. Setiap tutur katanya indah di dengar tak kira siapa? Dan seorang isteri yang solehah pada pandangan peribadi ku.
Abang sulongku iaitu Shahrul Huzaimi seorang engineer. Boleh tahan kacaknya dan berumur awal 30an. Belum mempunyai pasangan dan sedang mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya. Merupakan abang yang peramah tapi jarang berada di rumah kerana selalu outstation.
Shamrin Harith seorang doktor pakar dan merupakan abang keduaku. Memang kacak jika dibandingkan dengan abang sulongku. Suka membebel dan banyak cakap. Sama macam perangai aku. Cuma bebelannya hanyalah untuk pesakitnya sahaja. Masih muda dan masih mencari wanita idaman.
Dan aku Sarah Aliya.. berumur sekitar 20an. Masih single dan suka bergaul dengan sesiapa sahaja yang menegurku. Satu lagi perangai aku, aku ni memang banyak cakap dan mudah melatah bila terkejutkan sesuatu. Seorang anak gadis yang manis tapi mudah tersentuh hatinya. Jika dibandingkan aku dengan abang-abangku.. pekerjaan aku hanyalah sebagai seorang kerani di sebuah syarikat besar. Pelik kan?

page 11 - sambungan

Eh!! Boleh dengar ke kalau jerit dari dapur. Tak pe layan je..

"Okey..okey..Ieya turun, sabar lah sikit." Jerit aku kemudian mendapatkan umiku yang sedang menuang air ke dalam gelas ayah.

"Umi...sedapnya bau.. mesti rasa pun sedapkan!!" Puji aku depan umi aku.

"Umi masak memang sedap, bukan macam Ieya, masuk dapur pun tak mau.." Usik abang sulong aku Huzaimi.

"Aik..buat apa masuk dapur kalau dah ade pembantu rumah. Kalau macam tu.. umi tak payahlah suruh Mak Cik Lijah buat kerja dapur, kan umi kan..?" Sebenarnya aku nak bodek umi aku je. Tu pasallah aku cakap macam tu.

"Dah..dah..kita kan nak makan. Ieya, Zaimi, Harith duduk. Apa tercegat lagi kat meja tu. Ieya come.. duduk kat ayah."

Yahoo..ayah panggil aku duduk kat sebelah dia. Selalunya Abang Harith yang duduk kat kerusi tu. Sukanya hati ini sugguh tak terkira.

"Umi..jom la makan sekali. Tak best lah kalau umi tak join sama.." Pinta Abang Zaimi.

"Ah la uminya.." Ayah menyampuk sambil mengamit umi.

Sambil tersenyum umi duduk di sebelah aku.

"Datin!! Ada panggilan.." Tetiba Mak Cik Lijah memanggil umi.

"Siapa Kak Lijah!!" Umiku bersuara.

"Katanya kawan lama!!" Balas Mak Cik Lijah.

"Aaaa.. Kak Lijah ambilkan pesanan dulu, kemudian katakan yang saya sedang makan malam, ok."

"Baik datin..."

"Hai siapa tu Sue.. malam-malam masih menalipon ke rumah. Apa... esok tak boleh ke dia cari awak?" Ayah kembali bersuara.

page 10 - sambungan

Aku sebenarnya tak perasan yang tegur aku tadi boss aku En Annuar. Rasanya macam kawan-kawan office aku yang sembang dengan aku. Memang aku mengantuk sesangat.. Dan tak boleh kontrol lagi dah..

"Iya? Kesian!!!"

Terdengar En Annuar ketawa di sebelah aku. Kali ini barulah aku perasan orangnya.

Ya Allah.. malu lagi aku hari ini.... tak tau nak letak muka kat mana...

"Hem..hehehehe.." Aku hanya tersengih sebagai balasan menjawab soalan En Annuar.

Sampai sahaja dalam office, aku terus ke bilik air. Paham-paham sajalah...

Hari ni sudah sebulan berlalu. Dalam masa sebulan ni.. tiap-tiap hari jugaklah si penghantar sms misteri tu masih meng?sms? aku. Tapi kali ni ayat-ayat yang dia kirimkan simple saja.

Hanya bertanyakan khabar. Dah makan ke belum? Busy ke tidak? Boss okey ke tak? Ade ke tak ade? Tapi.. dia masih merahsiakan dirinya. Aku pun kadang-kadang melayan jugak kiriman dia. Tapi yang peliknya, macam mana mamat ni tau yang aku pernah pergi lunch kat Istana Hotel ni. Pelik memang pelik. Tak kan dia pasang spy untuk intip setiap pergerakan aku? Siapa sebenarnya si H bukan nama sebenar ni. Pening kepala aku di buatnya.

"Ieya........Ieya.. mari makan dulu. Nanti perut tu masuk angin!!" Jerit umi aku dari bawah.

"Jap umi, jap.. nanti Ieya turun."

Ieya adalah panggilan manja aku kat rumah. Aku jugak adalah anak manja kepada family aku. Tapi biasalah.. dalam manja-manja aku, aku still boleh berdikari sendiri. Cari duit sendiri. Dalam family aku, aku anak no 3. Yang sulong abang aku Shahrul Huzaimi, yang kedua pun abang jugak namanya Shamrin Harith. Sedap tak nama abang-abang aku? Nak ngorat..tak boleh, tak boleh.. Kalau nak ngorat abang aku, korang kena ngorat aku dulu?

"Ieya...ayah dah turun ni, marilah makan sama. Nanti lauk kesukaan Ieya, abang Harith habiskan." Jerit abang keduaku dari dapur.